___________________________________________________________________________________
BAB 11
“ERR..
Cik..” Shahir cuba bersuara.
“Takyah
cik-cik la. Susah, rimas. Panggil je terus Hani.” Hani memotong kata Shahir.
“Tapi
cik..”
“Lalalala..
tak dengar, tak dengar. Tok dengan nek dengar apa-apa ke? Hani rasa tadi ada
bunyi lalat la..”
Hani mengajukan seoalan kepada Nek Wan
di sebelahnya dan Tok Wan yang duduk di sebelah tempat pemandu. Mereka hanya
tertawa melihat keletah Hani.
“Shahir,
tak payah la nak ber’cik-cik’ dengan cucu tok tu, dia memang tak suka. Panggil
je Hani.” Tok Abi memberitahu sambil menjeling Hani yang sedang khusyuk
mengambil angin di luar tingkap.
“Tapi
Tuan...”
“Tak
payah tuan-tuan. Panggil je kami ni Tok Abi dan Nek Wan.”
Lagi sekali kata-katanya dipotong, tetapi
oleh Nek Wan.
“Tapi
Tuan dengan Puan ni majikan saya. Saya tak boleh..”
Ungkapannya terhenti apabila melihat
tiada reaksi daripada sesiapa. Masing-masing menghalakan pandangan keluar
tingkap. Shahir tergamam. Haih.. terpaksalah nampaknya. Shahir menggeleng.
“Baiklah,
To..Tok Abi, Nek Wan.” Ujar Shahir gagap. Ya Allah, beraninya aku! Kalau tau
dek majikan aku, tak tau apa aku nak cakap.
Tok Abi dan Nek Wan tersenyum senang.
Lebih selesa dipanggil begitu.
“Aaa..er..Ha..Hani?”
Hani segera menoleh. “Yup?” Ha..kan
senang. Bukan susah pun. Panggil Hani sudah. Ni nak ber’cik’ segala bagai.
Hish, rimas tau,rimas!
“Tolong
tutup tingkap boleh? Kalau tak macam mana nak pasang air-cond?”
Huh? Air-cond? Tak nak aku. Nak angin
luar, lagi best.
“Tak
payah pasanglah. Buka tingkap, kan senang.” Ujar Hani pantas.
“Hah?
Er.. Ya, ya. Baiklah cik, eh tak! Hani!” tergagap-gagap Shahir menjawab. Hani,
Tok Abi dan Nek Wan ketawa melihat perlakuannya.
Setelah tawanya reda, Hani kembali
menghadap pemandangan di luar tingkap kereta tersebut. Memang hobinya, kalau
menaiki kereta, dia lebih suka membuka tingkap untuk memandang pemandangan luar
sambil merasa angin yang menyapa wajah. Air-cond pula memang jarang menjadi
pilihannya.
Akhirnya, apabila matanya terasa pedih dek
kerana angin yang menyapa, Hani terlelap di kusyen belakang.
PUAN
Sri Azyan menyelak helaian demi helaian. Cuba menghilangkan bosan yang melanda
hatinya. Majalah Wanita itu menjadi tatapannya. Sesekali matanya mengerling jam
tangan Bulova miliknya.
Bosan menatap majalah, matanya
memandang persekitarannya. Keadaan lobi hotel agak lengang ketika ini. Dia
mengeluh perlahan. Matanya menangkap kelibat sebuah keluarga yang berjalan
memasuki hotel tersebut. Muka mereka terpancar sinar ceria.
Tanpa dipinta, sebuah memori bagaikan
ditayang di kotak fikirannya.
“UMI, selamat hari lahir!”
Azyan nyata terkejut sebaik matanya
dibuka. Along, angah dan adik dipandang. Terharu pastinya. “Happy birthday,”
bisik Syakir Ilyas ditelinga isterinya. Bahu isterinya itu dipeluk.
“Terima kasih abang, Terima kasih
sangat-sangat.” Azyan mengusap wajah suami di sisinya.
