BAB 8
SHAHIR melangkah masuk ke dalam rumah dan terus
mendapatkan emaknya yang sedang duduk dihadapan peti televisyen. Badannya
dirapatkan ke tubuh emaknya yang agak berisi.
Mak Timah perasan akan kehadiran anaknya
itu buat-buat tak tau je. Tau sangat anaknya itu dari mana. Kalau tak dari
masjid, mesti baru lepas jumpa majikan mereka. Mereka sama-sama berkongsi
majikan. Dia pembantu rumah, manakala anak bujangnya itu pula pemandu majikan
mereka. Walaupun baru berumur 18 tahun, namun Shahir telah memiliki lesen
kereta, namun kini dalam kategori P, iaitu Pemerhatian.
“Jumpa Tan Sri
ke tadi?” soal Mak Timah.
Shahir mengangkat kening, tanda mengiyakan
kata-kata emaknya. “Tan Sri pesan kat Shahir yang Shahir kena pergi Terengganu
ambil anak dia dekat kampung.”
“Bila?”
“Bulan enam ni.”
Ringkas jawapan, seringkas soalan.
Shahir menggaru pelipisnya. Nak tanya ke
tak? Tanya ke tak? Ah, tanya jelah!
“Mak, Shahir nak
tanya boleh?” Shahir kini memusingkan tubuhnya menghadap emaknya.
Tubuh mereka dijarakkan sedikit. Mak Timah
hanya menoleh. “Tanya apa?”Mak Timah hairan. Shahir terfikir lagi. Nak tanya
ke? Aaahh.. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
“Mak tahu tak apa-apa
pasal anak Tan Sri?”
Akhirnya dia menyuarakan persoalannya
kepada emaknya. Mak Timah semakin hairan. “Kenapa Shahir tanya?” Shahir
menggosok lehernya. “Nak tahu je. Yelah, selama ni pun memang kita tak pernah
jumpa pun anak dia. Tahu-tahu je, Tan Sri suruh pergi hantar barang kat kampung
dia. Tu yang Shahir nak tahu, kenapa anak dia tak duduk dengan dia.” Mak Timah
memandang wajah anak bujangnya itu.
“Entahlah.
Sepanjang mak kerja dengan Tan Sri dan Puan Sri, tak pernah pulak mak tanya.
Yelah, kita ni pekerja, diorang tu majikan.”
Shahir terdiam. Betul jugak cakap mak
tu. Matanya ditumpukan pada skrin televisyen. Tiba-tiba Shahir teringat
sesuatu. “Mak, Kara ada telefon tak?” Mak Timah kembali menoleh ke anak
bujangnya itu.
“Tak. Kenapa?”
Shahir menggaru kepalanya yang tidak
gatal. Aduh, kenapa dia tak telefon? Takkan dia tak terima kot tawaran tu?
“Kenapa, Kara
telefon kamu ke Shahir?” Mak Timah cuba menduga.
Shahir memandang wajah tua milik
emaknya itu. “Mak, hari ni hari akhir untuk bagi jawapan tawaran tu. Takkan
Kara tak telefon?” Ayat yang keluar dari mulut Shahir nyata membuat Mak Timah
terkejut. Kepala digelen laju.
KARA duduk di pangkin rumah. Nokia C1
direnung. Nak telefon ke tak nak? Kang aku telefon, mak risau pulak. Kara
menggaru kepalanya yangt tidak gatal. Telefon je la Akhirnya Kara mendail sebaris nombor.
Kurang seminit panggilannya diangkat.
“Assalamualaikum, siapa ni?” Kedengaran suara garau menjawab. Errr.. alamak! Asal dia pulak yang jawab.
Kara tepuk dahi beberapa kali.
“Er..Walaikumussalam.
Shahir, nak cakap dengan mak.”
Shahir terkejut. Eh, baru je cakap dah
telefon? Panjang umur betul adik aku ni. “Kara? Kau kan ni?” soalnya tidak
percaya.
Ish, pehal pulak mamat ni? Takkan tak
sampai seminggu aku tak call dah lupa suara aku kot? “Iye, aku. Takkan tak
kenal suara kembar sendiri kot?” perlinya. Shahir tersengih. “Hehehe... bukan tak kenal, tak cam je.”
Shahir cuba berlawak. Sungguh, dia memang rindu dengan saudara kembarnya itu.
