Sunday, 29 December 2013

Pensel , Kertas , Pemadam

Assalamualaikum ReaDers. Skang 2013 dh nak habes, tak lame lagi 2014. Hee.. That's mean dah dekat setahun dah blog ni ditubuhkan.

Cehh.. haha. Tak sampai sebulan kot. Bajet lebih #Jelir_Lidah

Haha,, by the way, kali ni nak post pasal minat aku. Bukan tentang CPEL. Huhuhuhu  :)

Macam yg korang tahu, aku memang mint melukis XD love this so baaad XD Muahahahahaha

Ahaks!

Sejak akhir2 ni, aku byk melukis, aku pun tak tau nape .Mungkin sebab banyak dengar lagu kot??  Bwahahaha . Aku ni jenis yg cepat dapat inspirasi tau.. kekekekeke #Perasan Lebih :P

K .laa... ni nak tunjuk sket bakat aku yg terpendam ni. Cewahh.. hahaha . Sila teruskan tatapan anda pada skrin yg berhabuk tu . X caye ke skrin tu berhabuk? Ce calit sket. Haaa.. tebal tak?? Eheks XD
By the way, aku ni jenis yg kekadang lukis, aku kan cube smpaikan mesej wlau hanya satu perkataan :) Enjoy lah menatap gmbr-2 cun menerusi skrin berhabuk tu XD


Siapa kata wanita bertudung x boleh berfesyen? Nah.. ini buktinya. Walau hanya lukisan. 
Tapi agak-ii jugaklah. Jagn hanya bertudung , aurat lain campak tepi. -_- ingat, aurat wanita ialah seluruh tubuhnya kecuali MUKA dan TAPAK TANGAN. Tapi kalau kau dah make up muka kau tebal 10 inci, tu pun dah kire melampau . Macam badut je aku rase -_- 


OKeyh, ikutkan, ni salah satu wtak CPel. Macam yg tertulis, AZHANI ZAFRINA.
Tapi tak tutup aurt sngtlah. Kihkih, Salah lukis sebenarnya. Takpe, abaikan. 
Papepun, ianya hanya lukisan. 

My favourite <3 ^_^ Quotes throught drawing :) 

Ni profile aku. Ha... comel kan?? Ahaks XD Gurau jerr.. (: 

Header blog :): Sedih tulisan tak lawa :'(

Haha,, aku pon kekadang suke lukis camni. conteng - onteng kat kepala apa jenis fashion rambut mau bikin. 
Haha,, lagipun ianya hanya lukisan. bukannya orang betul pon.
Dy pakai baju besar sgt tau. Sebab dye tak nak tunjuk body pade orang lain XD  
Tu sebab kekadang aku lebih suka buat lukisan jadi model sendri X D

Hahahaha.. lwak kan?? XD Hehehe.. kalau buruk, sori lah. Maybe korang punye lagi cantik ?? Boleh share kat fb aku >>klik SINI<< :)

Haa.. tak pon kalau nak share lukisan sendri ke, quotes yg korang buat ke or anything la . Cerpen or cerita pon boleh . Kalau nak aku follow blog korang pon , aku sedia klik button tu XD

Haha,, atau korang nak aku sharekan hasil karya korang kat blog aku ni pun, aku sedia menerima ^_^ Silalah hantar ke alamat e-mel ni >> rydhs.dhare@gmail.com atau r_ahli_magic@yahoo.com<< :)

jangan lupe bagi link blog/ e-mel/ fb korang :)  so bolehlah nanti aku creditkannya kepada korang. Kalau nk jadik mysterious pon boleehh . Tapi kena bagitau mesej dululah, tak kisah nk e-mel or fb . ^_^

Mane tau, hasil karya korang lagi bagus dari aku? Rezeki itu luas, kita tak boleh jangka .Betul x ? :)

oh, another one ! kalau nak hantar e-mel or Private mesej, janganlah formal sagt. Awkward pulak rase. =.='' Aku bukan mesin or tukang service or pape jelah. -_- Biasa-biasa suda :)

In a nutshell , cewah XD
Thanks For Being My Readers , maaflah tak dapat nak active ber'blogger' sgt. Almaklumlah, busy. Ahaks! Ayat macam perdana menteri! XD

Last but not least, Assalamualaikum n take care :)

Tuesday, 24 December 2013

CPel 5,6,7

BAB 5
“YA ALLAH, bantulah aku. Aku tidak tahu yang manakah harusku pilih. Berikanlah petunjuk kepada ku. Berikanlah yang terbaik buatku. Aku hambamu yang lemah. Hanya engkau tempat aku memohon, tempat aku meminta, tempat aku merayu,” Hani meraup mukanya setelah berdoa.
      Telekung masih belum ingin dibuka. Dia bertakafur. Memohon sembah dari Yang Esa. Tuhan sekalian alam yang Maha Mengetahui. Jam menunjukkan pukul 3.45 pagi. Dia langsung tidak berasa mengantuk.
    Sejak dia terjaga pada pukul 2.10 pagi tadi, dia tidak dapat melelapkan matanya lantas mengambil keputusan untuk mengerjakan Qiamullail. Memang Hani jarang buat solat malam itu, namun dia tidak pernah melepaskan peluang jika mempunyai kesempatan itu. Tambahan pula, sejak akhir-akhir ni, keadaannya yang sering terjaga malam memberikannya peluang untuk membuat solat malam tersebut.
    Solat istikharah. Ya, memang solat itu yang  sering kali dilakukan berulang kali setelah melakukan beberapa solat sunat yang lain. Masuk kali ini, sudah 9 kali dilakukan kerana masih berada diambang kebingungan. Namun, doa yang dititipkan masih sama dan bersungguh-sungguh walaupun menggunakan ayat yang berbeza.
     Hani menanggalkan telekungnya dan melipat pakaian solatnya serta sejadah dan berlalu ke dapur untuk membasahkan tekak. Dia menuangkan air panas yang memang disimpan di dalam termos ke dalam mug lalu membancuh air milo. Kemudian masuk ke biliknya kembali bersama mug yang berisi air milo. Rambut yang panjang dibiarkan tanpa berikat.
     Hani duduk di atas katil sambil memegang sampul putih bersaiz A4 itu. Mug diletakkan di atas mejanya. Sudah enam hari semenjak Tok Abi memberitahunya berkenaan isi sampul itu.  Hani memberanikan diri membaca kembali isi sampul tersebut.
‘TAWARAN MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI TUN MAHKOTA.’
    Hani mengeluh perlahan. Universiti Tun Mahkota. Nama itu meniti bibirnya perlahan. Bukan dia tak kenal universiti tersebut. Kenal. Kenal sangat. Universiti swasta yang dipenuhi golongan kaya dan elit yang terletak di kota metropolitan. Universiti yang sering keluar dalam majalah akademik di Malaysia.
   Hani mengeluh perlahan. Air milo diteguknya. Dia meneruskan pembacaan. ‘Menawarkan Kursus Pengurusan Teknologi dan Perniagaan. Anda di minta memberikan jawapan sebelum/pada 29 Mac secara online/surat balasan yang telah disediakan. Tarikh pendaftaran kemasukan ialah pada 3 Jun. Penginapan di sediakan.’
     Kemudian helaian-helaian yang seterusnya pula merupakan brosure berkenaan universiti tersebut. Hani membacanya dengan jiwa yang kosong.
“Apa salahnya kamu berkorban jika ianya berbaloi?”
      Suara Nek Wan ketika pulang dari kenduri kesyukuran tiga hari lepas  terngiang-ngiang di telinganya. Nafas ditarik.
      Berkorban.
     Itulah yang dilakukan selama ini. Namun segalanya kelihatan sia-sia. Kali ini dia nekad tidak mahu menuruti arahan-arahan tersebut lagi. Namun tangannya terhenti tatkala ingin meronyokkan surat tersebut. Mindanya kembali mengimbas perbualan antara dia dan Nek Wan.
“Berbaloi ke nek kalau pengorbanan itu membuatkan Hani terseksa?”
“Kerana terseksalah ia dinamakan pengorbanan.”
“Nek, Nek Wan tahukan. Dah banyak yang Hani berkorban. Hampir lapan tahun nek. Semuanya sia-sia belaka. Mereka langsung tak jenguk Hani, apatah lagi nak balik ambil Hani.”
“Hani, ingat! Mereka yang kamu kata tu mak ayah kamu. Apa yang mereka buat bersebab.”
“Sebab apa nek? Sebab nak balas dendam pada Hani?”
“Azhani! Nek Wan tak pernah ajar kamu bersangka buruk pada kedua orang tua kamu!”
“Tapi nek, itu kenyataan.”
“Kenyataannya ialah mereka ibu bapa kamu. Hani, bukan Nek Wan nak marah kamu. Tapi, kamu kena ingat, apa yang berlaku semuanya ada hikmah.”
“Nek, hampir lapan tahun nek. Semua arahan mereka Hani patuh. Semua Hani korbankan. Apa lagi yang mampu membuatkan mereka maafkan Hani? Maafkan kesilapan yang jelas bukan salah Hani.”
“Hani, sedangkan Nabi Adam alaihisalam yang mulia pun memerlukan masa selama 40 tahun untuk mendapat kemaafan yang hakiki. Inikan pula kita, manusia biasa. Mungkin jika mereka telah memaafkan Hani, kemaafan itu tidak ikhlas dari hati mereka. Mereka memaafkan Hani kerana terpaksa. Itu bermakna masih ada lagi perkara yang masih tersemat di hati mereka. Hani nak macam tu ke? Kemaafan yang menyakitkan.”
“Hani.. nakkan kemaafan dalam erti kata yang sebenar.”
“Kalau macam tu, satu aje perlu kamu lakukan. Berkorban. Mungkin ini bukan perngorbanan terakhirkamu tapi ini mungkin merupakan pintu permulaan agar kemaafan itu dapat dihulurkan. ”
        Pintu agar kemaafan dapat dihulurkan. Hani merenung kembali surat tawaran tersebut. Sebuah nafas ditarik, berat sekali ia kedengaran apabila nafas dihembuskan. Hani telah membuat satu keputusan. Dia kini mempunyai satu misi. Misi yang jauh lebih penting dari cita-citanya. Iaitu misi untuk mendapatkan kemaafan yang hakiki.
“Aku akan...”

“..TERIMA tawaran tu.”
       Bulat mata Nek Wan dan Tok Abi memandang Hani. Mereka memandang sesama sendiri. Cucu kita ni mamai ke? Taulah baru pagi hari. Tapi...
“Kamu pasti ke ni Hani?”
      Hani mengangguk pantas. Terdapat riak gembira pada wajah mereka.
“Baguslah kalau macam tu. Bila kamu nak hantar surat balasan? Kalau hantar hari ni, kurang-kurang tiga hari lagi baru sampai sana. Sempat ke?”
      Nek Wan menyoal. Tok Abi menggeleng. Siah..siah. Kau memang tak tahu ke apa itu teknologi?
“Tak ada masalaha nek. Hani guna online je. Senang sikit. Cepat urusan selesai.”
      Nek Wan terangguk-angguk mendengar penjelasan Hani. Senangkan sekarang, online je semua settle. Kalau Nek Wan dulu, susah, lama juga nak tunggu surat sampai, lebih kurang seminggu.
“Ermm.. tok. Nanti Hani nak minta izin ke bandar kejap. Boleh tok?”
     Hani memandang tepat Tok Abinya.
“Untuk apa?”
“Untuk settlekan urusan pendaftaran. Lagipun, Hani nak keluarkan duit kat bank. Nak beli beberapa barang untuk duduk dekat sana nanti.”
“Kamu sorang?”
     Hani tersengih lebar. Memang sudah dia jangkakan soalan itu yang akan keluar. Hani dah rancang nak ajak siapa untuk menemaninya.