Kemudian berpaling ke hadapan. Dia mencangkung sambil memandang wajah
permata-permata hatinya. Dua putera dan satu puteri itu tersenyum. “Syukran
anak-anak umi,” ucapnya. Mereka bertiga tersengih. “Umi,umi. Cepatlah potong
kek ni. Penat tangan angah pegang.”
Azyan dan Syakir Ilyas tersenyum. Along menghulurkan pisau. Azyan
memotong kek tersebut dan menyuapkannya kepada suami tersayang. Kemudian disuap
kepada anak-anaknya satu persatu.
Sungguh, dia sangat gembira tika itu. Makan bersama-sama, menangkap
gambar bersama-sama, bermain bersama-sama, malah mereka turut bernyanyi
bersama-sama. Jelas senyuman kegembiraan terpancar di wajah mereka.
“YAN?”
Puan Sri Azyan tersedar dari lamunan. Dia
memandang kea rah empunya suara. Oh, suaminya rupanya. Ingatkan siapa tadi.
Segera dia bagkit dan mencium tangan suaminya itu.
“Bila
abang ada kat sini? Dah jumpa client ke?” soalnya, cuba menyembunyikan riak
terkejutnya.
“Dah
habis dah pun.”
Puan Sri Azyan mengangguk. Mereka
berjalan beriringan menuju ke pintu keluar hotel.
“Tadi
abang telefon Shahir. Dia kata dia dalam perjalanan nak balik dari jemput
diorang.”
Ujar Tan Sri Syakir Ilyas sebaik sahaja
memasuki perut Mercedes Benz. Puan Sri Azyan hanya mengangguk kecil. Riaknya
dingin, seperti biasa. Enjin kereta dihidupkan. Dalam masa beberapa minit,
kereta itu mula membelah lebuh raya kota Melaka.
BAB 12
BADANNYA
disandarkan pada Citra hitam itu. Matanya memandang keadaan sekeliling. Sesak.
“Tok
dengan nek mana?”
Hani menoleh. Oh, Shahir rupanya.
Ingatkan siapa tadi. “Pergi beli makanan
kejap. Buat alas perut.” Shahir mengangguk. Dia memandang wajah Hani. Cantik.
Tiba-tiba dia teringatkan Kara. Sedih jugaklah sebab tak dapat hantar kembarnya
esok. Mujurlah Mak Lang sudi membantu dan memahami mereka.
“Awak
ambil course apa nanti?”
Hani memandang Shahir. Shahir memang
sedia maklum dimanakah Hani akan sambung belajar. Sebab dia yang kena hantar
gadis itu.
“Tak
payah nak saya-awak sangatlah. Geli. Aku kau sudah.” Hani buat muka selamba.
Shahir tercengang. Namun seketika cuma, kemudian tersenyum. Sporting gila minah
ni.
“Aku
ambil course pengurusan teknologi dan perniagaan. Kenapa?”
Wajahnya menoleh ke arah Shahir. Lelaki
itu hanya menyandarkan bahunya pada Citra hitam tersebut. Shahir menggeleng.
“Saja.” Pendek jawapannya.
“Okey.
Kalau aku nak tanya kau pulak, boleh?”
Shahir mengerut dahi. “Tanya jelah.”
“Kau
sebaya aku kan?”
Tersedak Shahir mendengar soalan Hani.
Wala... mana dia tahu ni? Aku rasa aku tak bagitau pun.
“Mana
kau tau aku sebaya kau? Entah-entah aku ni lagi tua dari kau.”
Cuba mengelak. Hani memandangnya dengan
wajah bosan. Terang lagi bersuluh nak dinafikan?
“Jangan
nak dalih. Mana ada driver orang-orang kaya pakai lesen ‘P’.”
Errgh, alamak! Shahir menghadiahkan
sengihan kerang busuk dan menundukkan wajahnya. Pelipis digaru. Kantoi sudah.
“Kau
tak nak sambung belajar ke?”
Soal Hani. Shahir berdiri tegak. Tak
sangka anak majikannya akan bertanya soalan begitu.
“Tak
ada rezeki. Nak buat macam mana. Lagipun aku nak tolong mak aku. Kitorang pun,
bukan orang senang.”
Ayat klise. Hani menjongket kening. “Mak
kau kerja apa?”