“Huk aloh.
Masalah la kau. Dah, dah. Aku nak cakap dengan mak. Bagi telefon dekat mak.”
Malas Kara ingin melayan abang kembarnya
itu. Tau sangat kalau saudaranya itu dah loyar buruk, memang tak ingat dunia. “Hish,
yelah yelah. Kejap.” Shahir menyahut. Mak Timah disebelah dipandang lalu
dihulurkan ganggang tersebut. “Kara. Dia nak cakap dengan mak.” Bisiknya. Mak
Timah tersenyum.
Waktu Shahir menyebut nama Kara tadi,
dia lekas-lekas bangun dan menuju ke arah Shahir. Mak Timah menyambut huluran
ganggang tersebut dengan sebuah senyuman. “Hah, Kara. Macam mana? Sihat?”
soalan klise seorang ibu apabila anak menelefon.
“Alhamdulillah,
Kara sihat mak. Mak macam mana? Shahir?” Kara tersenyum.
“Alhamdulillah,
kitorang sihat je.” Lega hati tuanya.
Kara mengangguk perlahan, walaupun dia
tahu Mak Timah dan Shahir tidak melihat. “Mak, sebenarnya Kara nak cakap pasal
pengajian Kara.” Mak Timah terdiam. Apa agakya keputusan anak aku? Dia terima
ke? Atau dia tolak? Hatinya sedikit gusar.
Pandangan dialihkan ke wajah Shahir.
Shahir bagaikan mengerti, turut merapatkan telinganya pada ganggang tersebut. “Mak?
Mak dengar tak?” soal Kara sedikit risau apabila tiada panggilan daripada
emaknya.
“Ye sayang. Mak
dengar ni. Cakaplah.”
Suara tua itu cukup tenang. Namun dalam hati, hanya tuhan yang tahu. Berdebar-debar
jantungnya. “Pasal tawaran tu, ikutkan Kara kena bagi surat jawapan dua hari
sebelum tarikh tamat. Tarikh tamat dia pulak hari ni.” Kara menggigit bibir.
“Habis, Kara
hantar tak?”
Soal Mak Timah. Shahir turut sabar
menanti jawapan adiknya itu. Kara seperti teragak-agak memberitahu.
“Kara tak dapat
nak hantar surat balasan tu, sebab Kara langsung terlupa. Kara sibuk tolong Mak
Lang urus budak-budak.”
Mak Timah begitu hampa. Shahir turut
kecewa. Bagaimana adiknya itu sanggup menguburkan hasrat abah mereka? Hanya itu
yang terlintas di fikiran Shahir.
“Tapi mak...”
Kara menyambung. “Apa dia?” Suaranya
agak kelam.
“Kara dah terima
tawaran tu. Kara dah maklumkan pada pihak universiti tengahari tadi melalui
online. Mak jangan risau. Kara dah niat, nak tunaikan hasra abah,” lega tatkala
bibirnya menuturkannya.
Mak Timah nyata terkejut, begitu juga
Shahir. Namun mereka bersyukur kerana Kara sanggup menunaikan hasrat abahnya.
“Alhamdulillah
nak,” lafaz bibir tua itu.
Shahir senang dengan tindakan adiknya
itu. Kemudian dia meninggalkan Mak Timah bersama adiknya di telefon menuju ke
sofa. Tidak mahu mengganggu perbualan mereka. Mak Timah dan Kara kemudian
bercerita tentang beberapa perkara sebelum mereka memutuskan talian.
WAWA menunggu helaian-helaian kertas
dicetak. Hanya tinggal beberapa sahaja lagi yang tinggal. Matanya di fokuskan
pada helaian-helaian tersebut.
“Sayang buat apa
ni?”
Wawa berpaling apabila dirasakan sepasang
tangan hinggap dibahunya. “Oh, mama. Terkejut Wawa.” Sebuah senyuman manis
dihadiahkan kepada Datin Sakinah.
“Wawa tengah buat
maklum balas tawaran, mama.” Ujarnya lembut. Helaian yang telah siap dicetak
diambil. Satu persatu dibelek.
Datin Sakinah turut melihatnya sekali
imbas. Rambut anaknya itu diusap perlahan. Bangga kerana tak lama lagi anaknya
itu akan bergelar siswi.
