Friday, 28 March 2014

CPel 15,16,17

BAB 15
“HANI, jaga diri elok-elok. Kat sini, tok dengan nek tak ada, tak dapat jaga kamu. Kamu kena jaga diri sendiri. Jangan mudah percaya orang yang tak di percayai.”
         Hani mengangguk. Terharu dengan Nek Wan yang tidak pernah lupa untuk memberikan pesanan kepadanya. Mereka kini berada di Universiti Tun Mahkota. Hani baru sahaja selesai pendaftaran dan metakkan barang-barangnya di dorm sementaranya sebelum mendapat bilik tetap.
“Baiklah nek.”
          Hani memeluk erat neneknya. Jangan peluk kuat-kuat sudahlah, patah juga tulang tua Nek Wan tu nanti. Hani meleraikan pelukannya. Pipi tua Nek Wan di cium penuh kasih.
“Tak payahlah kamu risau, Siah. Hani tu bukan macam anak dara yang lain. Saya dah latih dia dari dia kecil, tahulah dia jaga diri.” Ujar Tok Abi.
“Hah, itulah abang! Asyik melatih dia aje. Nak ajar supaya pandai jaga diri konon, tengok apa dah jadi? Gagahnya mengalahkan lelaki. Tak ada sorang pun lelaki berani rapat kecuali Tuah dengan Imran. Kalau awak nak dia terus macam ni, alamatnya tak kahwin la cucu kita ni!” Gerutu Nek Wan, geram dengan Tok Abi.
“Eh, abang pula? Dia sendiri yang nak, takkan saya nak tolak?” Balas Tok Abi geram.
        Mereka mula bertengkar. Hani segera meleraikan pertengkaran Tok Abi dan Nek Wan sebelum melarat. Kalau diorang bertengkar, bukan boleh percaya sangat. Silap hari bulan Tok Abi buka langkah silat, Nek Wan angkat periuk belanga. Hani geleng.
“Yalah, Nek Wan, Nek Wan tak payah risau. Nanti Hani cari suami, Hani bawa jumpa Nek Wan.” Hani memujuk Nek Wan yang sudah bermasam muka. Alahai, tua-tua pun nak merajuk ke? Hehehe, tapi comel la muka Nek Wan bila merajuk.
“Hani, urus setia dah panggil suruh pelajar masuk dewan.”
            Suara Shahir yang tiba-tiba muncul mengejutkannya. Hani pantas mengangguk. Shahir hanya memakai t-shirt berkolar dan berseluar jeans atas arahan Hani. Hani tak nak Shahir memakai uniform kerjanya iaitu kemeja putih dan seluar slack hitam.
“Tok, Hani pergi dulu. Nek, Hani pergi dulu. Maafkan segala salah silap Hani.  Halalkan segala makan minum Hani ye. Doakan kejayaan Hani.” Ucap Hani sambil menyalami tangan kedua insan tersebut. Mereka terharu melihatnya.
“Hani, baik-baik ya. Kalau cuti jangan lupa pulang ke kampung.” Itukah pesanan terakhir Tok Abi sebelum melangkah masuk ke dalam perut kereta Grand Livina.
“Shahir, bawa kereta elok-elok. Jagakan Tok Abi dan Nek Wan.”
        Shahir mengangguk. Shahir menghulurkan sebuah sampul berwarna putih kepada Hani. Hani memandang Shahir tanda tidak mengerti.
“Daripada Tan Sri.” Ucap Shahir pendek.
“Hani, err..” Hani memandang ke arah Shahir. Menanti apa yang ingin dikatakan kepadanya. Shahir kaku. Air liur di teguk. Lidahnya seperti memaksanya agar berkata, ‘Hani, tolong jaga adik aku. Aku cuma ada dia je sekarang ni selain mak. Tolong jaga dia, tolong!’. Namun, dia tidak berani. Dan dia hanya berkata....
“Tak, aku cuma nak cakap. Harap kau pandai jaga diri. Belajar elok-elok, banggakan Tan Sri dan Puan Sri.” Hani terkaku namun cuma sementara.  Hani mengucapkan terima kasih kepada Shahir sebelum lelaki itu memandu Grand Livina meninggalkan perkarangan universiti tersebut.
        Hani memandang sampul tersebut. Dapat mengagak isi sampul tersebut, terus memasukkan tersebut ke dalam beg slingnya. Tiada langsung keinginan untuk melihatnya. Hani melangkah menuju ke dewan untuk taklimat ringkas.
       