“Orang
gaji kat rumah Tan Sri.”
Jawapnya mudah.
“Ooo..
sama majikan la ni?”
Shahir mengangguk.
“Dah,
jom.”
Tok Abi yang tiba-tiba muncul dihadapan
mereka membuat mereka terkejut. Kelihatan Nek Wan berada di belakangnya. Tangan
masing-masing memegang bungkusan plastik.
“Nek
beli apa?” soal Hani.
Matanya tekun memandang plastic ditangan
neneknya itu.
“Beli
roti ni hah. Nak buat alas perut. Nak sampai KL tu, lama lagi. Takkan
kejap-kejap nak berhenti. Lagi lambat nak sampai.” Ujar Nek Wan, gayanya
seperti merungut.
Mereka kemudian memasuki perut Citra
tersebut sebelum pacuan empat roda itu bergerak membelah lebuh raya
Utara-Selatan.
HANI
terjaga apabila dirasakan kenderaan itu bergerak perlahan. Matanya dihalakan
keluar tingkap. Nyata pemandangan sudah berubah. Kedengaran suara Tok Abi dan
Shahir sedang berbual kosong, apa yang dibualkan, Hani tak ambil kisah.
“Kita
dah nak sampai ke tok?” soal Hani. Memotong perbualan mereka berdua.
“Kita
dah nak sampai dah. Jalan tengah sesak kejap.”
Ujar Shahir. Eh, rasanya tadi Hani tanya
Tok Abi, bukan dia. Namun Hani tak kisah, kepalanya dianggukkan beberapa kali.
Kepalanya kemudian dihadapkan ke luar tingkap. Memandang panorama malam di bandar
yang tidak pernah tidur.
Bangunan-bangunan pencakar langit jelas
kelihatan di waktu malam kerana lampu-lampu neon yang menerangi. Dia juga dapat
melihat dengan jelas menara kebanggaan Malaysia, Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala
Lumpur. Dia pernah menjejakkan kaki ke sana sewaktu lawatan sekolah ketika
berada di darjah enam.
Perlahan-lahan, bangunan-bangunan
pencakar langit beransur hilang dari pandangan matanya dan kini bertukar dengan
rumah-rumah mewah. Citra hitam itu akhirnya memasuki halaman. Hani segera
mengejutkan Nek Wan.
Sebaik sahaja kakinya melangkah keluar
dari perut kereta tersebut, Hani tergamam. Sungguh, dia tidak pernah melihat
rumah semewah ini sebelum ini. Agaknya berapa tingkat ye banglo ni? Eh, kejap.
Ni bukan banglo.
Tapi rumah agam!
Hani terlopong melihat keindahan rumah
tersebut.
“Tutup
mulut tu. Nanti masuk lalat,” pesan Nek Wan apabila melihat tingkah Hani.
Hani tersengih. Dia meminta Shahir membuka
but kereta dan mengambil beg baju yang kecil. Tok Abi dan Nek Wan memasuki
rumah agam dengan didahului oleh Shahir. Kakinya terhenti sebelum sempat
menjejak masuk ke dalam rumah tersebut. Fikirannya lantas terimbau secebis memori
lama.
“YEAY! Angah dapat aiskrim coklat!”
Tanpa membuang masa, bungkusan aiskirm
tersebut dibuka lalu dijilat. Si ayah tersenyum melihat gelagat anaknya. Tangan
mereka dipimpin dan memasuki kereta. Sesekali angah menyuakan aiskrim batang
itu kepada ayahnya. Sampai comot mulut mereka berdua.
Angah mengelap mulutnya yang comot dek
aiskrim dengan tangan. Membuatkan mulutnya bertambah comot dan tangannya turut
sama kotor. Tidak lama kemudian, kereta yang dipandu oleh ayah memasuki
perkarangan rumah. Tidak menunggu si ayah mematikan enjin, angah terus melompat
keluar dari kereta tersebut apabila meihat seorang wanita sudah sedia menanti
di hadapan pintu.
“Umi!”
Jerit angah sambil berlari mendapatkan
uminya. “Dah balik dah anak umi.” Si ibu segera mendukung angah. Hidung angah
dipicit lembut.
