BAB 15
“HANI, jaga
diri elok-elok. Kat sini, tok dengan nek tak ada, tak dapat jaga kamu. Kamu
kena jaga diri sendiri. Jangan mudah percaya orang yang tak di percayai.”
Hani mengangguk. Terharu dengan Nek
Wan yang tidak pernah lupa untuk memberikan pesanan kepadanya. Mereka kini
berada di Universiti Tun Mahkota. Hani baru sahaja selesai pendaftaran dan
metakkan barang-barangnya di dorm sementaranya sebelum mendapat bilik tetap.
“Baiklah
nek.”
Hani memeluk erat neneknya. Jangan
peluk kuat-kuat sudahlah, patah juga tulang tua Nek Wan tu nanti. Hani
meleraikan pelukannya. Pipi tua Nek Wan di cium penuh kasih.
“Tak
payahlah kamu risau, Siah. Hani tu bukan macam anak dara yang lain. Saya dah
latih dia dari dia kecil, tahulah dia jaga diri.” Ujar Tok Abi.
“Hah,
itulah abang! Asyik melatih dia aje. Nak ajar supaya pandai jaga diri konon,
tengok apa dah jadi? Gagahnya mengalahkan lelaki. Tak ada sorang pun lelaki
berani rapat kecuali Tuah dengan Imran. Kalau awak nak dia terus macam ni,
alamatnya tak kahwin la cucu kita ni!” Gerutu Nek Wan, geram dengan Tok Abi.
“Eh,
abang pula? Dia sendiri yang nak, takkan saya nak tolak?” Balas Tok Abi geram.
Mereka mula bertengkar. Hani segera
meleraikan pertengkaran Tok Abi dan Nek Wan sebelum melarat. Kalau diorang
bertengkar, bukan boleh percaya sangat. Silap hari bulan Tok Abi buka langkah
silat, Nek Wan angkat periuk belanga. Hani geleng.
“Yalah,
Nek Wan, Nek Wan tak payah risau. Nanti Hani cari suami, Hani bawa jumpa Nek
Wan.” Hani memujuk Nek Wan yang sudah bermasam muka. Alahai, tua-tua pun nak
merajuk ke? Hehehe, tapi comel la muka Nek Wan bila merajuk.
“Hani,
urus setia dah panggil suruh pelajar masuk dewan.”
Suara Shahir yang tiba-tiba muncul
mengejutkannya. Hani pantas mengangguk. Shahir hanya memakai t-shirt berkolar
dan berseluar jeans atas arahan Hani. Hani tak nak Shahir memakai uniform
kerjanya iaitu kemeja putih dan seluar slack hitam.
“Tok,
Hani pergi dulu. Nek, Hani pergi dulu. Maafkan segala salah silap Hani. Halalkan segala makan minum Hani ye. Doakan
kejayaan Hani.” Ucap Hani sambil menyalami tangan kedua insan tersebut. Mereka
terharu melihatnya.
“Hani,
baik-baik ya. Kalau cuti jangan lupa pulang ke kampung.” Itukah pesanan
terakhir Tok Abi sebelum melangkah masuk ke dalam perut kereta Grand Livina.
“Shahir,
bawa kereta elok-elok. Jagakan Tok Abi dan Nek Wan.”
Shahir mengangguk. Shahir menghulurkan
sebuah sampul berwarna putih kepada Hani. Hani memandang Shahir tanda tidak
mengerti.
“Daripada
Tan Sri.” Ucap Shahir pendek.
“Hani,
err..” Hani memandang ke arah Shahir. Menanti apa yang ingin dikatakan
kepadanya. Shahir kaku. Air liur di teguk. Lidahnya seperti memaksanya agar
berkata, ‘Hani, tolong jaga adik aku. Aku cuma ada dia je sekarang ni selain
mak. Tolong jaga dia, tolong!’. Namun, dia tidak berani. Dan dia hanya
berkata....
“Tak,
aku cuma nak cakap. Harap kau pandai jaga diri. Belajar elok-elok, banggakan
Tan Sri dan Puan Sri.” Hani terkaku namun cuma sementara. Hani mengucapkan terima kasih kepada Shahir
sebelum lelaki itu memandu Grand Livina meninggalkan perkarangan universiti
tersebut.
Hani memandang sampul tersebut. Dapat
mengagak isi sampul tersebut, terus memasukkan tersebut ke dalam beg slingnya. Tiada
langsung keinginan untuk melihatnya. Hani melangkah menuju ke dewan untuk
taklimat ringkas.