“Ma, nanti Haziq
pun masuk Tun Mahkota ke?” Wawa memusingkan kepalanya.
Datin Sakinah memandang wajah anak
gadisnya itu sambil mengangguk. “Kenapa? Wawa tak suka ke?” duganya.
Tak suka? Sangat! Tapi takkan nak cakap
macam tu? Mana boleh. Nanti mesti mama marah. Detik hatinya.
“Tak adalah ma.
Wawa tanya je.”
Dalihnya. Dia menyerahkan
helaian-helaian tersebut kepada mamanya. Kali ini, Datin Sakinah membeleknya
dengan teliti. Sementara Wawa pula mengemas ruangan kerja Datin Sakinah yang
dipinjam sekejap.
“Nanti Wawa
isilah borang-borang ni. Apa-apa hal, bagitau mama.”
Wawa mengangguk tiga kali. Kemudian
keluar dari bilik itu setelah mendapatkan keizinan dari mamanya.
Di biliknya, dia meletakkan
helaian-helaian tersebut di atas mejanya. Dipandang sekali imbas. Sebuah
senyuman terbit dibibirnya. Ya, aku dah buat keputusan. Aku akan masuk juga
dekat sana. Lantaklah dia ada atau tak, sama aje aku rasa. Kalau bukan dia,
orang lain mesti punyalah nak kacau dia. Wawa nyata berpuas hati dengan
keputusan yang diambilnya itu.
BAB 9
GAWAT! Gawat!
Hani mundar mandir di dalam biliknya. Penat
berjalan, duduk pula atas katil. Ish, kenapa boleh jadi macam ni? Hani mengetuk
kepalanya berkali-kali. Barang-barang sudah dipersiapkan. Tinggal tunggu
pekerja ayahnya datang menjemputnya esok. Hani buntu.
Macam manalah aku boleh terjanji pulak
dengan diorang ni? Haih, masalah besar ni! Hani menghempaskan tubuhnya di atas
katil. Dia kembali teringat pertemuan dia dan rakan-rakannya yang lain sewaktu
singgah di Madrasah Al-Mahabbah petang tadi.
“HANI, kau gerak esok kan?” Tanya Ilmi inginkan kepastian.
Hani
mengangguk. Cornetto ditangan dijilatnya, berselera sungguh!
“Esok kau gerak pukul berapa?”
Giliran
Tuah pula bertanya.
“Lepas Zohor, geraklah. Lebih kurang pukul 2.15.
Asal?”
“Kalau kitorang nak jumpa kau esok kat rumah boleh
tak?”
Imran
pula bersuara.
“Hah, buat apa?”
“Ala... esok kau kan dah pergi. Nanti kitorang
rindulah kat kau. Bolehlah ye? Konon-konon majlis perpisahan tak rasmi gitu,”
Ilmi menyegih.
Hani
tersenyum. Terharu dengan rakan-rakannya itu.
“Boleh. Datanglah. Ukhti Atul pun, datanglah sama.”
Hani
mengajak Raudhatul yang sedari tadi duduk memerhatikan mereka.
“Hmm...Tengoklah dulu macam mana. Sebab ukhti takut
esok ukhti ada hal.”
Hani
muncung sedepa. Tergelak mereka melihat telatah Hani. Siapa tak tau, Hani
memang manja dengan Raudhatul.
“Hmm.. yalah, yalah. Nanti ukhti ajak Ara dan Khalid
sekali.”
Raudhatul tersenyum. Baru nak menyakat sikit dah muncung. Hani kembali
tersengih. Rindu sungguh kepada Ara, budak perempuan yang menetap di madrasah
tersebut dan paling rapat dengannya.Umur baru 10 tahun.
“Cakap pasal Khalid, dia mana kak? Lama sangat dah
tak nampak dia. Dekat dua minggu jugaklah.”
Soalan
Tuah mematikan lamunan Hani. A’ah, baru Hani teringat!
“Ooo.. si Khalid tu ikut Abi Bakri tabligh. Semalam
baru diorang balik. Tu yang penat sangat tu.”
Mereka
bertiga mengangguk serentak. Hani menghabiskan Cornetto di tangannya.
“Eh, Hani! Esok mak ayah kau datang kan?”
Soalan
Imran yang tiba-tiba mengejutkan Hani. Hampir tersedak dibuatnya.
“Kenapa diorang nak datang pula?” Hani bertanya.
Getaran suara cuba disembunyikan sebaik mungkin.
“Dah tu? Siapa yang nak hantar kau? Takkan Tok Abi
pulak kot?”
Suara
Tuah yang menyapa gegendang telinganya membuatkan Hani tergamam. Dia terlupa!
HANI kembali mengetuk kepalanya. Kesal dengan
dirinya yang pelupa tahap gaban.
Kini Hani perlu mencari alasan agar
mereka tidak megesyaki identitinya. Yalah, Hani yakin, siapa yang takkan
terkejut kalau tiba-tiba sebuah kereta mewah bersama pemandu datang
menjemputnya. Oh, tidak! Takkan berlaku! Diorangtak boleh tahu siapa keluarga
aku!
Hani berguling-guling di atas katil
sambil mencari idea.
Gotcha!
Kalau diorang tanya, aku jawab je, kawan ayah
aku. Habis cerita. Hani tersenyum. Dia berharap ideanya itu dapat membantunya.
Lantaklah apa yang mereka ingin fikirkan lepas ni, yang penting alasannya boleh
dikatakan kukuh.
Hani tersengih bagai kerang busuk.
Laptop Apple berwarna silver yang bagi Hani senipis dua helai kertas A4 itu dikeluarkan
dari bawah bantalnya lalu dihidupkan. Jelas terpapar wallpaper anime Jepun kegemaran Hani, Sailormoon pada desktop
laptop tersebut.
Jangan tak tahu, Hani ni memang peminat
tegar anime Jepun atau dalam bahasa
lainnya, Otaku. Bukan sahaja Sailormoon, malah Mermaid Melody Pichi Pichi
Pitch, Card Captor Sakura, Bey Blade, UFO Baby, Princess Tutu, Super Yoyo, Digimon,
Ninja Boy, Ninja Hattori-kun, Naruto, Doraemon, Crayon Shin-Chan dan seribu
satu lagi memang menjadi minatnya. Malam selepas mendapat laptop tersebut, Hani
terus menjalankan operasinya
Nak tahu? Ha.. Jeng...jeng...jeng...
Operasi menghias aptop tersebut dengan
wallpaper anime Jepun kegemarannya dan memasukkan lagu-lagu kegemarannya ke
dalam laptop tersebut. Lagipun, Hani tidak memerlukan internet kerana dia
memang sudah ada koleksi sendiri yang dia simpan mealui pendrive 8 GB miliknya.
Kalau nak guna internet, rumah Tok Abi mana ada internet. Kalau nak gunalaptop
tersebut di kawasan yang menawarkan WiFi percuma, memang Hani akan menolak. Dia
tidak mahu rahsianya bocor.
Hani membuka flder ‘Anime’. Dia hanya
membelek-belek wallpaper anime yang terdapat di dalamnya. Matanya terhenti pada
sebuah wallpaper anime DragonBall. Gambar Goku sedang mengumpul kuasa
‘kamehameha’. Dia teringat kenangannya bersama Khalid dan Idah. Mereka
sama-sama meminati anime itu suatu masa dahulu. Hmmm.. Khalid. Nama itu meniti
bibirnya. Lelaki itu merupakan sahabat baiknya sejak dia menjejakkan kaki di
kampung ini, malah Idah juga merupakan sahabat baiknya suatu ketika dulu. Namun
dalam diam, Hani tahu bahawa Khalid menyimpan perasaan terhadapnya namun dibiarkan
sahaja kerana Hani tahu bahawa Idah juga menaruh hati pada Khalid.
Namun segalanya berubah apabila sebuah
kemalangan yang tidak disangka-sangka berlaku. Ya, ketika itu mereka berada di
tingkatan dua. Hanya mereka bertiga sahaja yang tahu mengapa terjadi kemalangan
tersebut. Hani mengeluh berat.
Hani kemudian mematikan laptop tersebut
apabila matanya terasa berat. Sewaktu hendak meletakkan laptop tersebut di atas
meja, tangannya terlangar kotak pensel lalu jatuh ke lantai. Hish, nak
jatuh-jatuh pula. Sengaja je! Hani mendengus geram.