“Kenapa anak umi comot ni?”
Umi berpura-pura membuat muka garang.
Angah tersengih. “Makan aiskrim,” jawabnya pendek. Umi dan ayahnya tersenyum
melihat telatahnya. Angah memeluk tubuh uminya.
“HANI, apa
buat tu? Jom masuk!”
Jeritan Nek Wan membuatkan Hani tersedar
dari lamunan. Dia terasa pelupuk matanya mula bergenang. Segara dia menyeka air
matanya. Setelah dirasakan semuanya dalam kawalan, barulah dia melangkah
memasuki rumah agam tersebut dengan kaki kanan dan lafaz bismillah.
BAB 13
“MAK! Ooo, Mak!”
Shahir menuju ke dapur demi mencari
emaknya. Kelihatan Mak Timah baru sahaja selesai mencuci tangan. “Hah, Shahir. Baru
sampai ke? Mana diorang?” Mak Timah bertanya teruja.
“Ada
kat depan tu. Jomlah mak. Kesian Shahir tengok diorang, dah penat sangat dah
tu.”
Mak Timah mengangguk. Dia berjalan
beriringan anaknya menuju ke ruang tamu. Kelihatan Tok Abi dan Hani sedang
membelek buku-buku yang terdapat pada sebuah rak disitu, manakala Nek Wan pula
sedang memerhatikan pokok bunga Kristal yang menjadi penghias ruang tamu.
Cantik, tapi cantiklah lagi yang ori. Desis hatinya.
“Tok,
nek. Saya kenalkan, mak saya selaku pembantu rumah dekat sini.” Ujar Shahir.
Ketiga mereka berpaling. Kemudian
mengorak langkah menuju ke arah dua beranak tu. Hani menghulurkan tangan untuk
bersalaman dengan Mak Timah. Sejuk mata memandang.
“Mak cik siapa nama?”
Soalan biasa ditujukan kepada orang
yang baru kenal. Menurut apa yang dia baru tahu tadi, emak Shahir merupakan
pembantu rumah di rumah itu. Meskipun hanya pembantu rumah, namun Hani tetap
menyalaminya kerana menghormati emak Shahir yang lebih tua darinya, mungkin bawah
Nek Wan, fikirnya.
“Panggil
je Mak Timah. Ni cik...”
“Hani
je Mak Timah. Panggil Hani je.”
Mak Timah hanya mengangguk. Tidak mahu
membantah. Untung Tan Sri dan Puan Sri dapat anak macam ni, sopan, hormat orang
tua, jaga aurat. Gumam hati kecilnya. Sopan? Hah, Mak Timah belum kenal lagi si
Hani tu macam mana. Kalau tak, gerenti pengsan enam bulan.
“Akak
Asiah. Laki akak ni namanya Awang. Tak payah nak ber ‘tuan-puan’ dengan kami.
Panggil aje Kak Siah dan Bang Awang. Senang.” Lancar mulut Nek Wan berkata.
Melihatkan Mak Timah yang tidak terlalu tua itu, dia dapat mengagak bahawa Mak
Timah termasuk dalam golongannya cuma lebih muda sedikit darinya.
Lagi sekali Mak Timah mengangguk.
Senang dengan kehadiran tiga orang itu ke rumah majikannya itu. Dahlah baik,
mesra, rendah diri pula tu.
“Yalah
kak. Marilah masuk. Saya tunjukkan bilik akak dengan abang dan Hani.”
Mak Timah melangkah masuk bersama Tok
Abi dan Nek Wan. Ceria sungguh wajahnya. Yalah, dapat kawan untuk berbicara.
Shahir yang turut hendak melangkah masuk terhenti apabila melihat Hani
tertoleh-toleh mencari sesuatu.
“Hani
cari apa?”
Hani tersentak. “Err. Tak ada apa-apa.
Saja nak tengok-tengok.” Seperti biasa, giginya yang cantik berbaris
ditunjukkan. Mana diorang? Bisik hati Hani.
“Hani,
ni bilik kamu.” Ujar Mak Timah seraya membuka pintu bilik tersebut.