“OUCH,
sorry. Saya tak sengaja.”
Hani mengutip dokumen ditangannya yang
terjatuh ketika berlanggar, sekali gus meminta maaf.
“Huh,
lain kali jalan pandang depan. Tu pun susah. Langgar sana sini. Menyusahkan
betul.” Sinis ayat yang keluar daripada gadis itu. Hani terpempam. Eh, dia yang
langgar aku ke aku yang langgar dia. Rasanya dia yang langgar aku.
Hani bingkas bangun. Ingin melihat
gerangan yang sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya. Huh,
nasib baik perempuan! Kalau jantan, memang kau dah lama kena!
Gadis di hadapannya itu memandangnya
atas bawah atas bawah. Melihat fesyen pakaian Hani, membuatkan dia membuat
telahan bahawa Hani seorang gadis kampung yang kolot. Tentu tak reti berfesyen,
tak tahu tatasusila, dan sebagainya.
Mulut Hani baru hendak menuturkan kata
namun terpaksa membatalkan niatnya apabila mereka diminta mengambil tempat
duduk masing-masing. Hani segera menuju ke tempat duduknya. Dia menoleh, hanya
tempatnya sahaja yang kosong. Kiri kanannya semua sudah dipenuhi ruang.
“Maaf,
boleh saya duduk?” Hani meminta pamitan.
Kedua gadis itu menoleh. Kara terkejut
melihat Hani dan Wawa. Dua gadis itulah
yang diperhatikannya tadi. Tiba-tiba dirinya terasa malu kerana hanya dia yang
tidak bertudung dikalangan mereka bertiga.
Melihat gadis tidak bertudung itu
tidak memberikan respon, Hani mengulangi soalannya. “Maaf, boleh saya duduk?”
Hani dan Wawa tertumpu kepada Kara. “Aa..err... eh. Duduk jelah. Tak ada orang
di sini.” Kara sedikit gagap.
“Terima
kasih,” Hani melemparkan senyuman buat dua gadis itu. Walaupun tidak saling
mengenali, namun senyum itu sedekah.
“Nama
siapa?” Hani menoleh apabila soalan itu menyapa gegendangnya.
Siapa? Aku ke? Hani meminta kepastian
dengan menunjukkan isyarat di batang hidungnya. Wawa mengangguk. Lagi sekali
Hani tersenyum. “Azhani Zafrina.”
“Nice
name. I am Safwah Najihah. Just call me, Wawa. And you?”
“Hani.”
Sebuah senyuman meniti lagi di bibirnya. Senang dengan teman barunya itu.
Hani menolehkan kepalanya kepada
Kara, hasrat ingin berkenalan terbantut apabila melihat wajahnya agak suram.
Hish, apalah aku ni. Orang tengah berucap kat depan aku boleh pula membebel
dekat sini. Hani mengetuk dahinya, sebenarnya dia lebih ingin menenteramkan
jiwanya. Wawa hanya memandang Hani hairan.
BAB 16
FARHIN duduk
di bangku panjang sambil memerhatikan suasana di sekelilingnya. Jiwanya agak
damai di sini. Dia mendongak memandang langit, terasa tenteram melihat langit
biru itu. Pandangannya kemudian dialihkan ke tingkap wadnya. Dia dapat melihat
seorang wanita berseragam putih sedang membersihkan wad tersebut.
Matanya kemudian liar memandang
sekitarnya. Dia dapat melihat ragam-ragam manusia yang penuh kasih sayang di
sekitarnya. Tanpa dipinta, kenangan lalu kembali menyapa fikirannya.
“MAMA,
adik dapat tawaran belajar oversea, boleh ye ma?”
Wajahnya penuh mengharap, memandang
insan di hadapannya yang bergelar mama. Datin Azizah bagaikan berat ingin
menyatakan keizinannya. Bukan tidak mahu mengizinkan, namun dia risau jikalau
berjauhan dengan anaknya yang satu itu.
“Macam
nilah. Adik tanya papa, kalau papa izinkan, insyaAllah mama izinkan,” wanita
itu mengambil jalan tengah. Wajah Farhin berubah ceria apabila mendengar
kata-kata itu. Bagaikan ada harapan untuknya.
“Papa!”
GEDEGANG!
Farhin terjaga dari lamunannya.
