"Apa ni Liaaa!! Aku tengah tengok berita kut!"
Umai memasamkan muka. Mana taknya, orang tengah dok khusyuk melayan dia boleh selamba badak sumbu laut tukar siarang. Memang cara bala namanya.
"Ala kau ni Mai, asyik kau je dok conquer tv tu. Aku pun nak tengok juga. Hah.. daripada kau duk melayan muka pembaca berita yang tak ada perasaan tu baiklah kau tengok ni.. Runningman. Hah, baru best. Tengok Kwang Soo tu, comel apa.."
Alia buat muka comel, saja nak tayang kesian kat kawan. Umai pula masih dengan muka masamnya padahal dah melayan kelaut Runningman tu.
Waktu-waktu macam ni jelah mereka berdua ni ada masa nak melayan tv. Mana taknya, selalu pelanggan di Restaurant MademouTon ini penuh, tapi hari ini agak lenggang sedikit.
''Hah, curi tulang lagilah tu!"
Sergahan garang bini harimau membuatkan kedua anak gadis itu berdiri sepantas kilat mendapatkan satu sama lain, berdiri tegak siap dengan tabiknya ala-ala tentera lagi tau.
"Maaf Kak Ton, bukan kami curi tulang Kak Ton." balas Alia.
"Habis tu, korang buat apa sekarang ni? Makan tulang?! Mana semua pelanggan aku?!" Mak oi, suara macam petir.
"Tak tahu Kak Ton." Alia ni bab jawab-menjawab memang dialah juaranya.Umai pulak dok berselawat dalam hati semoga dipanjangkan nyawa.
"Apa?"
"A..err... ..." tak sempat Alia membina ayat dia kena sergah lagi.
"Macam mana boleh tak tahu?!!"
"Er.. Kak Ton, Kak Ton dah tengok berita tak hari ni?" Alia cuba alih siaran.
"Kau jangan nak ubah tajuk." amaran dikeluarkan, kipas ditangannya diajukan ke batang hidung Alia.
"Eh, mana ada Kak Ton. Kalau Kak Ton nak tau..." Alia menurukan tabiknya seraya memegang lembut bahu Kak Ton menyuruhnya duduk. Matanya pula cepat memberikan arahan kepada Umai agar mencapai surat khabar Metro di meja pelanggan yang mereka duduk tadi. Terus sahaja tangan Alia melakukan kerjanya apabila menyambut huluran Umai.
"Haaa.. inilah angkaranya kenapa hari ni pelanggan Kak Ton tak ramai..."
Mata Kak Ton bulat mengikut rentak tangan Alia yang sedang menunjukkan tajuk utama pada hari ini.
LAGI PELACUR DIBUNUH KEJAM!
Bukanlah tajuk angkara mata Kak Ton membesar sebegitu rupa tapi lokasi pembunuhan. Mana taknya, hanya beberapa bangunan dari kedainya!!
Keluhan berat dilepaskan. Alia dan Umai menarik nafas lega.
"Apalah nak jadi dengan dunia sekarang.. bunuh sana sini. Dahlah tempat aku cari rezki pula tu. Kalau ye pun kau nak bunuh, pergilah bunuh tempat lain. Ini tempat makan juga yang kau nak.."
Tangan kanan mengipas manakala tangan kirinya memicit-micit dahinya, "Sabar banyak-banyak Kak Ton.." kedua-dua anak gadis itu memicit-micit bahu dan lengan Kak Ton, lagak gayanya seperti seorang taukeh Ah Long.
"Umai.."panggil Kak Ton, dengan nada yang lembut.
"Ye Kak Ton..." lembut juga jawab si Umai.
"Lia.."
"Saya Kak Ton..."
"Malam ni kita tutup awal ye... Kak Ton tak sanggup nak balik lewat sangat malam ni. risau sebenarnya ni.. terutama dengan kau orang berdua. Takut-takut ada lagi kes susah kita."
Kedua-dua mereka mengangguk. Sudah makan dengan sikap Kak Ton yang tak menentu. Kejap marah, kejap prihatin, kejap sedih,kejap berkasih sayang.. aduhai Kak Ton.. Hormon tak menentu agaknya.