HANI memakai track suit hitam bersama t-shirt muslimah merah bertudung berjalan seiring dengan Ilmi melintasi sebuah Restoran Nasi Kandar dengan sebuah sengihan lebar. Imran dan Tuah membuntuti mereka dengan hati yang sebal. Hantu punya Hani! Kalau tak kau ugut, memang kitorang takkan teman kau!
      Ugut? Oh, Hani terpaksa mengugut mereka berdua untuk menemaninya ke bandar. Yalah, kalau dia kata hanya dia dan Ilmi sahaja yang pergi, belum tentu Tok Abinya izinkan, walaupun Hani mampu menjaga diri sendiri. Oleh itu, dia menggunakan dua sahabat sejati itu untuk membuatkan Tok Abi berkata ‘Ya’.
     Imran dan Tuah terbayang-bayang ugutan Hani semasa Hani menemui mereka dirumah Tuah. Kalau mereka berdua tak nak teman, Hani mengugut hendak memberitahu tentang Imran yang beradu tenaga dengannya tempoh hari. Hani tau, kalau Tok Abi tau dia beradu, tentu patah riuk tulang Imran dikerjakannya tok guru itu.
     Yalah, guru silat itu telah memberi amaran agar tidak beradu tenaga dengan cucunya itu. Hari tu pun Tuah yang beritahu bahawa Imran tersalah gerakan sewaktu cuba beradu dengan dirinya, tu yang boleh jatuh bagai nangka busuk. Lagipun, yang tipu pasal tu bukan Hani, Tuah. Anak murid kesayangan Tok Abi. Maka, adalah pointnya disitu untuk mengugut dua teruna itu.
“Hani, kau nak pergi mana sebenarnya ni?”
       Ilmi bertanya. Tidak dihiraukan aura ‘pemberontak’ di belakangnya itu. Lagipun, dia ada Hani untuk melindunginya.
“Aku nak singgah Cyber Cafe kejap. Lepas tu pergi bank,” ujar Hani.
      Langkahnya dihentikan di hadapan sebuah pusat komputer.
      Uncle Lim Cyber Cafe.
       Hani melangkah masuk namun dihentikan langkah apabila dua sahabat sehidup semati itu masih tidak berganjak. Hani mengangkat kening.
“Tak naklah. Kitorang tunggu kat luar aje.”
        Hani membuntangkan matanya.
“Okey, okey! Kitorang masuk.”
         Segera mereka mengalah kerana faham dengan bahasa isyarat tersebut. Hish, garangnya! Macam manalah mereka boleh bertahan berkawan dengan Hani. Ilmi menggeleng.
         Selesai melakukan urusan untuk pendaftaran, Hani mencetak beberapa dokumen yang dikehendaki dan perlu untuk dibawa ke sana. Terkejut sebenarnya tiga orang rakannya itu apabila Hani memberitahu bahawa dia mendapat tawaran untuk sambung belajar di sana. Lagi terkejut apabila mengetahui Hani hanya mempunyai masa selama dua bulan untuk sahaja untuk mempersiapkan dirinya. Hani memasukkan dokumen tersebut dalam satu fail lalu disimpan kemas dalam begnya.
Thank you, uncle. Senang-senang saya belanja uncle makan nasi beriani,” Hani melambaikan tangan ke arah Uncle Lim. Lelaki cina itu hanya mengangguk sambil tersengih.
        Kemudian mereka melangkah ke arah bank. Hmm.. taklah menghairankan apabila Hani memberitahu bahawa dia ingin mengeluarkan wang dari akaunnya. Yalah, memang wajib untuk manusia yang sebaya mereka mempunyai akaun bank. Kurang-kurang pun, akauan Tabung Haji. Tambah-tambah lagi kalau seseorang itu mendapat biasiswa.
         Kali ini mereka hanya menunggu di luar sahaja kerana Hani mahu melakukan segalanya sendiri. Alasan, padahal tak nak mereka tahu yang sebenarnya. Hani menuju ke mesin ATM. Nombor PIN dimasukkan. Hani merenung baki yang terdapat dalam akauannya. Dia tergaru-garu kepalanya yang di alas tudung. Ada enam angka. Berkira-kira mahu mengeluarkan berapa.
      Ah, berapa-berapa jelah. Lagipun, nak bayar cash. Bukan pakai kad. Hani akhirnya mengeluarkan sebanyak tiga ratus ringgit. Itupun cepat-cepat dimasukkan ke dalam dompetnya kerana tidak mahu rakannya tahu. Bukan sebab rakannya itu mata duitan tapi tak nak rahsia yang selama ini disimpan rapi bocor. Hani kemudian berpusing dan kembali mendapatkan rakan-rakannya diluar.
“Eh, Idah.”
      Sebaik mengungkap nama itu, segera gadis yang sedang rancak berbual bersama Tuah, Imran dan Ilmi, berpaling. Juga terkejut dengan kehadiran Hani.
“Okeylah. Korang, aku pergi dulu. Nak cepat ni,” pamitnya lantas meninggalkan mereka.
       Hani tergamam.
“Kalau dia tak macam tu, dah lama aku ajak dia keluar sekali,” Hani bersuara perlahan.
“Dahlah. Tak payah nak risau tentang dia. Hah, lepas ni kau nak ke mana?” 
      Ilmi yang memang memahami keadaan mereka berdua cuba mengubah topik. Sebenarnya, mereka bertiga memang mengetahui tentang hubungan Hani dan Idah yang tiba-tiba berubah dingin sejak mereka berada di tingkatan dua. Sebabnya? Mereka tak tahu.
“Kedai phone.
       Pendek jawapannya. Langkah diatur menuju ke kedai telefon bimbit. Lagi sekali mereka terkejut apabila Hani membeli Nokia 3310. Yalah, orang sekarang pakai Samsung Galaxy III, Iphone, dia pakai telefon zaman tok nenek moyang. Mereka menggeleng. Puas dinasihatkan agar membeli telefon yang lain. Namun Hani berkeras dengan alasannya.
“Aku beli handphone untuk kemudahan telefon dan mesej. Bukannya apa. Membazir je aku beli kalau nanti aku leka dengan phone baru tu.”
       Mereka membiarkan sahaja. Begitu juga seterusnya. Hani singgah di beberapa lagi kedai dan pasaraya. Bukan sahaja untuk membeli keperluannya tapi untuk membeli barangan dapur yang telah dipesan oleh neneknya. Segala keperluan sudah dibeli. Hanya satu sahaja.
     Laptop.
     Ya, Hani sengaja tidak mahu membeli laptop meskipun dia tahu teknologi itu penting buatnya kini kerana tidak mahu rakan-rakannya itu menaruh syak wasangka apabila seorang gadis yang tinggal bersama datuk dan neneknya mampu membeli sebuah laptop!
    Lain kali je la aku beli, kan banyak lagi masa. Itulah yang Hani fikirkan. Setelah selesai, mereka kemudian dijemput oleh abang Ilmi untuk pulang ke rumah. Riuh Proton Saga berwarna merah tersebut dibuatnya.
“Pergh, Mercedez Benz bhaaai.”
     Serentak mereka menoleh ke belakang apabila mendengar Khairul, abang Ilmi berkata. Rahang masing-masing terjatuh sebaik melihat kereta mewah berwarna hitam itu.
“Anak siapa tu bang? Kaya giler.”
      Ilmi bertanya abangnya dengan penuh minat. Yalah, mereka langsung tak pernah melhat kereta mewah seperti itu di kampung itu. Kalau ada pun, milik pegawai-pegawai yang datang untuk menjalankan tugas di kampung mereka.
“Manalah abang tahu. Haiii...untung mak bapak dapat anak macam tu. Kaya, senangkan mak bapak.”
      Puji Khairul. Mereka terangguk-angguk macam burung belatuk tanda mengiyakan kata-kata tersebut. Namun dalam diam, hati Hani resah.
      Takkanlah diorang datang? Nak jumpa aku ke? Tapi apasal diorang tak tunggu aku kalau diorang memang nak jumpa aku? Hani menggigit bibir.
      Khairul memerhatikan Hani dari cermin pandang belakang. Dia dapat melihat keresahan Hani yang cuba disembunyikan. Kemudian kembali fokus pada pemanduannya.

“NEK, tadi siapa datang?”
       Hani menyergah Nek Wannya sebaik sahaja sampai. Terkejut beruk orang tua itu dikerjakannya, dahlah tengah potong sayur. Nasib baik tak terpotong tangan. Hish, Hani ni pun satu, tak bagi salam main redah aje. Nek Wan mengurut dadanya berkali-kali.
“Hish, kamu ni! Tak ada salam main redah je. Kotnye terpotong jari nek ni, kamu nak ganti?” 
     Nek Wan bersuara geram. Hani menyengih. Segera tangan tua itu diambil dan dikucup. Barang-barang dapur yang dibeli tadi diletakkan di atas meja.
“Hee.. Assalamualaikum nek. Maaflah. Hani kelam kabut tadi.”
     Sejuk hati Nek Wan melihat cucunya itu.
“Waalaikumussalam. Haa.. tau pun. Lain kali ingat, bagi salam. Jangan main terjah aje.”
     Hani mengangguk tatkala tazkirah ringkas Nek Wan menyapa telinganya.
“Baiklah nek. Nek, jawablah soalan Hani nek. Siapa yang datang tadi?”
     Hani kembali mengajukan soalan apabila Nek Wan tidak menjawab. Baru sahaja Nek Wan ingin membuka mulut, Tok Abi yang entah mana datang menyampuk.
“Macam mana kamu tahu?”
      Hani berpaling. Adoooi.. Atok ni. Suka buat orang terperanjat lah.
“Tadi kereta Abang Khairul terserempak dengan Mercedes hitam. Tapi Hani tak nampak pula sipa, sebab cermin dia hitam legam. Siapa tok yang datang tadi?.”
         Jelas Hani. Tok Abi menggeleng.
“Yang bawa Mercedes tu ayah kamu punya pekerja. Dia datang hantar barang untuk kamu.”
           Jawapan Tok Abi membuatkan Hani kaget. Hantar barang?
“Pekerja je ke yang datang?”
          Hani inginkan kepastian. Tok Abi mengangguk. Nek Wan pula bergerak ke sinki untuk membasuh sayuran. Riak kecewa jelas terpancar di muka Hani.
“Barang apa yang dia hantar tok?”
          Hani kembali bertanya.
“Laptop, katanya ayah kamu yang bagi. Senang sikit nak buat selesaikan urusan.”
“Oooo...” Hani menganggukkan kepalanya. Cantik, tak payah nak beli sendiri. Takdelah bocor rahsia. Hani menarik nafas lega. Hani ingin membuka mulut bertanya tentang anak murid Tok Abi namun dipotong oleh Nek Wan.
“Oh, lagi satu. Waktu kamu nak ke sana nanti pekerja ayah kamu yang akan datang ambil.”
     Suara Nek Wan yang melaung dari dapur membuatkan Hani tepuk dahi. Aduh, apesal macam ni pulak? Hani mencari kelibat Tok Abi yang sudah menghilangkan diri ke luar entah sejak bila untuk mendapatkan kepastian.