Segera dia mengutip alat-alat tulis
miliknya yang berterabur. Aik?? Asal sikit sangat? Hani tergaru-garu kepalanya
yang tidak berapa nak gatal. Dia kemudian membongkokkan dirinya untuk mencari
di bawah katil.
Oh, ada pun!
Hani menghulurkan tangannya untuk mengambil
barang-barang tersebut. Tiba-tiba tangannya terlanggar sesuatu. Ish, apa pula
ni? Hani merungut. Segera di tariknya.
Hah?
Hani membulatkan matanya. Sebuah kotak
muzik berbentuk hati kini berada di tangannya. Kat sini rupanya kau menyorok.
Hani tersengih lebar. Ya, kotak muzik miliknya yang telah lama dicari. Hani
membersihkan sawang dan habuk yang membaluti kotak tersebut.
“Uhuk! Uhuk!
Uhuk!”
Hani terbatuk apabila habuk-habuk
tersebut memasuki rongganya. Masih cantik macam dulu. Hani menyentuh permata tiruan
yang terdapat pada kotak-kotak tersebut. Meskipun hanya tiruan, namun ia
benar-benar tampak seperti tulen. Tetap bersinar. Hani cuba membuka kotak
tersebut, namun gagal apabia koak tersebut berkunci.
Hish, masih tak boleh ke?
Muncung ditarik. Hani menyentuh pada lubang
kunci kotak tersebut. Unik. Hanya itu yang terlafaz di bibirnya setiap kali
melihat bahagian tersebut. Selain mempunyai ruang untuk memasukkan kunci,
bahagian tersebut juga mempunyai kod keselamatan. Kira macam password la, tapi
hanya menggunakan nombor. Hani melakar
senyuman. Kemudian kotak itu diletakkan di pipinya.
Ya, kotak itu sangat bermakna buat Hani.
Meskipun dia tidak mengetahui isinya, namun dia amat menyayangi kotak tersebut.
Kotak yang diterima sehari sebelum sejarah hitam tercatat dalam kehidupannya.
Dia tidak mengingati bagaimana dia mendapat kotak tersebut, atau siapa yang
memberinya. Setiap kali dia memerah mindanya untuk mengingati gerangan pemberi,
kepalanya akan sakit dan satu perkataan akan keluar dari mindanya.
‘Abang A...A..A...’
Namun Hani gagal mengingati nama penuh
tersebut. Itulah yang terjadi setiap kali dia cuba menngingati perkara
tersebut. Malas untuk memikirkan, Hani membuat kesimpulan bahawa kotak muzik
tersebut merupakan hadiah daripada abangnya.
‘Nana...’
Hani bagaikan baru terjaga dari lena. Suara
itu menganggu dirinya. Sekilas tragedi hitam itu hadir di fikirannya. Itulah
sebabnya Hani tidak mahu, dan sentiasa mengelakkan diri untuk mengingati
pemberi kotak muzik tersebut. Dia tidak mahu mengingati sejarah hitam miliknya.
Baginya, biarlah dia menyayangi kotak tersebut kerana rupa kotak tersebut dan
kenangan manis terakhir bersama keluarganya.
“ARA!!”
Hani
menjerit tatkala Ara melompat pada belakang tubuhnya. Tanda ingin didukung. Ara
tidak mempedulikan langsung jeritan Hani. Tangannya masih memanjat tubuh Hani.
Namun tangannya terkapai-kapai apabila dirasakan tubuhnya diangkat.
“Abang
Tuah! Lepaskan Ara!”
Huh, tak padan kecik! Kuat juga dia meronta.
Gumam Tuah.
“Ara,
kenapa kacau Kak Hani?”
Tegur Raudhatul yang baru selesai membasuh
pinggan di dapur rumah Hani. Mereka semua baru sahaja menjamu hidangan
tengahari yang dimasak oleh Nek Wan. Imran dan Ilmi yang sedang khusyuk duduk
di atas kerusi ruang tamu itu hanya memerhati sambil tergelak. Tok Abi dan Nek
Wan pula sedang berada di dapur, entah apa yang mereka lakukan pun Hani tak
tahu.
“Ala..
Ara nak bermanja dengan Kak Hani. Kan lepas ni Kak Hani dah tak ada?”
Suara Ara kedengaran seperti merajuk.