Hani tergamam. Wahhh.... besarnya,
cantik pula tu. Inilah kali pertama dia memelihat bilik sebesar itu. Hani
melangkah perlahan memasuki bilik tersebut.
“Err..
Mak Timah. Hani nak tanya boleh?” Hani berpusing menghadap Mak Timah.
“Tanya
apa? Tanyalah. Mak Timah tak kisah pun.” Balas Mak Timah, tidak lekang dengan
senyuman.
Hani teragak-agak. Ish, nak tanya ke tak?
Tanya jelah.
“Timah,
mana Syakir dengan Azyan? Dari adi akak tak nampak pun diorang.” Hani yang baru
ingin membuka mulu terhenti tatkala Nek Wan bertanya. Eh, bila masa Nek Wan
naik? Tak perasan pun?
“Oh,
Tan Sri dan Puan Sri ada kerja kat Melaka. Minggu depan baru balik, kak.”
Jelas Mak Timah. Nek Wan terkejut. Hani
terkedu. Patutlah tak nampak dari tadi.
“Apasal
lama sangat sampai minggu depan baru balik? Hish, mak diorang datang bukan nak
jumpa. Bila diorang pergi?” Suara Nek Wan jelas menunjukkan rasa tidak puas
hati terhadap anak dan menantunya itu.
“Kelmarin
kak.” Pendek jawapannya namun sudah cukup membuat Hani terkilan. Nek Wan hanya
memandang Hani sekilas kemudian mengajak Mak Timah turun untuk memasak makan
malam.
Hani terduduk di atas lantai. Air
mata yang bertakung di tahan. Angan-angan ingin menatap wajah orang yang sangat
dirindui selama lapan tahun hancur.
No, no, no!
Aku tak boleh menangis, tak boleh! Hani
memberi kaa-kata semangat pada dirinya. Air mata dilap. Apa-apa pun, dia hanya
perlu fokus pada misinya.
Ya, fokus pada misi! Itu tekad Hani.
SHAHIR merenung
rumah agam tersebut dari tingkap rumahnya. Otaknya sedang memikirkan kembarnya,
Kara. Mereka belajar di tempat yang sama Aku harap diorang boleh berkawan baik.
Detik hatinya.
Dia percaya bahawa Hani bukan seperti
anak-anak orang kaya yang lain. Hani dia tengok seorang yang...baik. Tambahan
pula, sifat Hani yang seperti orang-orang kebanyakan, membuatkan sukar untuk
mempercayai status sebenar Hani. Dia teringat bagaimana Hani melayan
kawan-kawan sekampungnya. Dia sukar percaya kerana pada firasatnya tak mungkin
anak orang kaya lagi ternama seperti Hani sanggup mencemar duli berkawan dengan
orang-orang biasa.
Tambahan lagi sewaktu dia berbual dengan
Hani sewaktu mereka singgah di kawasan Rehat & Rawat. Kalau dengan anak
orang kaya yang lain, wajib sebut ‘cik muda’ atau ‘tuan muda’. Tapi Hani
sanggup tak nak bercakap semata-mata tak nak di panggil dengan panggilan
begitu. Alasan, tidak suka terlalu formal.
BAB 14
KARA berdiri
di suatu sudut di luar dewan. Mukanya jelas menunjukkan riak gelisah. Untuk
kesekian kalinya, di menatapdan menghitung minit-minit waktu yang telah berlalu
meninggalkannya.
‘Mana dia ni?’
Kara mengetap giginya. Mukanya diraup
beberapa kali. Dokumen-dokumen penting ditangannya dipandang dengan wajah
kosong. Dia tidak tahu apakah perasaannya kini. Gembira? Sebab dapat sambung
belajar? Kecewa? Sebab tak dapat ambil kursus yang diimpikan? Atau... bangga
sebab dapat penuhi impian arwah abah? Entahlah. Dia kini berada di zon keliru.
Dia perlukan seseorang untuk
memberikannya semangat dan kepastian. Dan, orang tu sampai sekarang belum
muncul-muncul! Badannya disandarkan pada dinding dewan tersebut. Dia merenung
situasi di sekelilignya. Ya, seperti yang dibayangkan. Tentunya bakal
penuntut-penuntut di sini gembira di samping keluarga mereka sendiri. Tapi dia?
Nafas lembut dihela. Matanya tertancap
pada seorang gadis, berbaju kurung manis bertudung. Bersama gadis itu, terdapat
sepasang warga tua disisinya. Lebih kurang sebaya dengan maknya. Mungkin ibu
bapanya, fikir Kara. Kemudian pandangannya dialihkan kepada seorang lagi gadis,
juga bertudung dan berbaju kurung.
Di sisinya, terdapat seorang lelaki yang sebaya
dengannya, berpakaian kemeja-t bertali leher dan berseluar slack. Melihat
pemakaian mereka, Kara mengagak bahwa mereka juga bakal penuntut di universiti
ini. Mereka juga ditemani kedua ibu bapa mereka. Mungkin mereka kembar tapi tak
seiras. Fikir Kara.
Kara kemudian memandang dirinya. Sebelum
ini, melihat gadis-gadis lain bertudung tidak walau secebis pun rasa itu
bertandang di pangkal hatinya. Namun, entah mengapa, dengan hanya melihat dua
gadis tadi, serta-merta pangkal hatinya terusik.
Jika bukan kerana hari itu diwajibkan
memakai baju kurung, jangan harap dia menyarung pakaian tradisional itu di
tubuhnya. Dia lebih selesa memakai t-shirt bersama seluar track ataupun jeans.
Baju kurung? Setahun sekali nak hinggap ditubuhnya memang susah.
Sedang dia mengelamun, tanpa dia sedar,
sesusuk tubuh sedang menyusun langkah menuju ke arahnya.
SETELAH memastikan
Hani sudah beredar dari kawasan dewan, Shahir segera mencari kelibat seseorang.
Matanya segera menangkap wajah yang dicarinya. Bibirnya mengukir senyuman.
Segera dia mengatur langkah.
Langkah dihenti betul-betul dihadapan
tubuh itu. Senyumnya makin melebar apabila melihat pemakaian gadis
dihadapannya. Meskipun tidak bertudung, namun dia senang melihat gaya pemakaian
itu. Namun senyumannya seketika cuma apabila dia melihat gadis itu hanya
merenung ke bawah dan tidak menghiraukan kehadirannya. Ni mesti mengelamun.
Detik hatinya.
Bing! Tiba-tiba dia mendapat satu idea.
Dia mengangkat tangannya ke sebelah telinga gadis itu. Dan...
PAP!
Sebuah tepukan membuatkan gadis itu
melatah. Segera wajah gadis itu diangkat. Wajahnya pucat lesi. Shahir dapat
mendengar dengan jelas hembusan nafas gadis itu turun naik dengan pantas.
“Eeeiii! Kau ni
kan! Dari dulu suka buat aku terkejut!”
Kara yang geram menghempuk tubuh sasa di
hadapannya itu dengan dokumen di tangan berkali-kali. Shahir meledakkan tawanya
sambil tangannya cuba menangkis serangan daripada Kara. Alah… bukannya sakit
pun sebenarnya.
“Ok! Ok! Sorry!”
Akhirnya Shahir mengalah. Bukan sebab
sakit dipukul, tapi sebab perhatian orang ramai sudah mula tertumpu kepada
mereka. Risau kalau-kalau Hani terserempak dengan adik kembarnya itu.
Kara menayangkan wajah tidak puas
hatinya. Hish, dah lah lambat. Suka suki je nak terkejutkan orang. Dia mencebik
bibirnya.
Sekali lagi Shahir tergelak. Suka benar
apabila dapat mengusik adiknya itu. Yalah, nak jumpa bukan selalu. Kalau jumpa
pun, hanya seketika. Dia lantas menyepit batang hidung Kara. Menyeringai gadis
itu dibuatnya.
“Sakitlah!”
Kara menepis tangan Shahir. Dia
menggsok-gosok batang hidungnya yang sudah kemerah-merahan itu. Dahlah kulitnya
putih, maka terserlahlah kemerahan itu. Aduhai.. nak buat macam mana. Dah
nasib.