“OUCH, sorry. Saya tak sengaja.”
         Hani mengutip dokumen ditangannya yang terjatuh ketika berlanggar, sekali gus meminta maaf.
“Huh, lain kali jalan pandang depan. Tu pun susah. Langgar sana sini. Menyusahkan betul.” Sinis ayat yang keluar daripada gadis itu. Hani terpempam. Eh, dia yang langgar aku ke aku yang langgar dia. Rasanya dia yang langgar aku.
          Hani bingkas bangun. Ingin melihat gerangan yang sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya. Huh, nasib baik perempuan! Kalau jantan, memang kau dah lama kena!
        Gadis di hadapannya itu memandangnya atas bawah atas bawah. Melihat fesyen pakaian Hani, membuatkan dia membuat telahan bahawa Hani seorang gadis kampung yang kolot. Tentu tak reti berfesyen, tak tahu tatasusila, dan sebagainya.
       Mulut Hani baru hendak menuturkan kata namun terpaksa membatalkan niatnya apabila mereka diminta mengambil tempat duduk masing-masing. Hani segera menuju ke tempat duduknya. Dia menoleh, hanya tempatnya sahaja yang kosong. Kiri kanannya semua sudah dipenuhi ruang.
“Maaf, boleh saya duduk?” Hani meminta pamitan.
         Kedua gadis itu menoleh. Kara terkejut melihat Hani dan Wawa. Dua gadis  itulah yang diperhatikannya tadi. Tiba-tiba dirinya terasa malu kerana hanya dia yang tidak bertudung dikalangan mereka bertiga.
         Melihat gadis tidak bertudung itu tidak memberikan respon, Hani mengulangi soalannya. “Maaf, boleh saya duduk?” Hani dan Wawa tertumpu kepada Kara. “Aa..err... eh. Duduk jelah. Tak ada orang di sini.” Kara sedikit gagap.
“Terima kasih,” Hani melemparkan senyuman buat dua gadis itu. Walaupun tidak saling mengenali, namun senyum itu sedekah.
“Nama siapa?” Hani menoleh apabila soalan itu menyapa gegendangnya.
         Siapa? Aku ke? Hani meminta kepastian dengan menunjukkan isyarat di batang hidungnya. Wawa mengangguk. Lagi sekali Hani tersenyum. “Azhani Zafrina.”
“Nice name. I am Safwah Najihah. Just call me, Wawa. And you?”
“Hani.” Sebuah senyuman meniti lagi di bibirnya. Senang dengan teman barunya itu.
            Hani menolehkan kepalanya kepada Kara, hasrat ingin berkenalan terbantut apabila melihat wajahnya agak suram. Hish, apalah aku ni. Orang tengah berucap kat depan aku boleh pula membebel dekat sini. Hani mengetuk dahinya, sebenarnya dia lebih ingin menenteramkan jiwanya. Wawa hanya memandang Hani hairan.
BAB 16
FARHIN duduk di bangku panjang sambil memerhatikan suasana di sekelilingnya. Jiwanya agak damai di sini. Dia mendongak memandang langit, terasa tenteram melihat langit biru itu. Pandangannya kemudian dialihkan ke tingkap wadnya. Dia dapat melihat seorang wanita berseragam putih sedang membersihkan wad tersebut.
         Matanya kemudian liar memandang sekitarnya. Dia dapat melihat ragam-ragam manusia yang penuh kasih sayang di sekitarnya. Tanpa dipinta, kenangan lalu kembali menyapa fikirannya.

“MAMA, adik dapat tawaran belajar oversea, boleh ye ma?”
          Wajahnya penuh mengharap, memandang insan di hadapannya yang bergelar mama. Datin Azizah bagaikan berat ingin menyatakan keizinannya. Bukan tidak mahu mengizinkan, namun dia risau jikalau berjauhan dengan anaknya yang satu itu.
“Macam nilah. Adik tanya papa, kalau papa izinkan, insyaAllah mama izinkan,” wanita itu mengambil jalan tengah. Wajah Farhin berubah ceria apabila mendengar kata-kata itu. Bagaikan ada harapan untuknya.  
“Papa!”

GEDEGANG!
         Farhin terjaga dari lamunannya. Wajahnya berpeluh. Dia bingkas bangun dan mencari arah bunyi itu datang.
“Ibu, sa..sakit!”
           Tidak jauh darinya, kelihatan seorang kanak-kanak sedang mengerang kesakitan. Dari gayanya, kelihatan budak lelaki itu telah terlanggar sebuah tong sampah dan menyebabkan tong sampah itu jatuh tegolek.
            Farhin menghembus nafas lega.
“Encik, dah tiba masa untuk makan ubat.”
           Kepala ditoleh apabila dirasakan ada suara yang menyapa gegendang telinganya. Farhin akur. Jururawat itu mendahului Farhin menuju ke wadnya kembali.

BAB 17
“HUARGHH!”
          Hani menghempaskan tubuhnya di atas katil sesampainya dia di dorm. Esok, selepas perasmian penutup minggu orientasi, dia dan semua pelajar semester satu akan berpindah dorm. Cepatnya seminggu berlalu.
        Omel hatinya. Seminggu berorientasi amat memenatkannya, namun dalam masa yang sama dia turut gembira. Sejenak, dia terimbas seketika detik-detik sewaktu dia menjalani orientasi.
       Dia berkenalan dengan rakan-rakan baru, walaupun ada seorang dua tu yang agak...err.. sombong. Program-program yang dijalaninya bersama fasilitator juga menarik. Night walk, muhasabah diri, barang amanah dan bermacam lagi. Hani tergelak sendirian. Mindanya terbayang memori sewaktu dia memasuki tingkatan satu. Ilmi, Tuah, Imran dan Kak Atul dperkenalkan kepadanya oleh Idah dan Khalid. Sebuah senyuman melekat di bibirnya.
       Hani terbayang-bayang dorm yang bakal di dudukinya. Sebenarnya dia tidak kisah pun tentang dormnya, tetapi dia lebih merisaukan dengan bakal roommatenya nanti. Bagaimanakah orangnya? Dapatkah roommatenya nanti menerimanya seadanya?
       Yalah, di sinikan tempat orang elit dan kaya-raya. Kalau dia dapat roommate yang berasal dari kalangan orang berada, entah apa yang akan dia tafsirkan tentang dirinya.
         Sekilas Hani melihat jam di tangan, sudah hampir 6.30 petang. Erk, alamak! Aku belum mandi lagi! Hani bingkas bangun dan bersiap untuk mandi, sebelum bilik  air asramanya penuh.