Tuah meletakkan Ara kembali. Hani menggeleng. Hish, budak ni cara cakap macam
aku nak mati! Hani membongkok dan mencuit hidung kecil Ara. Tergelak kejap
melihat wajah masam Ara.
“Ara,
akak bukan pergi buat selamanya. Nanti cuti, akak balik la.” Jelas sifat
prihatin Hani. Hani ni rupanya dalam manja ada sifat prihatinnya. Raudhatul
tersenyum.
Namun Ara masih menarik wajah masam.
Badan dipusingkan sambil memeluk tubuh. Ish, budak kecik ni. Bukan tak tau aku
tak reti memujuk. Getus hati Hani. Wajah Raudhatul dan Tuah dipandang, memohon
bantuan.
Namun hampa apabila keduanya hanya
mengangkat bahu. Hani mencebik geram. Kalau Khalid ada kan senang, budak ni
memang patuh tahap dewa pada lelaki itu. Sayangnya lelaki itu tidak dapat hadir
hari itu kerana terpaksa membantu Abi Bakri di madrasah.
Tiba-tiba dia mendapat satu idea.
Hani memandang Ara yang sedang
membelakanginya itu. Nak sangat kena angkat kan.. nanti kau!
“Kak
Hani!! Lepaskan Ara!!” Namun laungan sia-sia . Hani masih tetap dengan
pendiriannya.
Ilmi, Tuah, Imran dan Raudhatul
ternganga. Masakan tidak. Hani sedang mendukung Ara di belakang manakala
angsa-angsa milik Tok Abi pula berada di belakang Hani, bermakna di bawah Ara.
Mereka menggeleng berjemaah. Bukan Hani tak tau yang si Ara tu takutkan angsa.
Malah lebih takutkan angsa berbanding hantu.
“Kak
Hani! Lepas! Ara takut!!”
Ara sudah mengebeh.
“Apa?
Lepas? Okey! Akak lepas kat sini tau!” Kata Hani sambil mengacah mahu
menjatuhkan Ara di situ.
“Waaaaaarghhh!
Tak nak!”
“Aaaipp??
Tadi nak turun sangat?”
Hani tersenyum jahat. Hah, merajuk la
lagi dengan aku. Merajuk, merajuk. Ni aku pujuk kau! Hani sudah terbahak-bahak.
“Huuuuuu.....”
Ek eleh, dah nangis? Hani terus gelak.
Ara kemudian diturunkan di hadapan pintu rumah. Cecah sahaja kakinya ke lantai,
Ara terus menerpa Raudhatul. Ni lagi sorang budak yang manja dengan Raudhatul. Raudhatul
mengusap kepala Ara. Tak tahu nak menyalahkan siapa. Hani sudah menjelirkan
lidah kepada Ara.
Mereka kemudian masuk ke dalam. Gamat
sebentar ruang tamu tersebut. Ara menjelirkan lidah ke arah Hani, Hani balas,
dia balas balik. Berulang-ulang. Dah tak menangis lagi dah budak ni. Kemudian
Ara menerpa ke arah Ilmi untuk bergayut. Hah, tak dapat Hani, Ilmi pun jadilah.
Ilmi dah rasa nak patah tulang belulangnya di saat Ara memanjat tubuhnya.
Tawa mereka kedengaran hingga ke luar
rumah. Namun tawa mereka mati tatkala mendengar bunyi kereta memasuki halaman.
Hani tanpa membuang masa terus meluru keluar. Dia meninggalkan Ilmi dan yang
lain terpinga-pinga.
Mata Hani tertancap pada Citra hitam yang
berada di hadapannya itu. Fuh, nasib baik tak datang dengan kereta jutawan. Kalau
tak, masak nak gali idea. Setelah enjin kereta dihidupkan, kelihatan seorang
lelaki keluar dari kereta tersebut dengan berpakaian putih. Oh.. nilah pekerja yang
Tok Abi cerita tu.
Eh, kejap! Hani memandang lelaki itu atas
bawah atas bawah berulang kali. Biar betul ni pekerjanya? Hani tak percaya!
Lelaki itu kemudian berjalan ke arah Hani.
“Err..
Cik Azhani Zafrina, kan?” soal lelaki itu.
Hani menelan air lirunya. Terasa begitu
kelat sekali.
“Saya
Shahir. Driver Tan Sri Syakir Ilyas.
Saya datang...”
Hani segera memotong.“Chop! Chop! Betul
ke kau ni driver Tan Sri?” Soal Hani
tidak percaya. Shahir menjadi pelik seketika.
“Ya
saya. Kenapa cik? Ada masalah ke?” Hani mengangguk. Ya, ada masalah!
“Bukan
driver Tan Sri tu.. err... patutnya tua
ke?” Aduh, masak! Macam mana dia nak kelentong rakan-rakannya? Takkan nak kata
‘Ni kawan ayah aku. Dia datang jemput aku sebab ayah aku sibuk,’ padahal driver ni seorang yang ... muda! Rasa-rasa
baya aku je kot! Eh, tak mungkin. Mungkin tua sikit.
Shahir tergelak.
“Tuah! Cepatlah tolong angkat barang ni! Kau
ingat aku ni apa? The Hulk nak angkat-angkat barang berat?!” Jeritan Ilmi di
dalam rumah membuatkan Hani pucat lesi. Masak! Diorang gerenti tau aku tipu
selama ni!
“A..er..
Shahir.. ka..” Belum habis hani menuturkan kata, kedengaran suara di
belakangnya.
“Woi,
Hani! Kau ingat kitorang ni apa? Sini, ambik barang kau ni, bawa masuk kereta!
Penat tangan aku nak mengangkatnya!”
Gulp! Hani pucat lesi. Nasib baik dia
membelakangkan Ilmi, kalau tidak, tentu Ilmi
dapat lihat wajahnya yang pucat lesi itu.
“Hani,
penat tekak aku panggil kau. Kau buat pekak je kan?” Ilmi merengus.
Hani rasa jantungnya bagai nak gugur.
Ish, macam mana si Ilmi ni boleh ada kat sebelah aku pulak ni? Bukan sahaja
Ilmi, tapi Tuah, Imran, Raudhatul dan Ara turut berada di situ. Tangan
masing-masing mengangkat barang-barang milik Hani.
“Err..
Hani. Siapa ni?” Tuah mengajukan soalan apabila terpandangkan Shahir.
“Saya
Shahir. Saya da...” Hani membulatkan matanya. Tak mungkin akan aku benarkan dia
ceritakan hal yang sebenar! Wahai otak, bantu tuan mu ini! Gotcha!
“Ilmi,
ni aku kenalkan, Shahir. Ka....”
“Hah, dah siap semua?”
Semua di situ menoleh tatkala Tok Abi
dan Nek Wan melangkah keluar dari rumah sambil menjinjit sebuah beg pakaian.
Tuah pantas membantu tok gurunya itu membawa beg tersebut. Maklumlah, anak
murid kesayangan katakan. Manakala beg yang dipegangnya tadi diberikan kepada
Imran. Nak tak nak, Imran terpaksa merelakan. Takkan nak cari gaduh depan tok
guru kot? Cari nahas apa?
“Belum
tok, tinggal nak masukkan barang dalam bereta je.”
Jawap Hani sambil tersenyum. Lega
sebab Tok Abi muncul pada masa yang tepat. Syukran, tok! Syukran! Hani sayang
atok! Soraknya dalam hati. Kemudian Shahir segera membuka but kereta tersebut
dan mereka meletakkan barang-barang dalam but tersebut.
“Tuah,
Imran. Nanti jangan lupa apa yang tok pesan. Tolong tengok-tengokkan rumah tok.
Latihan dua malam tak ada.”
Tuah dan Imran mengangguk apabila Tok
Abi mengulangi pesanannya. Mana boleh lawan, tak berkat ilmu nanti. Nek Wan
menggeleng. Hani hanya tersengih.
“Kak
Hani,” Hani menoleh apabila Ara memanggilnya.
Ara teragak-agak. Hani mencangkung
dan merapatkan mukanya dengan Ara. Ara menggelabah. Segera dihulurkan sebuah
beg kertas kepada Hani. Hani terkejut. Eh, bila masa pula budak kecik ni bawa?
Tak nampak pun. Ah, mungkin waktu aku kelam-kabut tadi kot. Duga Hani.
“Untuk
akak?”
“Taklah.
Untuk abang tu,” Ara membalas geram. Kura-kura dalam perahu, buat-buat tak
tahu. Hish, sengaja aje!
Hani ketawa kecil diikuti yang lain.
Baru nak sakat.