Wajahnya berpeluh. Dia bingkas bangun dan mencari arah bunyi itu datang.
“Ibu,
sa..sakit!”
Tidak jauh darinya, kelihatan
seorang kanak-kanak sedang mengerang kesakitan. Dari gayanya, kelihatan budak
lelaki itu telah terlanggar sebuah tong sampah dan menyebabkan tong sampah itu
jatuh tegolek.
Farhin menghembus nafas lega.
“Encik,
dah tiba masa untuk makan ubat.”
Kepala ditoleh apabila dirasakan ada
suara yang menyapa gegendang telinganya. Farhin akur. Jururawat itu mendahului
Farhin menuju ke wadnya kembali.
BAB 17
“HUARGHH!”
Hani menghempaskan tubuhnya di atas
katil sesampainya dia di dorm. Esok, selepas perasmian penutup minggu
orientasi, dia dan semua pelajar semester satu akan berpindah dorm. Cepatnya
seminggu berlalu.
Omel hatinya. Seminggu berorientasi
amat memenatkannya, namun dalam masa yang sama dia turut gembira. Sejenak, dia
terimbas seketika detik-detik sewaktu dia menjalani orientasi.
Dia berkenalan dengan rakan-rakan baru,
walaupun ada seorang dua tu yang agak...err.. sombong. Program-program yang
dijalaninya bersama fasilitator juga menarik. Night walk, muhasabah diri, barang
amanah dan bermacam lagi. Hani tergelak sendirian. Mindanya terbayang memori
sewaktu dia memasuki tingkatan satu. Ilmi, Tuah, Imran dan Kak Atul
dperkenalkan kepadanya oleh Idah dan Khalid. Sebuah senyuman melekat di
bibirnya.
Hani terbayang-bayang dorm yang bakal di
dudukinya. Sebenarnya dia tidak kisah pun tentang dormnya, tetapi dia lebih
merisaukan dengan bakal roommatenya nanti. Bagaimanakah orangnya? Dapatkah
roommatenya nanti menerimanya seadanya?
Yalah, di sinikan tempat orang elit dan
kaya-raya. Kalau dia dapat roommate yang berasal dari kalangan orang berada,
entah apa yang akan dia tafsirkan tentang dirinya.
Sekilas Hani melihat jam di tangan,
sudah hampir 6.30 petang. Erk, alamak! Aku belum mandi lagi! Hani bingkas
bangun dan bersiap untuk mandi, sebelum bilik
air asramanya penuh.
“WAN!
Cepat sikit!”
Suara Adam bagaikan membelah
halilintar. Safwan yang sedang membawa
kotak-kotak yang penuh muatan terkejut dengan sergahan dari jauh Adam. Segera
dia mempercepatkan dan membesarkan langkah menuju ke pentas dewan.
BUKK!
Safwan meletakkan kotak-kotak itu di atas
pentas. Hadoih, sakit pinggang belakangnya dek mengangkat barang-barang yang
berat sejak tadi.
Adam menghampirinya, namun tidak
mengendahkannya. Kotak-kotak itu diteliti. Dia perlu pastikan majlis perasmian
penutupan minggu orientasi bagi pelajar semester satu esok berjalan dengan lancar.
“Adam!
Sini kejap!”
Safwan hanya memandang Pengerusi
Perwakilan Pelajar itu menghayun langkah. Safwan kemudian mengorak langkah ke
sebuah kerusi yang berada tidak jauh darinya.
Pandangannya di halakan ke sekitarnya.
Wow, Safwan ternyata kagum dengan kemampuan Adam dalam menguruskan perwakilan
pelajar kali ini.
Jam di tangan dilihat, baru pukul 9 malam
lebih sedikit, tetapi semuanya sudah tersusun rapi. Hiasan, susunan kerusi,
malah sound system juga sudah dipastikan dapat berfungsi dengan baik. Kalau
tahun-tahun sebelum mereka, pukul 11 nak dekat pukul 12 malam baru siap. Kira
tabik spring la Safwan pada Adam ni.
“Wan,
kau sibuk tak lepas ni?”
Emma menyoal Safwan yang sedang duduk
berehat. Safwan memandang sekeliling sebelum menggeleng.
“Good.
Tolong aku?”
“Tolong
apa?”
Emma menghulurkan beberapa helai
kertas pada Safwan. Lelaki itu mengangkat kening sebelah tanda tidak mengerti. Namun disambut juga
kertas-kertas itu. Emma menerangkannapa yang perlu di lakukan.