“WAN! Cepat sikit!”
        Suara Adam bagaikan membelah halilintar.  Safwan yang sedang membawa kotak-kotak yang penuh muatan terkejut dengan sergahan dari jauh Adam. Segera dia mempercepatkan dan membesarkan langkah menuju ke pentas dewan.
BUKK!
      Safwan meletakkan kotak-kotak itu di atas pentas. Hadoih, sakit pinggang belakangnya dek mengangkat barang-barang yang berat sejak tadi.  
      Adam menghampirinya, namun tidak mengendahkannya. Kotak-kotak itu diteliti. Dia perlu pastikan majlis perasmian penutupan minggu orientasi bagi pelajar semester satu esok berjalan dengan lancar.
“Adam! Sini kejap!”
        Safwan hanya memandang Pengerusi Perwakilan Pelajar itu menghayun langkah. Safwan kemudian mengorak langkah ke sebuah kerusi yang berada tidak jauh darinya.
        Pandangannya di halakan ke sekitarnya. Wow, Safwan ternyata kagum dengan kemampuan Adam dalam menguruskan perwakilan pelajar kali ini.
      Jam di tangan dilihat, baru pukul 9 malam lebih sedikit, tetapi semuanya sudah tersusun rapi. Hiasan, susunan kerusi, malah sound system juga sudah dipastikan dapat berfungsi dengan baik. Kalau tahun-tahun sebelum mereka, pukul 11 nak dekat pukul 12 malam baru siap. Kira tabik spring la Safwan pada Adam ni.
“Wan, kau sibuk tak lepas ni?”
          Emma menyoal Safwan yang sedang duduk berehat. Safwan memandang sekeliling sebelum menggeleng.
“Good. Tolong aku?”
“Tolong apa?”
         Emma menghulurkan beberapa helai kertas pada Safwan. Lelaki itu mengangkat kening sebelah tanda  tidak mengerti. Namun disambut juga kertas-kertas itu. Emma menerangkannapa yang perlu di lakukan.
       Safwan mengangguk faham. Nak atau tidak, terpaksalah dia terima. Nak minta tolong orang lain, ramai dah balik. Yalah, kerja dah banyak siap. Yang tinggal pun cuma dia, Emma, Adam, Majlis-Majlis Tetinggi Perwakilan Pelajar, dan beberapa orang pelajar yang akan bertugas pada esok hari. Lagipun, tugasnya bukannya susah.
        Safwan berjumpa dengan Adam untuk memaklumkan kepulangannya setelah melakukan tugas yang diberikan Emma nanti. Memang menjadi kewajipan bagi Perwakilan Pelajar agar memaklumkan kepulangan mereka supaya mudah untuk diminta pertolongan.
        Safwan kemudian melangkah keluar dewan dan menghayun kaki setelah diberi keizinan oleh Adam. Destinasi hanya satu, papan informasi maklumat hostel untuk hostel pelajar perempuan dan lelaki. Memandangkan papan informasi hostel pelajar perempuan agak jauh dari hostel dan berada di zon gelap, memang patut kalau Emma meminta tolongnya.
“Oi mak kau meletup!”
        Seorang gadis jatuh tersemban apabila Safwan memusingkan badannya. Safwan kaget seketika. Habis kertas-kertas di tangannya bertaburan. Namun erangan gadis itu segera mengambalikan dirinya ke alam nyata.
“Er..er.. sorry. Aku tak sengaja.  Kau okey tak?” Safwan menyoal prihatin. Gila kau tak prihatin, dah buat anak orang terjatuh, takkan nak biar je kot.
           Ish, dia ni. Dah aku jatuh macam nangka busuk kat tepi jalan, boleh pula tu tanya soalan macam tu. Omel hati gadis itu geram. Dia bingkas berdiri seraya membersihkan bajunya yang kotor.
          Safwan dah mula risau. Erk, asal senyap pula budak ni. Marah ke? Safwan telan air liur. Dia cuba memandang muka gerangan yang jatuh. Berdasarkan pemerhatiannya, pelajar yang terjatuh tadi ialah perempuan, berdasarkan rambutnya yang panjang paras bahu.  Wajahnya... hum.. tak nampaklah pula. Gelap.
“Freshie?”
          Safwan mengagak. Ah, sudah! Kara kaku. Kantoi kena tangkap dengan fasilitator.  Bibir bawah digigit.
“Are you freshie?”
        Safwan mengulang soalannya apbila melihat tingkah gadis itu. Perlahan-lahan Kara menganggguk. Safwan tersunyim sumbing. Got one! Hah, berani langgar arahan fasi? Belum perasmian penutup dah berani langgar arahan.
“Bu\at apa kat sini?”
 “Hah? Aa.. err.. saya..”
“Saya apa?!”
            Sergah Safwan. Eleh, bajet garang la tu.
“Saya jalan-jalan bang!”
           Kara menutup mulut apabila mulutnya terlepas cakap. Hish, tak payah la nak sergah-sergah orang! Terkejut tahu tak? Sempat Kara membebel dalam hatinya. Eh, eh! Dah buat salah nak menyalahkan orang lain pula dah?
           Safwan merenung gadis yang sedang tunduk itu. “Dengan siapa?”
“Se..sensorang.”
          Gulp! Memang naya aku lepas ni.