“Mestilah
untuk akak.”
Akhirnya Ara jujur.
“Kitorang
sama-sama kongsi duit untuk belikan hadiah ni.” Luah Ilmi.
“Termasuk
Khalid?” Hani menoleh ke arah sahabatnya.
Tuah mengangguk. Dan juga Idah, gumam
hati Ilmi.
Hani
menguntumkan senyuman. Beg kertas
tersebut diletakkan di atas lantai. Dia mendepakan tangannya. Ara tergamam.
Namun segera memeluk Hani. Hani membalas pelukan tersebut.
Hani meleraikan pelukan dan berpeluk
dengan Raudhatul dan juga Ilmi pula.
“Kitorang
tak nak peluk?”
Hani memandang Tuah dan Imran, tajam.
“Penumbuk
nak?”
Gulp! Tuah dan Imran menggeleng laju.
Hani tersengih. Tahu takut. Shahir sudah awal-awal memasuki pacuan empat roda
tersebut. Namun gelagat mereka yag sempat dia perhatikan tadi sedikit sebanyak
membuat hatinya girang. Mereka sebaya aku. Mesti best kalau dapat kawan dengan
diorang. Jujur hatinya berkata. Eh, tak! Tak! Mana boleh! Dia anak majikan aku!
Tak sama taraf, tak sama taraf! Shahir segera membuang niatnya.
Setelah menutup pintu kereta, Hani
segera membuka tingkap dan melambai rakan-rakannya apabila Citra tersebut mula
meninggalakan perkarangan rumah kampung itu. Kemudian, pemandangan ruamh tadi
bertukar. Kini pemandangan di sepanjang jalan di kampungnya menghiasi matanya.
Hani melambai tatkala melihat budak-budak kampung atau rakan-rakannya.
BAB 10
IDAH bersandar
pada sebatang pokok. Matanya tertancap pada sebuah Citra hitam yang bergerak
meninggalkan kawasan kampung. Jelas kelihatan kepala Hani yang sedang terjengul
keluar dari tingkap kereta. Idah tergeleng perlahan. Hani, Hani. Kau masih
dengan hobi kau.
“Teringat
kenangan lama atau....”
Idah menoleh. Langsung tiada riak wajah
terkejut. Memang dijangkakan lelaki itu berada di situ.
“Atau?”
Idah menyoal kembali. Khalid mengeluh.
“Rasa
bersalah?”
Khalid membuat kenyataan dalam bentuk
pertanyaaan. Wajah Idah yang dilitupi tudung dipandang. Angin sepoi-sepoi
bahasa petang itu membuatkan tudung itu kadang-kala turut beralun mengikut
rentak angin.
“Entahlah.”
Pendek jawapan Idah.
“Dia
kawan kita. Dia dah banyak menderita. Setiap tahun, setiap masa, dia akan
mencari pemaut untuk bantu dia bangkit.”
Ujar Khalid, perlahan namun masih dapat
ditangkap oleh telinga Idah. Idah mengangguk perlahan.
“Kau
masih ingat tragedi tu?”
Giliran Idah bertanya.
“Yang
mana?” Khalid menyoal kembali. Ish, orang tanya dia, dia tanya balik.
“Ketiganya,
kau masih ingatkan?”
Khalid melepaskan nafas berat.
“Aku
tak mungkin boleh lupa. Selain, Tok Abi dan Nek Wan, hanya kita aje yang tahu
kisah lapan tahun lalu.”
“Kecuali
waktu kita empat belas tahun. Hanya kita bertiga saje yang tahu macam mana kau
jadi begini.” Sambung Idah, sambil melirik kea rah kaki Khalid. Ya, Khalid dulu
merupakan seorang yang normal sehinggalah dia berumur empat belas tahun,
kakinya menjadi tempang.
“Tapi
hanya kita berdua tahu kejadian dua tahun lepas.”
Air mata Idah bergenang.
“Maknanya...”
Idah berjeda seketika. Air ditubir
matanya dilap dengan hujung jari.
“Hanya
kita yang tahu memori Hani dengan ‘Abang Ayan’ dia.”
Mereka berkata serentak.
Pandangan mereka dialihkan ke langit
biru. Subhanallah, ciptaan tuhan siapa yang boleh tandingi. Mereka berharap
agar Hani terus cekal.