Safwan mengangguk faham. Nak atau tidak,
terpaksalah dia terima. Nak minta tolong orang lain, ramai dah balik. Yalah,
kerja dah banyak siap. Yang tinggal pun cuma dia, Emma, Adam, Majlis-Majlis
Tetinggi Perwakilan Pelajar, dan beberapa orang pelajar yang akan bertugas pada
esok hari. Lagipun, tugasnya bukannya susah.
Safwan berjumpa dengan Adam untuk
memaklumkan kepulangannya setelah melakukan tugas yang diberikan Emma nanti. Memang
menjadi kewajipan bagi Perwakilan Pelajar agar memaklumkan kepulangan mereka
supaya mudah untuk diminta pertolongan.
Safwan kemudian melangkah keluar dewan
dan menghayun kaki setelah diberi keizinan oleh Adam. Destinasi hanya satu,
papan informasi maklumat hostel untuk hostel pelajar perempuan dan lelaki.
Memandangkan papan informasi hostel pelajar perempuan agak jauh dari hostel dan
berada di zon gelap, memang patut kalau Emma meminta tolongnya.
“Oi
mak kau meletup!”
Seorang gadis jatuh tersemban apabila Safwan
memusingkan badannya. Safwan kaget seketika. Habis kertas-kertas di tangannya
bertaburan. Namun erangan gadis itu segera mengambalikan dirinya ke alam nyata.
“Er..er..
sorry. Aku tak sengaja. Kau okey tak?”
Safwan menyoal prihatin. Gila kau tak prihatin, dah buat anak orang terjatuh,
takkan nak biar je kot.
Ish, dia ni. Dah aku jatuh macam nangka
busuk kat tepi jalan, boleh pula tu tanya soalan macam tu. Omel hati gadis itu
geram. Dia bingkas berdiri seraya membersihkan bajunya yang kotor.
Safwan dah mula risau. Erk, asal
senyap pula budak ni. Marah ke? Safwan telan air liur. Dia cuba memandang muka
gerangan yang jatuh. Berdasarkan pemerhatiannya, pelajar yang terjatuh tadi
ialah perempuan, berdasarkan rambutnya yang panjang paras bahu. Wajahnya... hum.. tak nampaklah pula. Gelap.
“Freshie?”
Safwan mengagak. Ah, sudah! Kara
kaku. Kantoi kena tangkap dengan fasilitator.
Bibir bawah digigit.
“Are
you freshie?”
Safwan mengulang soalannya apbila
melihat tingkah gadis itu. Perlahan-lahan Kara menganggguk. Safwan tersunyim
sumbing. Got one! Hah, berani langgar arahan fasi? Belum perasmian penutup dah
berani langgar arahan.
“Bu\at
apa kat sini?”
“Hah? Aa.. err.. saya..”
“Saya
apa?!”
Sergah Safwan. Eleh, bajet garang
la tu.
“Saya
jalan-jalan bang!”
Kara menutup mulut apabila mulutnya
terlepas cakap. Hish, tak payah la nak sergah-sergah orang! Terkejut tahu tak?
Sempat Kara membebel dalam hatinya. Eh, eh! Dah buat salah nak menyalahkan
orang lain pula dah?
Safwan merenung gadis yang sedang
tunduk itu. “Dengan siapa?”
“Se..sensorang.”
Gulp! Memang naya aku lepas ni.
“Kau tau tak yang kau dah langgar arahan
fasi?”
Safwan bertanya tegas. Dengan
freshie kenalah tegas sikit. Kalau lembut-lembut nanti naik lemak pula diorang.
Kara mengangguk laju. Takut punya fasal.
“Tak
dengar!”
“Tahu
bang!”
Suara dikeluarkan. Safwan menggeleng.
“Sekarang dah pukul berapa?” soalnya. Kara melihat jam di tangannya. Oh my
ghost! “Pu..pukul 10.15 bang!”
“What
people called you?”
Eh? Aku ingat dia nak menengking.
“Ka..Kara.”
Kara? Peliknya. Ah, lantaklah. Budak
zaman sekarang memang suka pakai nama pelik-pelik. Kara... hmm.. dah macam nama
kumpulan K-pop pula. Ni mesti terpengaruh dengan budaya K-pop ni. Safwan main
tembak.