BAB 6
BUNYI daripada panggilan interkom menganggu  konsentrasinya.
       Tan Sri Syakir Ilyas yang sedang tekun membuat kerja terganggu.
“Ada apa Leen?”
        Soalnya kepada setiausahanya itu. “Tan Sri, ada orang nak jumpa denga Tan Sri.” Ujar wanita itu.
       Tan Sri Syakir Ilyas kerut dahi.
“Ada buat appointment ke?” Setahunya, hari ni dia tidak ada apa-apa appointment kecuali mesyuarat di Wangsa Maju dengan pengarah urusan A&D iPartnership Sdn. Bhd. Itupun pukul 4.15 petang. Sekarang baru pukul 11.40 pagi. Lambat lagi kot.
“Tak ada Tan Sri, tapi dia cakap Tan Sri kawan lama dia.” Kawan lama?
“Siapa?”
 “Maaf Tan Sri, dia enggan beritahu.” Tan Sri Syakir Ilyas mendengus. Memang dia tak suka kalau ada yang menganggu waktu kerjanya.
 “Suruh dia masuk.” Arahnya ringkas. Leen mematikan interkom. Tan Sri Syakir Ilyas mengemas fail di mejanya.
         Pintu dibuka. Kelihatan kelibat seorang lelaki melangkah masuk. Mungkin seusia dengannya.  Segera dia berdiri dan menyambut huluran tangan yang dihulur.
“Tan Sri Syakir Ilyas bin Awang, kan?”
       Tan Sri Syakir Ilyas mengangguk. Macam mana dia tahu nama penuh aku? Tan Sri Syakir Ilyas mengerut dahi. Yalah, selama ni dia hanya dikenali dengan nama ‘Tan Sri Syakir Ilyas’, tak ramai yang tahu nama penuhnya.
      Melihat lelaki dihadapannya termangu-mangu, dia tergelak kecil.
“Kau dah lupa aku, Kir?”
      Tan Sri Syakir Ilyas semakin kaget dengan cara lelaki dihadapannya memanggilnya. Tak ada siapa pernah memanggilnya dengan panggilan sebegitu semenjak namanya gah di Malaysia. Tapi, gaya percakapan lelaki itu seperti dia kenal.
“Kita pernah main lumpur, tunggang kerbau, belajar silat, jadi hero kampung, mandi sungai, kena rembat dengan ayah kau, masuk hutan. Takkan kau tak ingat?”
       Tan Sri  Syakir Ilyas tergamam. Macam mana lelaki dihadapannya itu tahu aktiviti sewaktu dia kecil? Kotak memorinya sesak mencari ingatan dia dengan lelaki itu. Tapi gagal.
“Aku pindah waktu kita darjah lima, sebab ikut ayah aku kerja kat KL.”
       Mata Tan Sri Syakir Ilyas membuntang.  
“Ramlan!”
      Nama itu meniti di bibirnya. Dia memeluk sahabatnya itu. Tak sangka dapat bertemu dengan lelaki itu setelah terpisah berpuluh tahun lamanya. Tan Sri Syakir Ilyas mempelawanya duduk di sofa.
      Tan Sri Syakir Ilyas melangkah ke arah sofa.
“Macam mana kau dapat cari aku?” soalnya sebaik sahaja punggung di hempas di sofa yang empuk.
        Sahabatnya itu tergelak.
“Kau kan dah famous. Tentulah orang ramai kenal kau. Pengarah urusan syarikat iTechno Humality Sdn. Bhd, merangkap orang kelima terkaya di Malaysia.” Ujarnya.  Giliran Tan Sri Syakir Ilyas tergelak.
“Kau pula, apa cerita? Lepas pindah langsung tak tahu berita.” Tan Sri Syakir Ilyas menyoal. Tubuh rakanny dipandang. Kemas berpakaian korporat. Tentu rakannya itu telah Berjaya dalam kerjayanya. Agaknya di dalam hati.
“Lepas pindah, ayah aku kerja dengan kawan dia dekat sebuah syarikat arkitek. Tapi sayang, syarikat tu kena sabotaj dan jatuh muflis.
      Sebabkan nak tanggung kitorang anak-beranak, dia terpaksa jual tanah kat kampung dan buka syarikat penghiasan landskap  secara kecil-kecilan. Alhamdulillah, syarikat ayah aku dapat banyak tawaran menghias landskap.
      Lepas tu, bila kewangan keluarga kitorang dah semakin stabil, ayah aku hantar kitorang adik beradik belajar kat oversea untuk sambung pernigaan dia. And now, tentu kau pernah dengar nama Architecure & Decoratioan international Partnership Sdn. Bhd., kan?” Tan Sri Syakir Ilyas tercengang.
“So, kaulah Pengarah Urusan A&D iPartnership yang nak bekerjasama dengan syarikat aku tu? Betul tak, Tan Sri Ramlan Daud?”
     Tawa mereka meletus. Sunggguh tak disangka, orang yang akan dia jumpa petang ini merupakan sahabat sepermainannya dahulu. Patutlah macam pernah dengar namanya.
“So, kenapa kau datang nak jumpa aku?” Tan Sri Syakir Ilyas bertanya.
      Tan Sri Ramlan Daud mengukirkan senyuman. Wajah sahabatnya yang berada di hadapannya dipandang. “Salah ke aku nak melawat kawan aku ni? Kenapa? Tak boleh ke?”
      Tan Sri Syakir Ilyas tiba-tiba berasa bersalah. Dia membetulkan suaranya serata tali lehernya.
“Eh, tak adalah. Aku cuma nak tahu je. Sama ada kau datang sebagai kawan lama atau sebagai rakan niaga.” Jujur jawapan yang diberikan.
     Sebuah senyuman meniti di bibir tua milik Tan Sri Ramlan Daud. Kir, Kir. Kau masih macam dulu. Wajah bersalah yang cuba disorokkan oleh Tan Sri Syakir Ilyas itu direnung.
“Jangan risaulah. Aku bukan jenis yang ikut suka hati. Petang ni tetap ada. Aku singgah sini tadi sebab aku kena jumpa client pukul 1.30 ni.” Tan Sri Ramlan Daud menerangkan maksud kedatangannya. Tan Sri Syakir Ilyas menarik nafas lega.
“Laa.. kira kau lunch dengan client la ni?” Tan Sri Ramlan Daud mengangguk. “Tak dapatlah aku nak lunch dengan kau kali ni.” Jelas ada nada hampa pada suaranya.
“Relaks la. Bukan tak ada hari lain, ye tak?” sahabatnya cuba memujuk. Tan Sri Syakir Ilyas mengiyakan kata-katanya.
    Mereka kemudian saling bertukar cerita. Dari zaman kanak-kanak, hinggalah ketika mereka mula menempa nama sebagai ahli perniagaan yang gah di Malaysia. Cerita mereka diselangi dengan gelak tawa mereka. Tan Sri Ramlan Daud turut bercerita mengenai anaknya.
“Anak kau pula, macam mana?”
     Soal Tan Sri Ramlan Daud sebaik sahaja habis bercerita mengenai anaknya. Tan Sri Syakir Ilyas sedikit gelabah.
“Anak aku..”

“KAK Leen, mana Tan Sri?”
      Shahir menerpa pada setiausaha majikannya itu. Terkejut wanita itu dibuatnya. Shahir ni pun satu, kalau ye pun, bagilah salam dulu. Ni tidak, main terjah aje. Nasib baik aku tak ada sakit jantung, kalau tak, mahu gugur jantung aku. Kak Leen mengurut dadanya beberapa kali.
“Kau memang tak reti bagi salam dulu, eh?” sindirnya.
      Lelaki yang muda beberapa tahun darinya itu tersengih bagai kerang busuk. “Hehehe... Sorry Kak Leen. Assalamualaikum Kak Leen.”
“Hmm... Walaikumussalam. Tan Sri jumpa kawan dia kat dalam, tu yang lambat sikit. Kejap lagi keluar la tu.” Ujar Kak Leen sambil menyelak rambutnya yang terjuntai sedikit. Shahir mengangguk tanda memahami. Matanya memandang skrin komputer di meja Kak Leen.
“Akak tak makan tengahari ke? Bak kata orang kerja office, tak lunch ke?” Shahir membuat muka toya. Kak Leen faham sangat, kalau Shahir dah buat muka toya, tu tanda dia dah bosan. Kalau dia dah bosan, dia akan cari sesiapa sahaja buat teman berbualnya.
“Kenapa kau tanya?”
          Mata Kak Leen masih tidak lekang dari skrin computer. Kejap-kejap pandangannya dialihkan pada fail disebelahnya. Mesti tengah buat report, duga hati Shahir. Shahir menongkatkan dagunya pada papan pembahagi ruang.
“Yelah, staff lain semua dah tak ada. Tinggal akak dengan tu, Tan Sri je yang belum keluar.” Shahir memuncungkan mulutnya pada bilik majikannya. Masih menanti majikannya.
“Akak pesan kat kawan je. Lagipun akak kena siapkan report ni untuk submit pada Encik Kahar sebelum pukul 3.” Ujarnya.
          Shahir menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tekunnya Kak Leen, patutlah Tan Sri tak pernah tukar setiausaha. “Shahir, akak nak tanya boleh?” Tangannya terhenti seketika daripada menaip. Wajah bersih Shahir dipandang. Shahir menjongketkan kening.
“Apa dia kak?”
“Kau SPM dapat straight A kan?”
          Adoi, kenapa Kak Leen tanya soalan ni pulak. Ni yang malas nak jawap ni. Shahir menggosok tengkuknya beberapa kali. Perlahan-lahan kepalaya dianggukkan.
“Kenapa akak tanya?” gilirannya bertanya. Bukan dia tak tau, tapi buat-buat tak tau.
       Kak Leen kembali menghadap skrin dihadapannya. “Kau tak nak sambung belajar ke? Yelah, dengan result yang bagus macam tu, tentu ramai IPT yang nak terima kau.”
       Shahir menggaru pelipisnya. Ayat klise yang biasa diterima oleh pelajar cemerlang SPM.
“Tak apalah la kak. Saya ni bukan orang senang. Kalau nak sambung belajar, banyak kena keluar duit. Biarlah saya bantu mak saya. Lagipun, senang sikit. Majikan kitorang sama. Apa-apa hal nanti, senang nak bincang.” Jawabnya.
      Tangan Kak Leen terhenti sekejap. Wajah bersih milik Shahir direnung, namun seketika cuma dan kembali menyambung tugasannya. “Baguslah kalau niat kau macam tu. Budak-budak sekarang ni, walaupun dapat kelulusan ijazah, tapi kalau tak peluang yang ada, tak guna juga.
      Tengok jelah sekarang, ramai yang dah pegang ijazah, tapi masih menganggur. Minum pun masih mak bapak yang tanggung.” Ujarnya. Shahir hanya menyengih apabila menerima tazkirah tenghari. Wajah mulus Kak Leen dipandang.
“Kembar kau pula, apa cerita? Yang nama, siapa tu? Fikrah? Shahirah?” Kak Leen tergaru kepalanya apabila cuba mengingati nama itu. Jarang jumpa, memang susah nak ingat. Shahir ketawa melihat gaya Kak Leen.
“Fikrah Shahirah la kak. Takkan lupa kot? Nama kitorang kan nak dekat sama, saya Fikri Shahir, dia Fikrah Shahirah”  Terangnya. Kak Leen memang rapat dengan dia dan adik kembarnya itu. Cuma dah lama sangat Kak Leen tak jumpa adiknya. 
“Hah, tak kisahlah. Result dia macam mana? Okey?”
       Shahir tersenyum lebar. “Alhamdulillah kak, lebih bagus dari saya. A plus semua dia dapat.” Katanya dengan bangga. Siapa tak bangga woi, kembar dapat keputusan yang cemerlang.
“Really? Tahniah, nanti sampaikan salam akak kat dia tau. Rindu akak kat dia, lama sangat tak jumpa. Dia sambung  mana lepas ni?” soal Kak Leen ingin tahu. Namun matanya masih tidak lekang dari skrin komputer.
“Tak tahu lagi kak. Mak kata, dia dapat tawaran belajar kat Tun Mahkota, bidang kedoktoran. Tak taulah dia terima ke tak. Akak pun tau kan dia minat bidang apa?”  Kak Leen mengangguk. Tau sangat.
“Tapi, mak pun memang harap sangat dia terima tawaran tu. Sebab nak tunaikan harsat arwah abah. Dia je satu-satunya yang tinggal, nak harapkan saya, jadi duda beranak empat pun tak tentu lagi dapat pakai baju putih tu.
       Kalau kain kapan putih tu, insyaAllah, tunggu masa je.” Shahir melawak. Namun tiada sambutan dari Kak Leen. Wanita itu tekun melakukan kerjanya. Helaian kertas pada fail di atas meja ditukar. Kemudian kembali menaip. Tup! Tap! Tup! Tap!
“Shahir, semalam kau pergi mana? Akak tak nampak pun kau semalam.”
        Kak Leen bertanya. Shahir mengangkat kening. “Kak Leen rindu saya ke?” usiknya. Kak Leen mencebik. Buat apa nak rindu kau, pengacau je lebih.
“Hehehe... yelah. Jangan marah. Semalam saya pergi Terengganu, hantar barang.” Sambungnya sambil tergelak kecil.
         Tangan Kak Leen masih tangkas menaip. Wajah bosan Shahir tidak dipandangnya. “Kenapa tak pakai pos je? Kan senang?” soalnya, sekadar mengisi perbualan.
“Tan Sri tak kasi. Lagipun, mahal kot barangnya. Laptop Apple.” Mata Shahir masih menatap skrin komputer milik Kak Leen. Walaupun hanya mempunyai perkataan, tapi bila dah bosan, memang seronok dipandang.
“Uih, mahal tu. Hantar kat siapa?” Kak Leen sempat melirikkan matanya pada wajah Shahir. Lelaki itu menggaru kepalanya, cuba mengingati sesuatu.
“Hantar kat.... sorang perempuan ni. Siapa entah nama, tak ingat la.” Kenyataan Shahir membuatkan Kak Leen terhenti menaip. “Anak dia kalau tak silap,” sambung Shahir.
“Akak ta...” belum sempat Kak Leen menghabiskan ayatnya, pintu bilik Pengarah Urusan terbuka. Kelihatan Tan Sri Syakir Ilyas dan Tan Sri Ramlan Daud keluar bersama.
            Mereka menuju ke arah Kak Leen dan Shahir. Shahir segera berdiri tegak. Tidak mahu dikatakan tidak sopan apabila berhadapan dengan orang yang lebih tua darinya.
“Leen, Shahir. Saya kenalkan, Tan Sri Ramlan Daud, kawan saya masa saya kecil. Lan, ni Leen, secretary aku, dan ni Shahir, driver aku.” Leen menundukkan kepalanya apabila diperkenalkan dengan lelaki itu. Ooo.. patutlah tadi tak nak bagitau, nak buat surprise la tadi. Duga hatinya.
         Shahir menyambut tangan yang dihulurkan oleh Tan Sri Ramlan Daud lalu menciumnya sebagai tanda hormat. Sejuk hati mereka bertiga melihat.
“Kir, aku gerak dululah. Kang lama-lama, lari pulak client.” Tan Sri Ramlan Daud cuba berjenaka.
“Yelah. Orang berkerjaya katakan,” gurau Tan Sri Syakir Ilyas pula. Mereka yang berada disitu tergelak kecil.
        Setelah bersalaman dan bertukar salam, Tan Sri Ramlan Daud mengatur langkah menuju ke lif. “Leen, tak lunch ke?” Tan Sri Syakir Ilyas bertanya prihatin.
“Tak Tan Sri, saya pesan kat Ita je, lagipun saya nak kena siapkan report yang nak kena submit pada Encik Kahar sebelum pukul 3.” Ujar Kak Leen dengan sebuah senyuman meniti bibirnya.
      Tan Sri mengangguk. Faham sangat dengan ketekunan setiausahanya itu. Itulah sebabnya mengapa dia tidak mahu menukar setiausaha. “Shahir, tunggu awak turun dulu. Saya nak ambil dokumen kat dalam kejap.”
    Shahir mengangguk. Setelah Tan Sri Syakir Ilyas mengatur langkah, Shahir meminta izin kepada Kak Leen sebelum gilirannya mengatur langkah. 
BAB 7
WAWA memutarkan pili paip apabila mendengar deruman motosikal di luar rumahnya. Kakinya segera melangkah menuju ke pagar. Tudung dikepala dibetulkan. Kepala dijengulkan. Oh, abang posmen rupanya.
“Abang nak hantar surat ke bang?” Hish, kalau tak, buat apa dia datang rumah ooi! Wawa sengaja tanya soalan sengal.
        Posmen yang sedang membelek alamat pada surat tersebut agak kaget. Wajah gadis di hadapannya dipandang. “Aaa..ye. Nak hantar surat.” Jawabnya.
“Untuk siapa?” soalan diajukan lagi. Harap-haraplah surat tu. Desis hatinya.
      Posmen itu tidak terus menjawab, dia melihat terlebih dahulu pada sampul tersebut. Takut-takut tersilap nanti, naya jadinya. “Untuk... Safwah Najihah Binti Khairil. Adik ke?”
       Wawa mengangguk, hatinya melonjak riang. Posmen itu beredar sebaik sahaja surat itu bertukar tangan. Dengan tidak sabar, Wawa membuka sampul tersebut.
     Satu persatu ayat dibaca.
     ‘SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA ANDA DITAWARKAN TEMPAT UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNVERSITI TUN MAHKOTA’.
       Yeay! Wawa melompat kegembiraan sebaik sahaja membaca ayat penyata tersebut. Tak dapat digambarkan kegembiraannya apabila diterima masuk ke dalam institut pengajian impiannya.
       Tiba-tiba Wawa teringat sesuatu. “Mama!” Wawa berlari menuju ke dalam rumah demi mencari Datin Sakinah.