"LIAA.. akak kena balik dulu. Suami akak dah sampai dah ni. Umai mana?"
"Umai dah balik dah Kak Ton, abah dia sampai lima belas minit lepas." Lia menerukan kerja-kerja mengikat plastik sampah tanpa melihat ke arah Kak Ton.
"La\, yeke. Hish budak ni. Lia dah siap kerja ke? Akak nak tutup dah ni." Kak Ton kini berada di belakang Alia.
"Akak baliklah dulu. Nanti Lia tutupkan sebab sampah ni tak buang lagi." Alia bangun dan menghadap Kak Ton. "Yelah, kau jangan balik lambat sangat. Make sure lagi 20 minit RM dah tutup tau." Kak Ton setelah menyerahkan kunci dan berangkat pulang.
Usai melakukan tugasnya, Alia terus mengunci pintu utama sebelum melangkah pergi meninggalkan RM (Restoran MademouTon). Di suatu lorong yang memisahkan dua bangunan, Alia berhenti.Kejadian empat hari lepas kembali ke ingatannya. Ya, dia menjadi saksi pembunuhan tersebut tanpa sengaja. Namun dia tidak menunjukkan dirinya apabila diminta oleh pihak polis. Ayat yang dikeluarkan oleh pembaca berita petang tadi turut terngiang di mindanya.
Hasil pencarian, pihak polis tidak menemui sebarang bukti di tempat kejadian.
Senyuman sinis terpamer di wajahnya. 'Mana mungkin mereka akan jumpa, sebab bukti itu di sini.'
Alia memegang erat pergelangan kanannya. Seutas rantai haiwan telah diubah suai menjadi gelang di pergelangan kanannya. Tertera tiga abjad di besi rantai itu, LEO, mungkin sekali itu nama haiwannya, entahkan kucing entahkan anjing, atau mungkin haiwan lain seperti... burung atau arnab mungkin?
'Nasib baik aku jumpa dulu, kalau tidak mesti dia dah ditangkap.' Sebuah kucupan lembut hinggap di aksesori tersebut sebelum dia kembali melangkah, menuju ke tempat yang membenarkan dia lena.
'TAK guna! Mana dia? Mana dia? Mana dia?!'
Haikal menaburkan isi begnya ke atas tilam empuk miliknya. Sudah serata tempat dia mencari namun masih tidak menemuinya lagi.
Kreeeet...
Bunyi kuakan pintu mengejutkannya. Dari kaca matanya, dia melihat susuk tubuh kecil mengintai dirinya.
"Dok..Doktor?"
Haikal menghembus nafas lembut. Segera dia merapati kanak-kanak tersebut.
"Ye Amira, nak apa sayang?"
Memaut bahu anak kecil itu, dia lantas membawa gadis kecil itu keluar.
"Leo nak makan, tapi makanan dia dah habis."
Amira menunjukkan bekas makanan Leo yang kosong lantas berlari ke arah burung kakaktua yang hinggap di sofa ruang tamu.
"Mira. Mira. Nak makan. Nak makan. Lapar. Lapar. Lapar." Hish burung ni, kalau pasal makan memang ingat aje.
"Kau ni pasal makan nombor satu. Mentang-mentang Mira ada." Haikal menyekeh kepala kecil Leo.
Kreeeet...
Bunyi kuakan pintu mengejutkannya. Dari kaca matanya, dia melihat susuk tubuh kecil mengintai dirinya.
"Dok..Doktor?"
Haikal menghembus nafas lembut. Segera dia merapati kanak-kanak tersebut.
"Ye Amira, nak apa sayang?"
Memaut bahu anak kecil itu, dia lantas membawa gadis kecil itu keluar.
"Leo nak makan, tapi makanan dia dah habis."
Amira menunjukkan bekas makanan Leo yang kosong lantas berlari ke arah burung kakaktua yang hinggap di sofa ruang tamu.
"Mira. Mira. Nak makan. Nak makan. Lapar. Lapar. Lapar." Hish burung ni, kalau pasal makan memang ingat aje.
"Kau ni pasal makan nombor satu. Mentang-mentang Mira ada." Haikal menyekeh kepala kecil Leo.


No comments:
Post a Comment