"Okey. Let it be like this. You said.. once I was a kid I use to fantasizing and played with all my fantasies friends that I created on my own?"
Gadis di hadapannya mengangguk. Matanya bersinar-sinar apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Awani.
Awani terdiam. Sungguh, dia sendiri tidak dapat mengingati gerangan gadis di hadapannya. Ahh.. tak penting. Kalau benar sekalipun, perkara itu telah terlalu lama berlalu. Lagipun.. dia sudah dewasa. Imaginasi dan angan seorang gadis kecil tidak penting kini dan tiada keperluan untuk menyambungnya.
Awani berpusing membelakangi gadis itu. Nafas dihela lembut. "Sorry.. Saya tak tahu nak bagi respon apa atau nak kata apa. Honestly, satu pun saya tak ingat. Kalau betul pun, dah tak penting bagi saya. Saya ada komitmen lain yang perlu saya tumpukan.
Karier saya... Impian saya.. Masa depan saya.. Mustahil saya dapat laksanakan jika saya kekal dengan imaginasi dan fantasi kanak-kanak saya."
Gadis itu terdiam. Mustahil.
"Tipu!"
Awani hanya diam tidak berkutik.
"Listen ...err.."
"Rena."
"Fine. Listen Rena. Kalau betul saya selalu bermain dengan Rena, saya yakin Rena sangat mengenali diri saya lebih dari diri saya sendiri."
"Sebab Wani sendiri pun tak pernah tau diri Wani sendiri macam mana." Air mata Rena mulai bertakung.
"Yup. So you DID know me right? Jadi, adakah Rena rasa saya sedang menipu?"
Awani menghadap gadis itu kembali. Kedua tangannya memegang pipi gebu gadis dihadapannya. Mata mereka bertentangan.
Rena terdiam. Mata itu.. Mata yang kosong. Tiada sebarang imaginasi. Tiada sebarang fantasi. Benar. Awani tidak menipu. Dia memegang kedua-dua belah tangan Awani.
"Tapi.. Wani.. Rena.. kami.. dia..." nafasnya tersekat-sekat. Dia tidak mampu melengkapkan ayatnya.
"Rena. Just go back to your own world. Go back to the sketch book. I'll promise that I keep you sound and safely."
Awani cuma ingin menjadi seorang manusia normal. Normal iaitu menjalani kehidupan yang biasa tanpa sebarang masalah luar biasa. Namun kemunculan Rena memaksanya mengingati memori gelapnya yang telah lama dilupakan.
"Wani, dia sangat perlukan pertolongan awak! Tolong bantu dia! Dia...dia..."
"Siapa dia, Rena?"
Persoalan. Siapa 'dia' yang Rena maksudkan? Kenapa dengan 'dia'? Kenapa dia yang kena tolong 'dia'?
'Wani sukaaaaaa sangat dekat 'dia'!'
Memori yang dilupakan kembali satu persatu seperti kepingan puzzle yang dicantum. 'Dia' ialah orang yang dikasihi tetapi paling ingin dilupakan.
"Macam mana Rena boleh keluar dari sketch book, ye?"- Awani
"Sebab Wani. Rena dengar suara Wani ... tapi tak jelas. Bila Rena cari Wani tengok Wani dah besar. Dah cantik. Tak macam waktu Wani kecil. Sememeh dengan hingus yang lap dekat baju." - Rena
Renaaaaa!

