Lupa diri? Ye lah. Celeberation sana-sini. Pelbagai juadah dihidangkan. Dah macam food festival pula dah. Lepas tu nanti, banyak makanan terbazir.
Berbeza dengan aku... Sebab tak nak makanan tu dibazirkan.. aku makan makan dan makan dan akhirnya malam 31 Ogos 2015 aku ada kat dalam kereta dalam perjalanan pulang ke rumah dari asrama kerana keracunan makanan.
Kisahnya bermula pada hari Sabtu yang bertarikh 29 Ogos 2015 . . .
Kami (yang satu sekolah ni )yang terlibat dengan perbarisan Kemerdekaan berkumpul di kantin untuk bersarapan. OK. actually kat sini dah ada unsur makanan tercemar. Tapi ntah lidah aku ni susah nak perasan. Aku makan jelah,, tapi kalau aku betul,, sebenarnya nasi goreng tu ok je.. Tak tahulah kalau dia sebenarnya bukan lembik macam tu .
Then,, rehearsel.. dah habis,, aku dengan beberapa orang yang terpilih pergilah ambil makanan yang disediakan.. Jeng jeng jeng! Nasi putih + ayam masak merah + salad + telur dadar.Dalam bas, lepas haus dah hilang aku pun mula la buka bekas makanan untuk makan, bau semua ok lazat, makan je aku rasa telur dadar tu semacam, Ingatkan memang rasa dia macam tu, aku aku pun teruskan makan.
Balik asrama, aiyoyoyo ... makanan mak cik kantin untuk tengahari ~ -,-
Fine. Dahlah makanan untuk rehearsel tadi ada lagi. Tambah lagi makanan mak cik kantin .. alahai~
ok. Balik dorm, makan lagi. Lepas makan, buat kerja sikit, aku tidur.
Petang tu bangun, bersihkan badan sikit, lapar, makan lagi. Ok, this time aku rasa teluar dadar yang aku makan tu mmang dah tak elok. aku tak taulah macam mana aku boleh tak sedar. Mengingatkan balik aku rasa nak muntah. ok. Waktu tu, baru la makanan tengahari makcik kantin sampai ke tangan aku. Tapi sebab dah rasa 'kenyang', maka aku pun simpan lagi makanan. Walhal makanan dalam dorm aku (aku jadikan dorm aku tempat simpan makanan budak2) dah ade 2 kotak.
Ok. Malamnye tu. Tambah lagi 3 kotak makanan sampai kat tangan aku.ni Ini semua adalah makanan untuk makan malam, minum malam dan minum petang. Tapi disebabkan tak larat nak bawak naik dorm, makan malam tu, ada (ramai) jugaklah yang tak amek. Aku pun masukkan dalam kotak yang kecil sikit dan ... terpaksa parkingkannya secara terus di sebelah tong sampah besar. And the night, baru je nak mula buat kerja, perut aku dah makin meragam. Tak tahan, aku baring.
Dan sepanjang malam tu, aku asyik terjaga ke tandas untuk muntah2 dan aku dah start demam. Mujurlah ade Ain Batrisyia, dormmate aku, sedikit sebanyak dia tolong jaga aku and call kan family aku. Esoknya cikgu aku bawa aku dan seorang lagi junior aku ke klinik ... dan hasil .. 'Aiyoo.. adik dah kene food poisoning~" agak dah.
Tu yang doktor laki tu cakap. Dia Islam. Tapi aku pun memule ingt dia bangla. Lepas terima injection di gluteus, aku balik asrama balik. So on malam tu demam aku pun tak kebah2, Ain lah yang call kan family aku malam 31 tu .
And malam seterusnya pula, walid dengan umi pula yang bawa aku ke hospital. Semua ini gara-gara aku asyik muntah-muntah, cirit-birit dan semua yang aku makan termasuk ubat taknak masuk perut. Check itu, check ini. Masuk air. Blood test. Lama wooo. Aku takut kene tahan wad je. ( Walaupun sebenarnya aku memang nak)
Alhamdulillah, tak kene tahan wad. Dapat MC 2 hari, ubat lagi, blablabla...
Waktu ni syukur la sebab kalau aku kena tahan wad macam2 masalah woo. Sabtu ni aku ade pertandingan kat putrajaya dan ahadnya pula ada pertandingan Choral Speaking. Lepas Sodium Chloride dimasukkan ke badan aku, Alhamdulillah aku beransur pulih. Walaupun ade sikit lagi tanda-tanda food poisoning dalam diri ni...
Maka, kesimpulanannya, aku mula fobia dengan telur especially telur dadar Jangan makan banyak sangat. Kenali makanan anda. Sekian,
Wallahua'alam.