“Hehehe. Padan
muka. Tulah, merajuk dengan orang tak pandai pujuk. Ni lah akibatnya.”
Shahir menjelirkan lidahnya. Bajet comellah
tu. Nak termuntah Kara tengok.
“Huh, apa-apa
jelah. Mak mana?”
Kara mengubah topik.
“Mak tak dapat
datang. Sibuk. Mak kirim salam je. Emm.. Mak Lang mana? Tak ikut ke?”
Giliran Shahir bertanya. Dia menoleh kiri
dan kanan. Mana tahu kot-kot terjumpa.
“Mak Lang cuma
sempat hantar je. Yalah, Mak Lang nak kena uruskan budak-budak tu lagi.
Sekarang ni, ada beberapa budak yang akan dimasukkan lagi. Tu yang Mak Lang
sibuk.”
Jelasnya, seringkas yang mungkin. Shahir hanya mengangguk. Patutlah tak Nampak
dari tadi. Rupanya dari mula lagi adiknya menguruskan semuanya sendiri.
Abangnya ada, kena uruskan orang lain pula.
“Shahir…”
Shahir memandang wajah adiknya itu
tatkala namanya dipanggil. “Kenapa?” Soalnya prihatin. Dia perasan riak resah
di wajah itu. Sebuah senyuman singgah di bibirnya. Tahu sangat apa yang
difikirkannya. Dia meletakkan tangan kanannya di atas kepala adiknya lalu
diusap. Perkara biasa yang gemar dilakukan terhadap adiknya.
“Kau masih...
suka main kepala aku kan?”
Kara menundukkan pandangan. Usapan itu
mengingatkannya terhadapa arwah abah. Abah, dulu abah pun suka main kepala
Kara. Air matanya mula bergenang.
“Kau masih
keliru. Betul tak?”
Kara mengangguk. Ya, dia masih keliru.
Keliru kerana tidak tahu apakah keputusan yang diambilnya betul atau tidak.
“Jujur dengan aku. Kenapa kau terima tawaran ni?”
Gadis itu berjeda seketika. Kemudian
lambat-lambat dia menjawab. “Sebab nak tunaikan hasrat abah?” Shahir kembali
tersenyum. Tangannya kini kedua-duanya diletakkan di bahu Kara. “Kau risau?”
Kepala gadis itu dianggukkan.
“Buat apa nak
risau. Kan kau ada asas untuk bidang ni. Tak ada masalah pun kan sepanjang kau
belajar dulu?” Shahir cuba membantu adiknya. Kara bagaikan berat untuk
menerimanya.
“Memanglah.
Tapi... aku takut aku tak dapat bawa.”
Shahir menggeleng. Kara, Kara.
Keyakinan diri kau ni lemah sangatlah. “Tau tak, kenapa kau boleh berjaya dalam
subjek biologi, sedangkan kau langsung tak minat bio?”
Gadis itu berfikir sejenak sebelum
menggelengkan kepalanya.
“Sebab, kau nak
bahagiakan mak dan abah. Kau dah lupa ke? Dalam Al-Quran sendiri sudah
tertulis, barang siapa yang membahagiakan kedua orang tuanya, maka dia akan
mendapat rahmat dari Allah.
Nah,
sekarang kau dah terbukti. Allah dah bantu kau untuk berjaya dengan cemerlang.
Tak mustahil kalau kau ambil bidang ni, kau dapat berjaya juga. Percayalah,
restu dan keredhaan ibu ayah tu sangat penting.”
Matanya tepat dihalakan ke wajah
Kara. Melihat Kara bagaikan tidak terkesan dengan kata-katanya, Shahir
melepaskan keluhan kecil. Dia terus menarik Kara ke dalam pelukannya. Kara
terpempan.
“Kara, janganlah risau. Aku yakin kau boleh. Ingat
Allah, percaya pada-Nya.”
Tangannya mengusap-usap lembut rambut
Kara. Seketika, Kara dapat merasakan ketenangan meresap ke jiwanya. Shahir
meleraikan pelukannya. Dia menunjukkan ibu jarinya. Kara tersenyum. Ibu jari
mereka mereka ditemukan. Trade mark mereka sejak kecil.