“Okay,
Kara. Listen. I’ll not punish you this time. Just make sure that you’ll never
do this crazy things, okay? Never walk alone at any dark places, again!
Remember that!” Safwan memberikan peringatan tegas.
Fuh, selamat hidup aku! Kara menarik
nafas lega. Dia mengangkat muka dan memandang fasilitator di hadapanya itu.
Erk, alamak! Handsome la pulak! Erk, Kara! Sejak bila kau mula goyah ni! Kara
menangkis kata-kata yang hadir di fikirannya itu seraya mengangguk. Safwan
membalas anggukannya itu.
“Now,
go back to your hostel!”
Arah Safwan, sambil tangannya menunjuk ke
kawasan hostel pelajar perempuan yang tidak jauh darinya. Kara akur. Ish, nak
pergi taman kali ni tak boleh la pula. Desis hatinya. Sewaktu Kara hendak
menghayun kaki, tiba-tiba dia terperasan kakinya sedang memijak sesuatu. Segera
dia mengambil kertas tersebut.
‘Senarai Penginapan Baru Pelajar
Semester Satu.’
Eh? Kara kemudian berpusing kembali
menghadap Safwan. Namun Safwan kini sedang membelakanginya, membongkok mengutip
kertas-kertas yang berterabur. Aiseh, kesian pulak den nengoknya. Yalah, dah
kau langgar, mana tak kesiannya Kara oi! Kara kemudian turut membantu mengutip
kertas-kertas yang berterabur yang dibelakangi oleh Safwan..
Safwan yang sedang terbongkok-bongkok
mengutip kertas langsung tidak menyedari kara dibelakangnya. Sangkanya, freshie
itu telah pulang ke hostelnya, seperti yang diarahkannya tadi.
Aik? Takkan ni je? Rasanya banyak
lagi kertas yang berterabur tadi. Dengan keadaan yang membongkok, Safwan
memusingkan badannya untuk mencari kertas lain.
“Warrgh!”
Bagai nak tercabut jantung apabila
tiba-tiba ada benda putih melayang di matanya. Terjelepok teruna itu dibuatnya.
Kara menggigit bibir. Alamak, aku terkejutkan dia ke? Bibir bawahnya digigit.
Safwan sudah berpeluh muka. Giler tak!
Dia memandang benda putih yang
melayang di wajahnya. Mak datuk, mati-mati aku fikir tu hantu! Freshie bertuah!
Nak balas dendam en an ni?
“Apa
kau buat? Nak balas dendam en an? Then, you get it!”
Kara sudah mula gelabah. Aiseh, asal aku
gelabah pula ni?
“Ha..
eh, tak! Saya nak tolong je! Sungguh!”
Safwan memandang wajah Kara penuh
musykil. Dengan teragak-agak dia bangun dan menyambut huluran kertas di tangan
Kara.
“Abang,
tu bilik baru kitorang en anti?”
Kara hanya melihat Safwan
meneruskan kerja-kerja menampal dengan menggunakan tumb-nail.
“Bilik?
Oh, ha’ah.”
Safwan bagaikan terlupa sebentar
bahawa Kara juga merupakan freshie. “Tak nak tengok nama kau kat bilik mana
ke?”
“Abang
habiskan tampal dululah,” ujar Kara.
Selesai menampal, Safwan
memberikan ruang buat Kara melihat senarai nama tersebut. Fikrah Shahirah...
Fikrah Shahirah.. that’s it! Bilik 14 dengan Azhani Zafrina binti Syakir Ilyas.
Eh? Ni bukan minah hari tu ke? Syakir Ilyas? Tan Sri ke? Dia anak Tan Sri?
Aiseyyman!
“Dah
jumpa belum?”
Kara bagai tersedar dari mimpi. “Oh,
dah.”
“Puas
hati dengan bilik kau?”
Lambat-lambat Kara mengangguk. Kemudian
mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kawasan masuk hostel.
“Dah,
balik bilik. Nak dekat pukul sebelas dah ni.”
Kara mengangguk tanda akur. Dia
menatap wajah di hadapannya sebelum menghayun kaki melangkah ke bilik. Indahnya
ciptaan tuhan yang satu ini. Bisik hati Kara.
Setelah memastikan Kara benar-benar
memasuki kawasan perkarangan hostel, Safwan bergerak menuju ke hostel pelajar
lelaki pula. Menampal senarai penginapan pelajar sebelum pulang ke rumah.


BEST 3X.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete