Sebuah senyuman diukir ikhlas. Pembayaran telah dibuat lalu Hakimi melangkah keluar bersama sebungkus beg plastik kecil di tangan kanannya. Hujan lebat masih tidak menandakan sebarang peubahan untuk hujan berhenti.
Hakimi berjalan sepanjang deretan kedai-kedai untuk mengelakkan dirinya basah disimbahi air hujan. Tut..tut..tut... Tangannya menyeluk poket kiri baju sejuk yang dipakai.
Satu pangilan tidak dijawab.
01X-XXXXXXX
'Pa'an' gumamnya tatkala nombor itu meniti bibir. Butang hijau ditekan sementara kaki terus melangkah menuju ke tempat letak kereta.
Setibanya di sebuah lorong, panggilan itu di sambut.
"Assalamualaikum. Pa'an, kenapa..." tidak sempat ayat dihabiskan telefonnya terlepas dari genggaman.
Hakimi yang terkejut terus beristighfar seraya menoleh ke kanannya. Sekumpulan lelaki berpakaian gelap beserta cermin mata gelap berjalan di sebelahnya tanpa sedikit pun menoleh mahupun meminta maaf daripadanya. Dia membongkokkan badannya untuk mengambil telefon yang terjatuh. Mujurlah telefon cikainya itu kalis air, kalau tidak, masak dia hendak mengumpul duit untuk membeli telefon baru.
Uhuk! Uhuk! Urgh!!
Hakimi terkaku. Dia seperti mendengar suara orang batuk. Kiri kana depan belakang ditoleh. Mencari dari mana arah datangnya suara itu. Lelaki itu memasang telinga.
Errrgh!
Matanya memandang suatu arah. Timbunan sampah sarap. Namun dia tidak melihat walau satu pun bayang-bayang manusia. Memikirkan mungkin itu sekadar imaginasinya, Hakimi bersedia bergerak lebih maju. Namun sekali lagi kakinya kaku apabila melihat beberapa plastik sampah bergerak-gerak.
********************************************************************************
Perlahan-lahan Hakimi membaringkan tubuh itu di atas katil. Berdasarkan rupa paras sahaja dapatlah Hakimi meneka bahawa yang dibaringkan tadi ialah lelaki berdasarkan rupa parasnya. Lelaki yang lebih kecil sedikit daripadanya. Dia merasa dahinya, panas, dan turut terdapa beberapa kesan lembam dan luka-luka kecil di tubuh yang kecil sedikit daripadanya itu.
"Ha..ha..ha..." pemilik suara itu mendesah. Hakimi merumuskan bahawa orang yang berada di atas katilnya itu sedang menahan kesakitan yang amat.
Melihat pakaian si pesakit dihadapannya itu basah, Hakimi segera mendapatkan pakaian kering. Kemudian bersedia untuk menukarkan pakaian lelaki itu. Tangannya yang laju hendak menukarkan pakaian lelaki itu tiba-tiba terhenti.
Rasa ragu-ragu muncul di benak hatinya. Setelah menarik nafas dan meyakinkan diri bahawa tiada apa yang perlu di risaukan, tangannya ingin kembali menyalinkan pakaian. Namun belum sempat tangannya menyentuh mana-mana tubuh kecil itu, Hakimi terkejut gara-gara tangannya ditahan oleh lelaki yang menjadi pesakit tak rasminya itu.
"Apa .. yang.. kau.. nak.. buat?" suara itu kedengaran perlahan.
Hakimi cuba menenangkan diri. Mencari ayat yang sesuai.
"Pakaian kau basah bro. Biar aku salinkan. Okey?"
Lelaki itu terus menepis kuat tangan Hakimi apabila ayat iu keluar daripada mulutnya. Hakimi kaget sebentar.
"Bro, kau okey tak ni?"
"It'sokay. Aku boleh salin sendiri." jawabnya dingin.
"Tapi badan kau..." Hakimi mencelah.
"Aku boleh salin sendiri, aku tak suka orang pegang aku tanpa keperluan."payah namun tetap juga dikatakan tegas.
"Fine, kau salinlah dulu. Aku buatkan kau makanan sikit sebelum makan ubat."
****************************************************