“Shahir, terima
kasih.”
Senyuman terukir di wajah mulusnya.
“Sama-sama. Aku harap kau dapat teruskan perjuangan kau.”
“Woi, aku belum
nak mati lagilah. Tak payahlah bagi ayat macam tu. Macam nak pergi perang je
bunyi.”
Mood berubah. Kara kembali kepada
diri asalnya. Shahir kemudiannya ketawa, diikuti dengan Kara.
“WAWA, seriously anak mama nak duduk hostel?
Kalau Wawa tak nak, tak payahlah. Nanti mama buatkan surat minta pengecualian
untuk Wawa, ya sayang?”
Datin Sakinah sungguh tak percaya
dengan apa yang didengarinya. Sungguhkah anak tunggalnya itu mahu duduk di
asrama? Berjauhan darinya? Oh, serasa dunia nak terbalik!
“Hish, mama ni!
Buat apa nak buat surat? Tak payah, buat susah je. Biar Wawa duduk asrama. Wawa
nak juga belajar berdikari. Takkan Wawa nak harapkan mama je? Mestilah mama pun
nak Wawa belajar berdikari jugakkan?”
Wawa sedaya upaya mendapatkan keyakinan
mamanya itu. Yalah, ibu mana tak terkejut kalau anak yang manja, tak boleh
berpisah walau sesaat, tiba-tiba nak duduk hostel, berjauhan dengan keluarga.
Aduh!
“Bukan mama tak
bagi tapi..”
“Mama, trust me!
Don’t you want to see I am independence? Of course you want it right?”
Wawa segera memotong sebelum Datin
Sakinah berucap.
“Siapa je nak
percaya pada orang yang umur 13 tahun yang masuk asrama baru kena tinggal tak
sampai 15 minit dah meraung nak balik. Ye tak, abi?”
Berasap-asap telinga Wawa apabila
mendengar sindiran Haziq. Dato’ Hazman sudah tercengang. Hish, budak ni! Boleh
pula dia bangkitkan kejadian enam tahun lepas!
“Wei, aku kecil
lagi la waktu tu! Mana tau apa-apa!”
Wawa membidas tak puas hati. Geram
dengan tindakan Haziq yang suka menaikkan suhu kemarahannya.
“Oooohhh, kecil
lagi? Habis yang kat Kem Pengakap waktu kau form three, yang kau melalak
meraung nak minta balik tak sampai 30 minit tu, apa? Kecil lagi?” makin galak
Haziq menyindir.
Eiii, mamat ni kan! Wawa menunjukkan buku
limanya tanda ingin menumbuk Haziq, namun Haziq buat tak endah. Nak takut apa,
bukan sakit pun, rasa macam angin je.
Datin Sakinah dah tercengang. Dia
berpandangan dengan abangnya. Kemudian masing-masing mengeluh. Kalau sehari tak
gaduh, memang tak sah. Mereka kembali berpandangan kepada anak-anak mereka yang
mula menunjukkan tanda-tanda ingin bercakaran.
“Okey, okey! I’m
trust you. Wawa, mama izinkan Wawa tinggal di hostel. Tapi dengan syarat!”
Kata Datin Sakinah tegas. Wawa kaku bersama
buku lima di udara. Hadoih, tak mainsnya orang tengok. Baju kurung bertudung
dah elok dah tu, tapi yang buku lima tu, ish ish ish. Tak sesuai betul.
Wawa berdebar. Bagai dapat meneka apa
yang bakal keluar dari mulut mamanya itu. Mesti tak lain tak bukan...
“Haziq mesti
jaga kamu!”
Tidaaaaaaak!
Dirasakan dunia gelap
seketika! Tak, bukan seketika! Tapi selamanya! Mama, kenapa dia? Kenapa dia?
Why must him? Why???!!!
Haziq menyengih mendengar arahan Mak
Su kesayangnnya itu. Wawa yang sudah hancur lebur bagai batu gunung yang jatuh
terhempas itu tidak dihiraukan.


No comments:
Post a Comment