 “Kau tau tak yang kau dah langgar arahan fasi?”
           Safwan bertanya tegas. Dengan freshie kenalah tegas sikit. Kalau lembut-lembut nanti naik lemak pula diorang. Kara mengangguk laju. Takut punya fasal.
“Tak dengar!”
“Tahu bang!”
        Suara dikeluarkan. Safwan menggeleng. “Sekarang dah pukul berapa?” soalnya. Kara melihat jam di tangannya. Oh my ghost! “Pu..pukul 10.15 bang!”
“What people called you?”
        Eh? Aku ingat dia nak menengking. “Ka..Kara.”
        Kara? Peliknya. Ah, lantaklah. Budak zaman sekarang memang suka pakai nama pelik-pelik. Kara... hmm.. dah macam nama kumpulan K-pop pula. Ni mesti terpengaruh dengan budaya K-pop ni. Safwan main tembak.
“Okay, Kara. Listen. I’ll not punish you this time. Just make sure that you’ll never do this crazy things, okay? Never walk alone at any dark places, again! Remember that!” Safwan memberikan peringatan tegas.
         Fuh, selamat hidup aku! Kara menarik nafas lega. Dia mengangkat muka dan memandang fasilitator di hadapanya itu. Erk, alamak! Handsome la pulak! Erk, Kara! Sejak bila kau mula goyah ni! Kara menangkis kata-kata yang hadir di fikirannya itu seraya mengangguk. Safwan membalas anggukannya itu.
“Now, go back to your hostel!”
        Arah Safwan, sambil tangannya menunjuk ke kawasan hostel pelajar perempuan yang tidak jauh darinya. Kara akur. Ish, nak pergi taman kali ni tak boleh la pula. Desis hatinya. Sewaktu Kara hendak menghayun kaki, tiba-tiba dia terperasan kakinya sedang memijak sesuatu. Segera dia mengambil kertas tersebut.
          ‘Senarai Penginapan Baru Pelajar Semester Satu.’
        Eh? Kara kemudian berpusing kembali menghadap Safwan. Namun Safwan kini sedang membelakanginya, membongkok mengutip kertas-kertas yang berterabur. Aiseh, kesian pulak den nengoknya. Yalah, dah kau langgar, mana tak kesiannya Kara oi! Kara kemudian turut membantu mengutip kertas-kertas yang berterabur yang dibelakangi oleh Safwan..
       Safwan yang sedang terbongkok-bongkok mengutip kertas langsung tidak menyedari kara dibelakangnya. Sangkanya, freshie itu telah pulang ke hostelnya, seperti yang diarahkannya tadi.
          Aik? Takkan ni je? Rasanya banyak lagi kertas yang berterabur tadi. Dengan keadaan yang membongkok, Safwan memusingkan badannya untuk mencari kertas lain.
“Warrgh!”
          Bagai nak tercabut jantung apabila tiba-tiba ada benda putih melayang di matanya. Terjelepok teruna itu dibuatnya. Kara menggigit bibir. Alamak, aku terkejutkan dia ke? Bibir bawahnya digigit. Safwan sudah berpeluh muka. Giler tak!
            Dia memandang benda putih yang melayang di wajahnya. Mak datuk, mati-mati aku fikir tu hantu! Freshie bertuah! Nak balas dendam en an ni?
“Apa kau buat? Nak balas dendam en an? Then, you get it!”
           Kara sudah mula gelabah. Aiseh, asal aku gelabah pula ni?
“Ha.. eh, tak! Saya nak tolong je! Sungguh!”
            Safwan memandang wajah Kara penuh musykil. Dengan teragak-agak dia bangun dan menyambut huluran kertas di tangan Kara.
“Abang, tu bilik baru kitorang en anti?”
             Kara hanya melihat Safwan meneruskan kerja-kerja menampal dengan menggunakan tumb-nail. 
“Bilik? Oh, ha’ah.”
             Safwan bagaikan terlupa sebentar bahawa Kara juga merupakan freshie. “Tak nak tengok nama kau kat bilik mana ke?”
“Abang habiskan tampal dululah,” ujar Kara.
              Selesai menampal, Safwan memberikan ruang buat Kara melihat senarai nama tersebut. Fikrah Shahirah... Fikrah Shahirah.. that’s it! Bilik 14 dengan Azhani Zafrina binti Syakir Ilyas. Eh? Ni bukan minah hari tu ke? Syakir Ilyas? Tan Sri ke? Dia anak Tan Sri? Aiseyyman!
“Dah jumpa belum?”
           Kara bagai tersedar dari mimpi. “Oh, dah.”
“Puas hati dengan bilik kau?”
          Lambat-lambat Kara mengangguk. Kemudian mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kawasan masuk hostel.
“Dah, balik bilik. Nak dekat pukul sebelas dah ni.”
          Kara mengangguk tanda akur. Dia menatap wajah di hadapannya sebelum menghayun kaki melangkah ke bilik. Indahnya ciptaan tuhan yang satu ini. Bisik hati Kara.

           Setelah memastikan Kara benar-benar memasuki kawasan perkarangan hostel, Safwan bergerak menuju ke hostel pelajar lelaki pula. Menampal senarai penginapan pelajar sebelum pulang ke rumah. 

2 comments: