Berkawan sejak kecil dan terpisah kerana penghijrahan keluarga .
Tahun-tahun yang berlalu membuatkan Ammar Haziq menjadi seorang perindu setia .
Namun siapa sangka pertemuan dalam situasi yang tidak dijangka dengan Izzati Akasyah menjadikan Ammar Haziq tidak keruan .
Manakan tidak , sangkanya gadis itu merupakan teman sepermainannya 13 tahun lalu kerana sifatnya yang tidak ubah seperti wanita yang dia kenali 13 tahun lalu itu sebenarnya itu merupakan pesakit kakaknya , Doktor Maria Syafwa , pakar psikologi dan sakit jiwa !
Ingin menjejaki teman sepermainan , namun hasrat dibatalkan apabila memikirkan pertalian yang akan dibina bersama Tengku Atysha .
"Ya Allah ! Apa kau dah buat ni Ammar Haziq ! "
Bakal pengantin bertukar serta-merta ! Lelaki itu akur mengenangkan dia telah mengembalikan tragedi hitam dalam kotak memori Izzati Akasyah .
Ikatan yang dibina , membuatkan keinginan itu timbul dengan kuat . Keinginan menjejaki kembali teman sepermainan yang hilang 13 tahun lalu . Dan keinginan mencari identiti sebenar Izzati Akasyah .
__________________________________________________________________________
"Kasyah ada patung .
Patung Kasyah beruang.
Kasyah ada Haziq.
Kasyah saaayang Haziq" -Izzati Akasyah