“ABANG, macam mana? Okey tak cadangan Kinah?” Datin Sakinah memandang wajah abangnya, Dato’ Hazman.
     Dato’ Hazman tidak segera menjawab. Pandangannya dilemparkan pada kolam renang yang luas dihadapannya itu. Otaknya cuba mencerna bait-bait kata yang diuatarakan oleh adiknya itu.
“Abang kena fikir dulu, Kinah. Yelah, bukan senang nak dapatkan tender tu. Tambah lagi bila melibatkan projek jutaan ringgit macam tu, kita kena rancang betul-betul. Silap sikit, teruk jadinya.  Pengarah Urusan iTechno Humality Sdn. Bhd. bukan calang-calang orangnya.
         Kinah masih ingatkan, akibat kecuaian sebuah syarikat yang bekerjasama dengan syarikatnya, projek yang bernilai 3.9 juta ringgit disabotaj dengan mudah. Sebabkan kecuaian tu, syarikat tu hampir diisytiharkan muflis sepenuhnya atas dakwaan gagal menjelaskan hutang dan kerjasama mensabotaj iTechno Humality Sdn. Bhd.” ujar Dato’ Hazman panjnag lebar.
      Datin Sakinah tertunduk. Masakan dia boleh lupa, gempar dunia korporat apabila mendapat tahu syarikat yang sama gah dengan iTechno Humality Sdn. Bhd. hampir sahaja diisytiharkan muflis. “Jadi, abang nak buat macam mana?”
     Dato’ Hazman memandang wajah adiknya itu. Kemudian kembali melemparkan pandangan pada kolam renang. “Biarlah abang fikir dulu, lagipun peluang macam ni bukan selalu datang.” Datin Sakinah mengangguk perlahan. Dia berdiri di sebelah abangnya itu. Mereka sama-sama membisu.
“Mama!”
      Fuh, hampir gugur jantung Datin Sakinah dibuatnya apabila anak gadisnya itu menerjahnya tiba-tiba. Nasib baik tak jatuh dalam kolam yang berada betul-betul dihadapannya itu. Dato’ Hazman yang turut terperanjat tergerak ke tepi sambil memandang wajah anak saudaranya itu.
       Wawa memeluk tubuh mamanya itu. Dato’ Hamzah disebelah tidak diendahkan. “Kenapa ni sayang?” soal Datin Sakinah pelik. Wawa mengangkat muka. Sengihan lebar hingga ke telinga dihadiakan kepada mamanya.
“Mama, Wawa dapat masuk kat Tun Mahkota!” ujarnya riang serentak memberikan surat tawaran yang baru diterima tadi kepada Datin Sakinah. Datin Sakinah membaca surat tersebut. Sebuah senyuman terukir dibibirnya.
“Tahniah, sayang!” seraya itu dia memeluk anaknya. Bersyukur kerana imipan anaknya itu tercapai.
         Dato’ Hazman yang turut mendengar berita itu juga memberikan senyuman. “Nampaknya Haziq ada kawan la kat sana nanti.” Ujarnya. Senyuman dibibir Wawa mati.
        Dia memusingkan kepalanya memandang wajah tua milik  bapa saudaranya itu. “Maksud Pak Long?” dia inginkan kepastian.
         Sekuntum senyuman meniti bibir tua itu. “Haziq pun dapat tawaran masuk sana juga.”
“Bila?”
“Kelmarin.”
         Wawa mengangguk perlahan. Muka nampak tenang dan bersahaja, tapi dalam hati, hanya Allah yang tahu. “Mama, Pak Long, Wawa nak naik dulu ye. Tadi Wawa dah siap siram pokok bunga,” selepas mendapat keizinan, bagai lipas kudung, Wawa berlari menaiki tangga menuju ke bilik tidurnya.

PINTU ditutup perlahan. Aik? Bukan kalau orang yang tengah bengang selalu hempas ke? Orang lain, tapi bukan Wawa. Dia takkan menghempas pintu bilik kesayangannya semata-mata ingin melepaskan geram. Tapi kalau pintu bilik orang lain, hempas sejuta kali pun dia takkan berhenti. Surat di tangannya di campak ke atas meja.
      Habis tu? Kalau dia geram dia buat apa? Ha, ini yang paling Wawa suka. Dia menghempaskan tubuhnya di atas katil secara terlentang. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menutup mata dan mengawal pernafasan. Tiba-tiba bayangan wajah Haziq yang sedang mengejeknya muncul dalam kotak fikiran.
“Arrrgghhhh!” Wawa menjerit sambil bantal ditekup dimuka agar suaranya tidak didengari oleh dua insan yang berada di bawah.Tangannya menumbuk tilam empuk itu beberapa kali.
       Kenapa? Kenapa? Kenapa???!! Jeritnya dalam hati. Takkan nak jerit kuat-kuat pulak. Nanti dengar dek insan di bawah nun, masalah hidup.
      Setelah agak tenang, Wawa mengubah posisi baringnya kepada posisi duduk. Tudung yang sejak tadi berada di kepala di lucut. Maklumlah, tudung sarung, senang.  Tudung itu kemudian diletakkan di atas meja berdekatan katil. Surat yang dicampak tadi di ambil kembali.
     Fikirannya bercelaru. Nak terima ke tak? Terima ke tak? Kalau aku terima, aku sama dengan dia. Warrgghh! Tak nak! Wawa memuncungkan bibirnya.
      Kakinya kemudian bangun melangkah menuju ke tingkap. Kolam renang jelas dihadapannya. Kelihatan Datin Sakinah dan Dato’ Hazman masih lagi berbual. Mungkin tentang kerja, fikirnya. Tiba-tiba dia teringat akan kata-kata Dato’ Hazman, bengang dihatinya datang kembali. Dia merentap langsir tingkap tersebut dan kemudian kembali menghempaskan dirinya dikatil. Cuba mencari ketenangan hingga matanya terlelap.

HAZIQ bersandar di balik pintu bilik Wawa. Seperti yang dia agak, Wawa tidak akan gembira dengan tentang itu. Dia kemudian menuju ke arah balkoni rumah tersebut. Pemandangan di hadapannya jelas dipandangan matanya. Sengaja dia tidak muncul di kolam renang tadi. Dia hanya memerhati dari jauh.
     Bila difikirakan kembali, boleh je kalau dia tolak tawaran tu. Lagipun, impiannya bukanlah untuk sambung belajar di sana, tapi di Universiti Islam Antarabangsa. Dia pun dah dapat surat tawaran daripada UIA tersebut. Malah lebih awal daripada Tun Mahkota. Dan, ayahnya sendiri tak tahu tentang tawaran tersebut.
     Tapi dia tolak tawaran tu. Tolak bersebab. Dia kena jaga saudara susuannya itu dari segala ancaman. Dia tak mahu kisah lama berulang. Baginya, meskipun Wawa sebaya dengannya, namun Wawa tak ubah bagaikan adiknya.
     Perlukan perlindungan dari seorang abang. Lagipun, dia sendiri anak tunggal, Wawa pun anak tunggal. Ibu saudaranya hanya satu, Mak Su. Dan ayah saudara Wawa juga satu, Pak Long. Sebab ituah dia sangat sayangkan Wawa bagaikan adik sendiri.

      Sedar tak sedar, sebuah keluhan dilepaskannya.

Thursday, 19 December 2013

CPel 1,2,3,4

BAB 1
MATAHARI kian terik memancarkan bahangnya. Penduduk kampung yang keluar bekerja kebanyakannya sedang duduk berehat memandangkan sudah masuk waktu tengahari. Jelas sekali ada kedamaian di situ.
          Namun, kedamaian itu tidak berkekalan apabila suasana kampung tersebut dicemari dengan suara pekikan cucu Tok Abi. Habis semua burung-burung yang sedang berehat di dahan pohon-pohon rendang terbang melarikan diri-diri.
“Tok Abi!! Nek Wan!!”
        Nazak basikal tua milik Tok Abinya itu dikayuh. Kalau perlahan tak apa, ini mengayuh macam nak tercabut roda basikal tu. Dengan terpekik terlolongnya, macam kena histeria gayanya. Ni memang nak kene tarbiah lagi nampaknya.
       Tanpa menghiraukan laluan denai yang tidak rata dan jambatan kayu yang hampir nak roboh, Hani terus-terusan mengayuh basikal itu. Nasib baik Hani pakai seluar track suit dan t-shirt muslimah lengan panjang, kalau tidak, sah-sahlah nampak betisnya yang gebu dan limite edition tu.
Skreeeeeeettt!!
       Fuh, nasib baik sempat elak! Sempat lagi hatinya berkata. Tanpa memasang niat ingin berhenti dan menoleh sekejap, Hani tetap mengayuh.
       Tudungnya yang berterbangan dek angin bagai ‘Superman’ tidak dihiraukan, senget-benget sekalipun kayuhannya tidak menunjukkan tanda-tanda ingin berhenti namun semakin dilajukan. Apabila melihat sebuah rumah kampung tidak jauhnya darinya, kayuhannya lagi dilajukan.
“Tok Abi!! Nek Wan!! Hani ada berita gembira ni!!”
       Huh, serasa pekikannya boleh mengalahkan laungan George dalam cerita George Of The Jungle! Sampai sahaja dihalaman rumah, serta-merta brek ditekan menyebabkan basikal tua itu membuat aksi wikang yang tak berapa nak jadi.  
      Hani menjengukkan kepalanya di sekitar halaman. Bibirnya diketap. Haish, sejak bila Tok Abi dengan Nek Wan ni suka main chakchak pula ni. Vokalnya dilontarkan lagi.
“Tok Abi!! Nek Wan!! Tok Abi kat mana? Nek Wan! Ooo Nek Wan!! Keluarlah!”
       Agaknya dia ni memang kaum kerabat tarzan agaknya. Dari tadi terpekik terlolong macam nak terkeluar anak tekak.
“Nek Wan kat belakang ni, Hani ooi!”
        Sebaik sahaja mendengar suara tua kesayangannya itu, Hani terus mencampakkan basikal tua yang malang itu sekuat hati ke halaman rumah. Ish, ish! Tak patut betul! Malang betul nasib basikal tua yang setia dengan tugasnya itu.
        Melihat sahaja neneknya itu, terus sahaja dipeluk tubuh tua itu seeratnya. Semoga tulang neneknya tak patah sudahlah.
“Nek Wan!! Hani dah dapat result!  Cuba nenek teka Hani dapat berapa?” ceria sungguh suaranya di kala itu. Slip di tangan di sorokkan di belakang tubuhnya yang agak kurus itu.
“Rizot? Apa benda alah kamu ni, mana nenek tau.”
       Hani tersengih. Terlupa bahawa neneknya itu buta inggeris. Ops,tak! Tak! Tak! Bukan buta inggeris, Cuma tak memahiri bahasa inggeris. Hani tergeleng-geleng kecil. Nek Wannya hanya memandang hairan.
“Bukan rizot la nek.. result. Ni, Hani nak bagitau, Hani dan dapat keputusan SPM. Nenek tak ingat eaa?” Hani bertanya manja.
“Hah? SPM? Ye ke? Astaghfirullah hal azim... Hani! Macam mana Nek Wan boleh lupa pula ni.” Nek Wan tergeleng-tergeleng sambil tangannya melekap kat dahi.
“Hah, yelah. Berapa kamu dapat?”
            Hani melebarkan sengihannya. Hatinya begitu berbunga sekali.
“Hani dapat...” sengaja dia menjedakannya. Nek Wan sudah tidak sabar mendengar hanya mengangguk mengikut irama kepala cucunya yang seorang itu.
“Semua A nek!”
            Lantas tanpa membuang masa, Hani terus memeluk neneknya itu. Slip itu kini bertukar tangan. Nek Wan membelek slip tersebut. Jelas terpampang abjad ‘A’ sebanyak 11 angka dan simbol ‘tambah’.
“Alhamdulillah cu. Syukur Ya Allah, syukur! Cucu aku dapat 11A+! Alhamdulillah!” ucap Nek Wan. Air matanya bergenang.
             Terharu Hani mendengarnya. Pelukan makin dieeratkan. Sungguh, kasihnya pada Nek Wan memang tidak terbelah bahagi lagi.
“Hah, Hani! Macam mana keputusan?”
             Dek kerana terkejut dengan sergahan Tok Abinya yang baru balik dari sawah, Hani lekas-lekas meleraikan pelukannya. Terpandang wajah atuk kesayangannya, Hani tersengih lebar. Sama lebarnya dengan misai lentik yang mampu membuatkan anak-anak kampung gerun. Hani mengatur langkah untuk menyalami Tok Abinya.
“Alhamdulillah tok, Hani dapat straight A plus.”
             Tangan tua itu disalam dan dicium. Tok Abi sudah tersenyum lebar.
            Tepat sangkaannya, kalau tidak, Hani tak mungkin menjerit terpekik terlolong bagai diserang histeria dan mengayuh basikal sampai nak terburai rantai tua itu. Sampaikan pekerjanya sanggup terjun parit yang dipenuhi lintah semata-mata ingin menyelamatkan diri daripada dilanggar Hani.
“Tahniah, tak sia-sia usaha Hani selama ini,” bibir tua itu menuturkan kata lantas memeluk bahu Hani. Hani hanya menyegih, dah macam kerang busuk dah gayanya.  
“Bang, nanti kita kenduri kesyukuran tau! Kita buat kat masjid, ajak semua orang kampung datang,” bersungguh benar nampaknya Nek Wan ingin mengadakan kenduri ksyukuran buat cucunya itu.
           Kenduri! Wajah Hani sudah bersinar! Dia menoleh ke arah Tok Abinya mengharapkan Tok Abinya bersetuju. Tok Abinya hanya tersenyum.
“Hmmm.. yalah. Lusa malam nanti kita buat,” selesai sahaja Tok Abi menuturkan kata, Hani meloncat kegembiraan. Ish, ish! Depan orang tua pun boleh buat perangai tak semenggahnya itu. Nek Wan dan Tok Abi hanya menggeleng perlahan.
“Tok Abi, Nek Wan! Hani nak keluar kejap, boleh tak?”
        Aduh, silap haribulan memang pekak dua orang tua itu dikerjakan. Asyik menjerit je kerjanya. Cubalah cakap tu elok-elok sikit.
“Nak ke mana?”
“Nak jumpa Ukhti Atul!”
          Tanpa sebarang pamitan, Hani terus mendapatkan kembali basikal tua Tok Abinya. Tanpa membuang masa, terus basikal itu dikayuh, seperti tadi, hampir terburai rantai tua milik basikal itu.
         Tok Abi dan Nek Wan sudah tergeleng. Mana tidaknya, gelagat cucu mereka yang kepoh bagai murai tercabut ekor itu memang mencuit hati tua mereka.

“MAK! Kara dapat 9A, Mak!”  
       Kara menjerit apabila panggilannya diangkat. Terkejut Mak Timah dibuatnya. Tak ada salam, terus terjah. Nasib baik emaknya itu tak ada sakit jantung.
“Ye ke nak? Alhamdulillah, syukur. Tahniah Kara.” Ucapnya sambil mengesat air mata yang bergenang. Kara di talian tergelak kecil. Mesti mak menangis ni, detik hatinya.
“Hehe, terima kasih mak. Kara buat ni pun untuk mak juga.”
      Tuturnya. “Mak, abang macam mana?” kini dia bertanya. Mak Timah tergaru kepala.
“Mak pun tak taulah Kara. Dia kata lepas ambil result, dia kena jemput Tan Sri.”
      Kara menarik nafas. Abang, abang.
“Mak, tadi cikgu sekolah ada bagitau yang Kara dapat tawaran biasiswa penuh.”
“Yeke? Syukur Alhamdulillah, rezeki kau nak.”
     Sungguh Mak Timah tak sangka. Ini merupakan khabar yang mengembirakannya. Kalau arwah suaminya ada, tentu lelaki itu gembira, desis hatinya. Hatinya sebak seketika apabila teringat arwah suaminya, Sudin.
“Tapi mak, biasiswa tu bersyarat. Cikgu kata, Kara akan dapat kalau Kara masuk kat Universiti Tun Mahkota dalam bidang kedoktoran.” Ujarnya lagi.
“Masuk jelah. Mak izinkan. Lagipun, ingatkan apa pesan arwah abah dulu?.”
“Tapi mak, Kara tak minatlah perubatan ni. Mak tahu kan, Kara macam mana?”
       Kara cuba meraih simpati emaknya. Sungguh, dia memang tak mahu mendalami bidang kedoktoran atau perubatan atau mana-mana yang seangkatan dengannya. Cukuplah otaknya hampir pecah sewaktu menerima ilmu Sains Tulen di sekolah.
     Mak Timah mengeluh. Memang tahu sangat anaknya itu bagaimana. Jangankan nak mendalami, nak makan ubat pun susah. Yang diminatinya, seni, seni dan seni.
“Kara, bukan nak halang kamu. Tapi mak harap kamu dapat teruskan hasrat abah kamu. Nak harap abang kamu tu, memang tak akan tercapailah hasrat abah kamu tu. Dia dah tekad nak sambung pekerjaan abah kamu dulu.”
     Kara terdiam. Teringat arwah abah membuatkan hatinya sebak. Nafas di tarik perlahan. “Mak, bagi Kara masa mak.”
      Mak Timah mengangguk, walaupun dia tahu Kara tidak dapat melihatnya.
“Yelah. Apa-apa nanti, bincang dengan Mak Lang. Mak ada banyak kerja lagi ni.”
“Baiklah mak, Assalamualaikum.”
       Talian dimatikan sebaik sahaja emaknya menjawab salamnya. Dia menarik nafas dalam. Otaknya berusaha mencari jalan penyelesaian, namun gagal. Sementara Mak Timah, menyambung kerjanya sebagai pembantu rumah di rumah agam milik majikannya itu. Namun dalam hatinya tidak henti berdoa agar anak gadisnya itu membuat keputusan yang sewajarnya.

“MAMA, mama! Wawa dapat straight A ma!”
       Wawa terus menerjah kea rah Datin Sakinah sebaik sahaja kakinya melangkah keluar dewan. Haziq dibelakangnya tidak dihiraukan.
“Ye ke? Alhamdulillah, tahniah sayang.” Tubuh anak gadisnya dirangkul, jelas keceriaan di wajah mereka. Setelah agak lama, barulah pelukan itu dileraikan.
“Mama, mama. Nanti mama nak bagi Wawa hadiah apa?” soalnya manja. Pelukan dileraikan. Matanya memandang wajah ibunya itu.
Hek eleh, sikit-sikit nak hadiah. Sikit-sikit nak hadiah. Aku dapat straight A plus, tak minta apa-apa pun. Mengada-ngada!” Ejek Haziq.
         Wawa memandang geram pada lelaki di sebelahnya, entah bila lelaki itu berada di sebelahnya. Haziq buat tak endah dengan jelingan tajam yang diberikan oleh Wawa. Nak takut apa, dia lelaki, malulah kalau takut dengan perempuan. Datin Sakinah menggeleng.
“Hah, Ziq. Macam mana result?” soal Datin Sakinah, tangan dihulurkan.
         Haziq mencium tangan ibu saudaranya itu terlebih dahulu sebelum menjawab.
“Langsung tak ada A ma,” Wawa pantas menjawab sebelum sempat lelaki itu membuka mulut. Mata Haziq membuntang memandang Wawa, tapi Wawa buat dek. Padan muka, ejek aku lagi! Desis hati Wawa. Haziq mengetap bibir geram.
“Apa masalah kau, hah?! Sengaja nak cari pasal kan?!” Haziq memusingkan badannya menghadap Wawa sekali gus merentap tangan gadis itu yang sedang berpeluk tubuh. Wawa tersentak..
 “Hello! Kau yang cari pasal ke aku yang cari pasal!” balas Wawa, tak puas hati. Dah jelas-jelas dia yang cari pasal, nak salahkan aku pulak!
“Eh, betullah kan apa aku cakap! Kau tu mengada-ngada!”
       Bidas Haziq tidak mahu mengalah. Mana boleh kalah dengan perempuan ni, hilang macho aku nanti.
“Eh, sukahatilah kalau aku nak mengada-ngada sekalipun! Ada aku kacau hidup kau ke?”
      Mereka terus bercakaran. Adeh, orang lain dapat result suka, aman, damai je hidup. Ni diorang, lain pulak ceritanya. Dahlah tu, Datin Sakinah di hadapannya tidak dipedulikan. Ish, ish. Tak patut betullah diorang ni.
    Datin Sakinah tepuk dahi. Diorang ni kalau sehari tak gaduh, memang tak sah!
“Dah! Dah! Korang ni kalau sehari tak gaduh memang tak sah!” Datin Sakinah cuba meleraikan mereka. Malu kot, mak, ayah, pelajar cikgu-cikgu yang ada kat luar dewan semua pandang.
“Dia yang mula dulu!”
       Serentak mereka berkata lalu memusingkan badan. Muka masing-masing cemberut. Tak hingin nak pandang muka masing-masing.
“Sudah mama cakap! Hish korang ni, nama aje saudara! Sikit-sikit nak gaduh. Nasib baik korang ni saudara susuan, kalau tak memang mama kahwinkan korang berdua!” Gerutu Datin Sakinah.
“Mama!”
“Mak Su!”
       Mereka berpaling menghadap Datin Sakinah. Kemudian berpandangan sesama sendiri, atas bawah, atas bawah. Oh My English! Mimpi ngeri wei kalau kena kahwin dengan dia ni! Masing-masing membuat gaya geli geleman.
“Hah, tau pun! Dah, jom. Pak Long dah call banyak kali dah.”
    Huh? Wawa dan Haziq berpandangan. Masing-masing tidak memahami maksud Datin Sakinah.
“Nak pergi mana Mak Su?”
      Soal Haziq. Wawa turut memandang wajah ibunya. Meminta kepastian.
“Pergi mana lagi? Lunch lah. Abi kamu dah lama tunggu dah.”
        Kata-kata Datin Sakinah membuat kedua mereka gembira.”Yeay!” Mereka segera berlumba menuju ke BMW milik Datin Sakinah. Wanita itu hanya menggeleng melihat telatah anaknya dan anak saudaranya itu, merangkap anak susuannya. Umur je dah 18 tahun, tapi perangai .. macam baru lapan tahun!

“ANAK-anak, jangan lupa pesan Umi, malam ni jangan lupa datang kelas mengaji kat rumah Tok Abi tau,” lembut suara gadis itu menuturkan kata.
“Baik, Umi!” sahut anak-anak kecil itu penuh semangat.
         Selesai membaca doa habis belajar, anak-anak lelaki meminta izin untuk beredar manakala anak-anak perempuan pula menyalami tangan gadis itu sebagai tanda hormat.
       Memang sengaja mereka dididik begitu, bukan kerana tidak menghormati guru, tetapi untuk membantu anak-anak lelaki membezakan antara yang halal dan haram untuk disalami.
       Lagipun, pendidikan sebegitu bermula apabila mereka berumur 10 tahun dan ke atas, manakala untuk sembilan tahun dan ke bawah dibenarkan kerana mereka masih dianggap belum mumayyiz. Begitu juga sebaliknya dengan anak-anak perempuan.
       Setelah semua anak muridnya beredar, gadis itu mengemaskan barangnya untuk beredar. Sebaik sahaja dia melangkah keluar dari kelas tersebut, dia terdengar suatu jeritan.
“Ukhti Atul!!”
      Belum sempat tubuhnya dipusingkan dirinya sudah jatuh terjelepok gara-gara dihempap manusia. Tahu sangat siapa gerangannya.
“Hani!! Bangun! Ya Allah! Beratnya budak ni! Astaghfirullah hal azim, bangun! Ukhti punya barang dah berterabur dah ni!”
        Hani menyengih. Segera dia bangun dan membantu Kak Atul duduk sambil mengemas barangnya yang sudah berterabur dek perbuatan si Hani.
“Hehehe.. Sorrylah ukhti. Tak sengaja pula. Excited punya pasal.”
Sorry.. Sorry. Sorry naik lorilah! Dah la tak bagi salam, main terjah aja. Syukur ukhti tak ada lemah jantung, tau tak!”
      Hani mengangguk-angguk bagai burung belatuk tatkala mendengar bebelan tersebut. Mana boleh marah-marah, akak sayang tu. Chop, pembetulan! Bukan kakak kandung, tapi kakak angkat.
“Ni lagi satu, berapa kali ukhti nak bagitau, Jangan panggil ukhti Atul! Nanti orang fikir ukhti Atuk pula! Kalau nak panggil nama, panggil nama penuh, bukan nama pendek! Bukan Atul tapi...”
“Ukhti Raudhatul, ye ye. Hani faham. Maaflah. Bukannya sengaja.Ala..lagipun malaslah nak panggil nama panjang, susah. Nama pendek kan senang, Atul. Hah, kan cantik nama tu,” Hani membantu Raudhatul bangun.
        Mereka menuju ke arah sebuah pondok berdekatan dengan kelas tersebut.
“Hah, kenapa datang cari ukhti? Tu handsock tu, betulkan dulu. Dah naik sampai atas dah tu.”
        Raudhatul memuncungkan bibir kea rah lengan Hani. Hani menyegih lalu membetulkan kembali handsock ditangannya. Hani memandang ukhti kesayangannya. Hmm.. tenang hati sekejap.
“Ukhti, tadi Hani dapat result SPM tau.”
         Raudhatul menjongketkan kening.
“Jadi? Macam mana?”
        Hani menariknafas sedalam-dalamnya.
“Alhamdulillah ukhti, straight A+.”
         Raudhatul mengukir senyuman. Bangga dengan adik angkatnya yang satu itu.
“Alhamdulillah, tahniah. Hani ambil sebelas subjek kan? Lepas ni Hani sambung mana?”
          Sekali lagi Hani menyengih. Tangannya mengeluarkan sesuatu daru poket seluarnya. MasyaAllah, hampir lunyai kertas itu dikerjakan. Hani..Hani.. Raudhatul menggeleng
“Haah, Hani dapat tawaran sambung kat UiTM Shah Alam. Course Sains Komputer dan course sastera.”
          Raudhatul mengerutkan kening. Pelik. Bolehkah ambil dua sekali gus?
“Dua-dua ke Hani dapat? Boleh ke?”
           Soalan itu membuatkan Hani semakin girang.
“Tak adalah. Dia bagi pilihan. Sama ada Sains Komputer atau sastera. Ha.. confirm-confirmlah Hani pilih...”
“Sastera?” Sampuk Raudhatul tanpa dipinta.
“Ish, tak adalah. Memanglah Hani minat bagai nak rak bidang sastera tu. Tapi, setakat sastera, bila-bila masa boleh belajar. Tentu-tentulah Hani pilih Sains Komputer, kurang-kurang terjamin sikit masa depan Hani, kalau sastera,bergantung pada ke’kereatif’an otak seseorang. Hani ni mana lah kreatif macam A.Samad Said tu,” panjang lebar Hani bersuara. Rasa-rasa semuanya diucapkan dalam satu nafas.
        Raudhatul mengangguk faham.
“Ah, baru Hani ingat! Sebenarnya Hani datang sini  nak bagitau, lusa malam nanti Tok Abi dengan Nek Wan ada buat kenduri kesyukuran kat masjid. Nanti ukhti jangan lupa datang tau! Ajak sekali budak-budak madrasah ni.”
             Raudhatul diam sebentar. Lusa malam.. lusa malam.. lusa malam.. malam.. Khamis malam Jumaat.
“Hmm.. yalah. InsyaAllah nanti ukhti datang ajak budak-budak ni sekali.”
“Okey, syukran ukhti. Hani saaaaayang ukhti! Nanti jangan upa belanja Cornetto tau.”
                Tubuh Raudhatul lantas dipeluknya. Agaknya memang hobi agaknya peluk-peluk orang. Raudhatul pula tidak membantah, malah membalas pelukan Hani. Hani, Hani. Tak habis habis-habis dengan aiskrim Cornetto dia.
“Hmm.. yalah ukhti. Hani balik dulu. Nak tolong Nek Wan kat rumah. Ma’assalamah,” pamitnya sebelum beransur pulang.
               Raudhatul hanya melambai kelibat Hani sehingga tidak kelihatan ditubir matanya. Dia tersenyum. Hani.. Hani.. Ada je bahasa arab yang dia gunakan. Ukhti la, ma’assalamah la..hai. Macam-macam.
BAB 2
“AIMAN, jalan elok-elok sikit. Jangan asyik nak menyakat Anis dengan Imah je,” Hani menyampaikan pesannya kepada sekumpulan kanak-kanak terakhir yang beransur pulang dari kelas mengaji Tok Abinya.
         Setelah memastikan mereka beredar, Hani merapatkan pintu tanpa berniat ingin mengunci. Hani berpaling. Dia memerhatikan segenap penjuru rumah kayu itu.
        Ada ruang tamu, ruang dapur dan ruang makan pula bergabung, di sebelah ruang tamu pula terdapat sebuah dinding yang memisahkan antara ruang tamu dengan sebuah lagi ruang khas yang sering digunakan oleh Tok Abi untuk mengajar anak muridnya mengaji.
       Kadang-kadang Hani pun naik pelik, bukan apa, Tok Abinya itu tak pernah kelihatan penat sewaktu menjalankan aktiviti hariannya. Pagi ke sawah, nak masuk tengahari singgah kebun, petang menghabiskan masa dengan haiwan ternakan di belakang rumah iaitu ayam, angsa, itik, burung dan paling Hani suka, ayam belanda. Tak cukup dengan tu, apabila senja menghampiri, Tok Abi akan mengajar anak-anak kampung mengaji di rumahnya dan sebelah malam pula akan mengajar silat. Hani tersengih dan menggeleng.
       Hani melabuhkan punggung di hadapan televisyen. Berita yang ditayangkan tidak sedikit pun menarik perhatiannya. Otaknya menerawang tentang sesuatu perkara.
“Hah, termenung!”
    Sergahan Tok Abinya itu cukup untuk membuatkan jantungnya hampir gugur. Hani beristighfar.
“Hish, mana ada tok. Merepek aje,” sangkal Hani.
    Hani memandang Tok Abinya. Lelaki tua itu mengambil tempat di sebelah Hani.
“Hani, malam ni atok ada hal dengan Lebai Yusop. Kamu tolong tengokkan budak-budak malam ni,” ujar bibir lelaki itu.
      Hani menggaru kepala. Bukan dia tak faham, dia faham Tok Abi meminta agar dia tolong tengokkan anak murid silatnya malam ni.
“Tuah kan ada?”
     Hani mengusul. Pelik juga sebab selalunya teruna idaman kampung itu yang akan membantu Tok Abi menjaga anak murid silatnya jikalau datuknya itu ada hal.
“Tuah tu nak ajar budak-budak baru Kamu tolong tengokkan budak-budak lama sudahlah. Kalau ada salah, tegur. Tak susah pun.”
        Mata lelaki tua itu tidah berkalih dari peti televisyen. Ish, takkan nak tolak pula? Kesian atok nanti.
“Hmmm.. yalah tok. Nanti Hani minta Ilmi teman.” Hani akur jua. Tok Abi tersenyum. Ia tahu cucunya itu tidak akan menghampakannya.
         Tidak lama kemudian, Nek Wan muncul dengan dulang yang sedia terhidang air kopi serta cekodok bawang. Hani memberikan laluan kepada Nek Wan. Apabila melihat Nek Wan hendak kembali ke dapur, segera Hani menghalang.
“Err.. Nek, tok, Hani ada perkara nak bincang dengan tok dan nenek.”
         Nek Wan dan Tok Abi saling memandang. Kemudian menghalakan pandangan ke arah Hani. Nek Wan menganmbil tempat di sisi suaminya. Hani kemudian meminta izin untuk masuk ke bilik dan mencapai sepucuk sampul putih. Kemudian duduk kembali di tempatnya tadi.
“Sebenarnya, waktu Hani ambil keputusan tadi, Cikgu Hairani ada bagitau yang Hani dapat tawaran sambung belajar dekat UKM.”
      Hani berjeda seketika. Dia memberikan sampul putih tersebut kepada Tok Abi dan Nek Wan.
“Hani pilih kursus mana? Sastera atau Sains Komputer?”
      Hani tersenyum.
“Sains Komputer tok.” Ceria sahaja suaranya di kala itu. Dia berharap agar kedua insan di hadapannya itu mengizinkannya. Dia ingin mengejar cita-citanya.
       Namun senyuman Hani tawar apabila mendengar keluhan berat yang lahir dari mulut Tok Abi. Tiada langusng riak keceriaan di wajahnya. Hani tiba-tiba dipagut bimbang. Tak mungkin atuk dan nenek tak bagi. Melainkan...
“Siah, tolong ambilkan surat tu,” suara Tok Abi menghentikan lamunan Hani. Hatinya berdebar-debar.
“Hani, sebenarnya....”

GEDEBUK!
         Seorang lelaki jatuh ke tanah. Perit!
      Semua mata memandang ke arah lelaki tadi, kemudian mengalihkan pandangan kepada Hani.
“Ha..Hani? Kau okey tak ni?”
         Hani memberikan jelingan tajam ke arah Tuah. Semua yang berada di situ gerun melihat Hani,kembali meneruskan latihan mereka. Tidak berani mengacau mood tidak baik cucu guru silat mereka malam ini. Hani membetulkan handsock yang dipakainya.
“Hani, tak baik kau buat Imran macam ni,” Tuah memberi nasihat sambil membantu lelaki tadi bangun. Dia memapah lelaki itu ke pangkin rumah Hani.
      Huh, padan muka kau! Tau aku tengah bad mood sibuk nak beradu dengan aku.Hani hanya memerhatikan Imran yang sedang ditiarapkan oleh Tuah untuk disapu minyak urut. Hani memerhatikan anak-anak murid Tok Abi berlatih. Kemudian menghalakan pandangan kepada anak-anak murid baru Tok Abinya. Mereka kelihatan sedang mempraktikkan gerakan yang diajarkan oleh Tuah tadi. Hmm.. masing-masing ada peningkatan yang tersendiri.
“Hani, Hani!”
      Suara Ilmi menyapa gegendang telinganya. Hani menoleh. Entah bila gadis itu berada di sebelahnya. Ilmi tersengih. Mood Hani yang tak baik itu langsung tidak diendahkan.
“Nek Wan kata, minuman dah siap. Ajak dia orang minum dulu,” Hani mengangguk.
      Mereka berjalan ke rumah untuk mengambil dulang yang berisi minuman.
“Rehat 10 minit! Minum dulu!”
      Jeritan Hani membuatkan semua terhenti. Masing-masing berpeluh. Mereka menuju ke pangkin rumah di mana Hani meletakkan air untuk mereka. Hani dan Ilmi kemudian duduk jauh dari mereka kerana tidak mahu aroma ‘kejantanan’ menusuk hidung mereka. Mereka duduk di sebuah bangku bawah pohon tidak jauh dari situ.
“Kau okey tak?”
       Soalan Tuah tadi kini diulang oleh Ilmi.
“Entahlah. Apesal kau tanya?”
“Tadi aku nampak kau beradu dengan Imran. Teruk juga kau kerjakan dia. Apa kes tadi?”
        Hani mengeluh. Tudung yang ditiup angin malam dibetulkan.
“Dah dia yang nak sangat beradu. Aku dah kata taknak, dia degil. Siapa suruh paksa-paksa aku. Kan dah kena,” geram sahaja nada suaranya. Ilmi tercengang.
“Aik? Bukan kau selalu suka ke beradu? Kalau tak diajak, kau mengajak. Sampai Tok Abi marah. Yalah, perempuan lawan laki, laki kalah. Lagipun gagah kau tu dah mengalahkan lelaki. Sampai tu, teruna idaman yang gagah perkasa pun mampu kau kalahkan,” muncung Ilmi ditujukan ke arah Tuah.
        Hani mencebik. Teruna idaman konon, tak heran aku! Ilmi ketawa melihat reaksi rakannya itu. Namun tawanya terhenti apabila muka Hani membeku kembali. Dia dapat rasakan sesuatu menggangu fikiran rakannya itu.
“Kau okey tak?” Sekali lagi soalan diajukan.
       Hani berdiam diri.
“Orang lain dapat 9A gembira, kau dapat yang satu-satunya budak yang ambil 11A+ masam. Pelik aku. Kau ada masalah ye?” Ilmi mengagak.
      Tak mungkin rakannya itu marah tak tentu pasal. Kalau nak kata tak suka jaga anak murid silat Tok Abi, mustahil! Itu memang perkara yang diminati Hani. Bukan sebab dapat tengok teruna-teruna kacak, tetapi sebab nak cari peluang untuk beradu tenaga dengan anak murid Tok Abi.
“Ada memang ada. Beraaaaaaat sangat masalah aku tu. Aku tak tau macam mana nak buat, aku kena pilih satu antara dua Mi,” ucap Hani membuatkan Ilmi tersenyum.
“Asal? Tok Abi suruh kau kahwin ye? Dengan siapa? Kau mesti taknak kan sebab dah ada pilihan sendiri. Lepas tu mesti Tok Abi kau marah. Betul tak?”  Bulat mata Hani memandang Ilmi.
“Tak ada kerja! Kau pikir atuk aku tu tak ada perasaan nak paksa aku kahwin?! Hal ni langsung tak kaitan langsung dengan kahwin! Eiii, kerja pun tak ada nak kahwin. Tolonglah!”
         Ilmi ketawa. Suka melihat telatah sahabatnya itu.
“Dah tu? Cerita la kat aku, mana tau aku boleh tolong?”
          Hani merenung Ilmi. Ilmi,aku sayang kau sangat-sangat!
“Hmm.. tak apalah. Biarlah aku cuba selesaikan sendiri dulu, kalau ada tak selesai, baru aku cerita kat kau,” Hani mengenyit mata kepada Ilmi. Ilmi tergamam. Hish, orang nak tolong, tak mau!
           Matanya hanya memandang Hani yang sudah bangun dan menuju ke pangkin rumah. Kelihatan Hani sedang memarahi anak murid Tok Abi yang masih lagi berehat walaupun masa 10 minit telah pun berlalu.
        Ilmi kemudian menuju ke pangkin dan mengambil bekas minuman mereka dan membawa masuk ke dalam rumah Hani. Dia hanya memandang sahaja ke arah Imran. Apabila mata mereka bertemu, Ilmi menjelirkan lidahnya sebagai isyarat ‘Padan muka kau!’.
“Macam mana latihan malam ni?”
       Suara Tok Abi yang menyapa gegendang telinganya membuatkan Hani menoleh. Terperanjat dengan kepulangan Tok Abi. Hani menilik jam di tangannya, lagi 15 minit latihan nak habis.
“Err.. semua okey tok. Tak banyak peningkatan yang diorang ada. Tapi lebih baik dari dua minggu lepas.” Lancar sahaja mulutnya berkata.
      Tak diendahkan langsung pandangan tajam yang dihadiahkan oleh semua anak murid Tok Abinya. Tak banyak peningkatan?! Dan, lebih baik dari DUA MINGGU LEPAS?!! Hish, nasib baik Hani ni cucu guru silat mereka, perempuan pula tu. Kalau lelaki, dah nahas mreka kerjakan. Hani buat muka tebek. Langsung tak takut dengan jelingan mereka.
     Hani menoleh ke arah mereka dengan sebuah senyuman yang membawa maksud ‘Apa? Nak lawan? Kalau berani marilah!’ Kecut perut mereka jadinya. Segera wajah ditundukkan. Tok Abi hanya menggeleng melihat perangai cucunya itu. Hani..Hani.. Bilalah kau nak jadi wanita dalam erti kata yang sebenar?
“Hmm.. tak apalah kalau macam tu. Sebelum kamu semua pulang, saya ada perkara nak beritahu kamu semua.”
       Semua berpandangan. Tertanya-tanya apakah perkara itu. Hani mula tersenyum.
“Sempena meraikan cucu tok yang dapat 11A+ dalam SPM, tok nak jemput kamu semua hadir ke masjid pada Jumaat malam Sabtu nanti untuk kenduri kesyukuran.”
      Semua tergamam seakan tak percaya. Mereka menoleh ke arah Hani. Tuah dan Imran yang memang sedia tahu cuma tersengih.
“Tahniah Hani!”
       Sebuah tepukan diberikan kepada Hani. Bertalu-talu ucapan tahniah diterimanya. Hani termalu sendiri.
“Terima kasih semua,” Hani tersenyum. Penuh keikhlasan.
        Lagi sekali mereka tergamam. Inilah kali pertama mereka melihat senyuman Hani yang benar-benar ikhlas. Cantik, sangat cantik! Tak sangka Hani begitu cantik, yalah. Selama ini pun kecantikan Hani langsung tidak kelihatan kerana gadis itu mempunyai sifat kelelakian meskipun tudung masih melitupi kepalanya. Tuah dan Imran sahaja yang tidak tergoda melihat senyuman Hani.
       Senyuman Hani mati apabila merasakan sesuatu yang tidak kena. Tepat jangkaannya. Mereka semua sedang memerhatikan dirinya. Hani mengetap bibir, geram. Menyesal kerana tersenyum. Hani memberikan jelingan tajam.
       Gulp! Aura asal Hani sudah kembali! Mereka menundukkan wajah. Tok Abi hanya menggeleng.? Tuah dan Imran menyembunyikan senyuman mereka. Tahu sangat perangai sahabtnya yang agak tomboi itu.
“Kalau dah tak ada apa-apa, rasanya dah boleh korang semua dah boleh balik, kan tok?”
      Tok Abi hanya mengangguk. Segera anak-anak muridnya bersalaman dan beredar.
“Ilmi mana?”
“Dah balik tok. Tadi abang dia jemput.”
    Mudah jawapan Hani. Mereka memandang ke arah Tuah yang sedang membantu Imran berjalan pulang. Hani menyegih.
“Kamu dah buat pilihan?”
     Soalan Tok Abinya  mematikan sengihan Hani. Adoi, kenapa tok mesti tanya soalan ni?! Hani menggelengkan kepalanya perlahan-lahan.
“Kamu cuma ada masa sehingga Jumaat ni.”
     Tok Abi melangkah masuk ke rumah setelah selesai berkata-kata. Hani kaku.
Ya, sehingga Jumaat minggu. Kemudian, hanya beberapa bulan untuk dia persiapkan dirinya. Keputusan harus dibuat untuk masa depannya.
       Hani meraup mukanya. Dia melangkah masuk dengan kaki yang longlai.

BAB 3
“WAN, kau nak pergi mana?”
       Afiq mneghentikan langkahnya. Niat mahu ke perpustakaan terbantut apabila melihat Safwan menghidupkan enjin Kawasaki Ninja RR milik Safwan. Afiq menukar langkah menuju ke arah Safwan. Safwan menaikkan cermin helmet full facenya.
“Asal?”
     Soalnya selamba. Afiq tepuk dahi. Takkan mamat ni lupa kot?
“Lah.. Kan kau ada perjumpaan dengan Perwakilan Pelajar, takkan lupa kot?” Sah, memang mamat ni lupa!
“Perjumpaan tu pukul tiga setengah.”
     Pergh! Kerek giler suara. Afiq ternganga. Tak pernah-pernah saudaranya itu sedemikian rupa.
“Beb, lima belas minit lagi tiga setengah beb!”
      Afiq menunjukkan jam tangannya pada muka Safwan. Ceh, macam cantik sangat jam dia tu. G-Shock je pun. Macam budak-budak punya aje. Safwan tak layan. Minyak diperah berkali-kali. Afiq teringat sesuatu. Bagaikan dapat mengagak.
“Kau nak pergi hospital ke?” Soalnya, namun teragak-agak.
“Doktor call. Dia mengamuk.”
       Jelas Safwan. Afiq dapat mengesan nada sayu yang cuba disorokkan. Safwan kemudian mengeluarkan motornya dari tempat letak motor. Minyak semakin kerap diperah.
“Habis tu, perjumpaan?”
     Safwan memasukkan gear. Kemudian memandang ke arah Afiq.
“Kau ganti aku.”
      Serentak itu, cermin helmet diturunkan dan minyak diperah. Meninggalkan Afiq dengan asap yang mampu menjejaskan kesihatan.
“Wei, Safwan! Uhuk! Uhuk! Uhuk!”
       Afiq terbatuk apabila cuba memanggil lelaki itu kembali. Cis, tak guna! Setelah batuknya reda, Afiq tergeleng perlahan. Hanya memerhatikan sisa asap motosikal berkuasa tinggi milik Safwan.
“Haih, terpaksalah pergi.”
       Keluh Afiq.  Lagi sekali langkah kaki ditukar.menuju ke Bilik Persatuan Pelajar.

“HISH, mana Safwan ni? Dah nak mula perjumpaan un tak sampai-sampai lagi!”
      Adam mendengus. Selaku Pengerusi Perwakilan Pelajar Universiti Tun Mahkota, memang pantang kalau ada mana-mana ahli Perwakilan Pelajar lambat. Baginya, masa itu emas! Jam di tangan dibelek. Lagi sepuluh saat nak pukul tiga setengah. Adam memulakan kiraan dalam hati. Sepuluh... Sembilan... Lapan... Tujuh... Enam... Lima... Empat...
“Sorry lambat!”
       Semua mata memandang ke arah pintu masuk mesyuarat. Afiq tercungap-cungap. Pergh, banyak giler tangga! Kenapa selama ni aku tak pernah perasan? Afiq berbicara dalam hati.
“Mana Safwan?”
      Soal Adam bernada dingin. Afiq membuat isyarat tangan tanda suruh tunggu sekejap sementara cuba mengawal pernafasannya. Setelah dapat bernafas dengan elok, barulah Afiq menjawab.
“Wan ada emergency call tadi. Aku ganti dia.” Pendek jawapan Afiq.
     Adam kembali merengus. Menyusahkan orang betul!
“Dah, pergi duduk. Dah lambat dah ni!”
      Afiq mencebik tatkala Adam menyelak kertas kerja di tangannya. Huh, berlagak! Afiq segera mengambil tempatnya. Kertas yang diletakkan di meja tersebut dibelek satu-persatu. Cuba memahami isi kandungan kertas tersebut.
     Perjumpaan tersebut kemudiannya diteruskan dengan ulasan-ulasan aktiviti Perwakilan Pelajar serta tugas-tugas yang disandang. Afiq mencatitkan beberapa point di atas sehelai kertas untuk diberi kepada Safwan.
“Maaf, saya nak tanya. Bagaimana dengan lawatan pelajar sem satu yang akan datang?” Salah seorang ahli Perwakilan Pelajar mengajukan soalan kepada Adam ketika pengerusi itu sedang membincangkan aktiviti pelajar sem satu yang akan datang.
    Semua mata memandang pelajar tersebut kemudian beralih memandang Adam. Adam berdehem sebelum menjawab.
“Soalan yang bagus. Untuk lawatan tahun ni, Prof Hamdiah telah berbincang dengan beberapa pensayarah lain agar lawatan yang akan datang di tukar kepada aktiviti lain. So, any suggestion?”
     Adam memandang orang bawahannya satu persatu. Menanti jawapan yang akan keluar dari mulut mereka. Dia mengeluh hampa, namun keluhan itu perlahan.
      Afiq memandang kiri dan kanan. Setelah pasti tiada yang akan bersuara, Afiq bertindak. Dia mengangkat tangannya. Adam memandang. Setelah diberi isyarat, barulah Afiq berdiri. Dia berdehem sebelum mengutarakan cadangannya. Haih, dah ikut gaya Adam la pula, berdehem-dehem sebelum bercakap. Tak apa, itu tak penting, yang penting apa yang bakal dicakapkan. Betul tak?
“Maaf, saya bukan ahli Perwakilan Pelajar, saya cuma nak beri cadangan. Itupun kalau Encik Pengerusi dan ahli Perwakilan yang lain sudi mendengar.” Afiq menggunakan bahasa formal.
       Ahli yang lain memandang Afiq. Pandangan mereka kemudian dialihkan kepada Adam. Menanti jawapan Encik Pengerusi.
“Silakan.” Adam memberi keizinan. Pandangan mereka sekali lagi dilaihkan kepada Afiq. Afiq tersenyum. Satu helaan nafas ditarik.
“Seperti yang Encik Pengerusi katakan tadi, Prof Hamdiah minta Persatuan Perwakilan Pelajar untuk menukar aktiviti lawatan kepada aktiviti yang lain. Jadi, saya menyarankan agar Perwakilan Pelajar mengadakan aktiviti perkhemahan untuk mereka.
       Semasa perkhemahan tersebut dijalankan, Perwakilan Pelajar juga boleh mengadakan aktiviti lain. Contohnya, aktiviti yang lasak. Kalau setakat lawatan, mungkin mereka akan cepat berasa jemu kerana lawatan hanya melawat.
       Tapi kalau aktiviti yang sebegini, mereka akan lebih tertarik. Tambahan pula kebanyakan remaja sekarang memang menggemari sukan-sukan yang ekstrem, dan aktiviti seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan antara pelajar sendiri.
      Saya harap Perwakilan Pelajar dapat pertimbangkan cadangan tadi.” Afiq menoktahkan hujahnya. Adam memandang tepat pada wajah Afiq. Kemudian memberi isyarat kepada Afiq untuk duduk. Tanpa bantahan Afiq menurut. Kaki pun dah lenguh berdiri.
      Matanya kemudian memerhati reaksi ahli-ahli yang lain. Kesemua mereka menganggukkan kepala mereka tanda bersetuju dengan cadangan Afiq.
“Baiklah. Saya terima cadangan awak. Tapi, dengan syarat.”
       Semua mata tertumpu pada Adam, termasuk sepasang mata milik Afiq. Menanti ayat yang seterusnya.
“Saya nak awak carikan tempatnya.”
        Oh, senang je. Afiq mengangguk, tanda  bersetuju.
“Ciri-ciri tempat yang saya nak ialah...”
         Hah? Ciri? Kenapa mesti ada ciri pula ni? Afiq segera mencapai pen yang diletakkan di atas meja tersebut. Bersedia mencatit ayat seterusnya.
        Adam menyebut satu demi satu. Afiq menyalin pantas.
         What?! Wajah Adam dipandang dengan mulut separuh terlopong. Nampaknya Adam sengaja ingin mempermainkannya. Afiq membaca kembali satu-persatu cirri yang disebutkan oleh Adam. Dengan penuh keterpaksaan, Afiq mengangguk. Adam tersenyum sinis.
“Baiklah, saya raasa cukup untuk pelajar semester satu yang akan datang. Seterusnya....”

SELESAI menunaikan solat asar di surau pelajar, Afiq menyusun langkah mnuju ke tempat meletakkan motosikal pelajar. Namun langkahnya terhenti apabila sesusuk tubuh menghalang laluannya. Afiq mendengus. Apalah yang minah ni nak?
“Mana Safwan?” Arysha bertanya dengan nada bongkak. Tangan disilangkan.
      Huh, berlagak! Bongkak! Afiq mendengus lagi. Matanya tajam memandang Arysha. Namun pandangan itu tidak sedikit pun menakutkan Arysha.
“Apesal kau tanya aku?”
      Suaranya dingin tidak bernada. Arysha tertawa kecil sambil mengipaskan lehernya, lagak seperti sedang panas. Meluat Afiq melihat gaya gediknya itu.
“Sebab I tahu yang you memang tahu dia kat mana. Mana dia?”
      Soalan tersebut disertakan dengan lenggok gaya manja menggoda, namun bagi Afiq itulah gaya paling memualkan dalam dunia.
“ Kalau aku aku tak tau?”
      Kali ini giliran Arysha mendengus. Huh, orang tanya tu jawab je la. Ni nak belok sana-sini. Gerutu Arysha.
“Whatever! Sekarang I cuma nak tahu, mana Safwan? I tau dia tak datang perjumpaan tadi!”
       Afiq merengus.
“So, apa kaitan dengan kau?” 
    Arysha mengetap bibir geram. Lelaki itu sengaja menguji kesabarannya.
“Just tell me, where is he now!”
     Afiq memandang sinis ke arah Arysha.
“Kau tak payah nak sibuklah! Sekarang dah pukul 4.50, mestilah dia dah balik. Kau tu, dah solat asar ke belum?!”
      Afiq cuba mengawal volume suaranya yang hendak meninggi itu. Arysha menjadi bengang. Lelaki itu menyindirnya.
“Suka hati I la kalau I nak sibuk sekali pun. You peduli apa?!”
       Oo... aku peduli apa. Nanti kau! Afiq buat pekak. Dia terus berjalan tanpa menghiraukan Arysha. Arysha membuntang. Segera tangan sasa itu ditarik.
“Wait! I tak habis lagi dengan you!”
“Jangan sentuh aku!”
       Afiq merentap tangannya. Memang pantang kalau dia disentuh oleh mana-mana perempuan bukan mahramnya. Habis batal wudhu’nya tadi. Suhu kemarahannya semakin tinggi.
“Answer my question, Afiq!”
        Arysha menegaskan soalannya.
“Suka hati akulah nak jawap ke tak!”
        Afiq lantas melajukan langkahnya. Arysha mengikutinya sambil menghentak-hentak kasut tumit tinggi lima incinya. Silap hari bulan boleh patah tumit kasut tu. Arysha terus mendesak Afiq. Tapi Afiq buat derk je.
“Afiq, just answer me!”
       Arysha merengus untuk kesekian kalinya. Afiq yang sudah berada di atas Ducati Hunter itu menaikkan cermin helmetnya. Wajah Arysha dipandang tajam. Arysha sudah terdiam. Nafasnya tercungap-cungap kerana asyik membebel dan marah.
“Jangan harap!”
      Serentak itu minyak diperah, meninggalkan Arysha yang terbatuk-batuk kerana terpaksa menelan asap Ducati Hunter tersebut.
“AFIQ RAYYAN!!!”

SAFWAN terduduk di bangku hospital. Wad di hadapannya itu dipandang sayu. Dia kepenatan. Wajahnya dibenamkan ke tapak tangan yang ditongkatkan di lututnya. Safwan melafazkan zikrullah yang mudah untuk menenangkan dirinya.
‘Subhanallahiwabihamdih... Subhanallahilla’zim...’
       Matanya turut dipejamkan, cuba untuk menghayati kalimah tersebut. Setelah agak tenang, Safwan meraup mukanya beberapa kali. Sedikit sebanyak zikrullah itu dapat menenangkan hatinya.
“Dia dah okey?” Safwan tersentak. Dia menoleh. Afiq kini berdiri disebelahnya. Entah sejak bila dia berada disitu. Safwan menghelakan nafas.
     Afiq mengambil tempat disebelah Safwan. Kalau Safwan tak menjawab maksudnya memang tak. Dia memang dah arif sangat tabiat sahabat baiknya merangkap saudaranya itu. Dia mengerling jam tangannya. Dah pukul 5.50 petang.
“Kau dah solat asar belum?” soal Afiq sekali gus memandang wajah Safwan.
      Safwan diam lagi. Afiq melepaskan keluhan. Pandangannya bertukar ke arah pintu wad di hadapannya itu.
“Solatlah dulu. Dah nak pukul enam dah. Jangan risau, aku ada. Aku boleh tengok-tengokkan dia sekejap.”
      Afiq memujuk. Safwan akur.
“Thanks Fiq.”
      Ujarnya sambil menepuk bahu sahabatnya itu. Afiq hanya memandang Safwan. Safwan lantas bangun dan  menyusun langkah menuju ke surau hospital. Di saat wajahnya dibasahi air wudhu’, dia sangat menyesal kerana melengahkan tugasnya sebagai orang Islam.
      Safwan sedaya upaya menumpukan perhatian kepada solatnya agar dia boleh khusyuk. Dia melupakan sebentar masalahnya sewaktu menghadap Yang Esa. Selepas solat, dia tidak lupa menitipkan doa. Doa yang sering dibaca setiap kali selepas solat.

“AWAK tak perlu risau. Keadaan pesakit semakin stabil. Jururawat kami akan menjaganya.” Ujar Dr. Naim kepada Safwan. Alhamdulillah.... luah hatinya. Afiq disebelahnya juga turut melafazkan kalimah yang sama.
“Doktor, macam mana rekod kesihatan dia sebelum ni?” Afiq bertanya. Dia yakin, Safwan juga ingin mengetahuinya.
       Dr. Naim tersenyum. Sudah dijangka bahawa soalan itu akan ditanya.
“Setakat ni, tiada apa-apa perubahan yang positif. Pesakit banyak termenung. Keadaannya semakin teruk.” Ulasnya ringkas. Safwan terdiam. Afiq mendiam.
“Tak ada cara lain ke doktor supaya dia sembuh?” Safwan bertanya, getaran suara cuba disembunyikan.
     Dr. Naim membetulkan cermin matanya yang agak melorot sebelum menjawab.
“Satu-satunya cara yang tinggal ialah keinginan. Sekarang, walau apa pun cara yang digunakan, tapi kalau pesakit sendiri tiada keinginan ingin sembuh, tak berguna juga. Pesakit sendiri tak nak sembuh.
      Saya rasa kamu berdua pun tahu, untuk melakukan sesuatu, perkara pertama yang diperlukan ialah keyakinan dan keinginan. Keyakinan dan keinginan itu sangat penting. Yang kedua, kekuatan sokongan.
     Kalau dia ada keyakinan dan keinginan tapi orang yang menyokongnya lemah, pun tak guna juga. Dia akan turut lemah kalau orang yang menyokongnya lemah.”
    Penerangan Dr. Naim itu sudah cukup membuatkan dirinya terdiam. Safwan mengangguk perlahan.
  “Doktor, boleh saya nak tengok dia kejap sebelum saya balik?” Safwan meminta izin.
      Dr. Naim menganggukkan kepalanya. Safwan mengucapkan terima kasih sebelum doktor itu berlalu. Kemudian lelaki itu melangkah masuk ke dalam wad. Afiq hanya menanti di laur. Tidak mahu masuk bersama kerana tidak mahu menganggu masa mereka.
       Safwan memerhatikan sekujur tubuh yang sedang terbaring. Wajahnya yang kelihatan tenang itu dipandang sayu. Dia mencapai tangan itu lalu digenggam kemas.
“Farhin, kenapa kau tak nak sembuh? Kau tak sayangkan Along ke? Along sayangkan kau dik. Along sangat sayangkan kau. Kau je yang Along ada sekarang. Jangan tinggalkan Along, mama dengan papa dah tinggalkan kita. Jangan terlalu ikutkan perasaan Farhin. Masih banyak perkara yang boleh kita buat.”
       Sebak suaranya cuba ditahan. Safwan mengusap ubun-ubun milik adiknya. Dia mengucup ubun-ubun itu penuh kasih. Air matanya ditahan daripada mengalir. Sungguh, adiknya itulah yang dia ada kini. Wajah itu sekali lagi direnung penuh kasih sebelum berlalu.

 KAWASAKI Ninja RR itu diparkir di bahu jalan. Diikuti dengan Ducati Hunter. Mereka turun daripada  tunggangan mereka.  Helmet dibuka dan diletakkan di atas seat motosikal tersebut. Masing-masing bersandar pada motosikal sendiri.
      Jelas terbentang pemandangan kota metropolitan di hadapan mereka. Lampu-lampu yang menerangkan kota dari setiap bangunan di waktu malam itu kelihatan indah. Namun keindahan itu tidak sedikit pun dapat mengusik jiwa Safwan.
“Untung Farhin ada abang macam kau.” Ujar Afiq. Matanya tidak lepas memandang suasana kota itu.
      Safwan menoleh. Namun seketika cuma, kemudian kembali memandang panorama dihadapannya.
“Kalau kau pun, kau akan buat perkara yang sama.” Giliran Safwan berkata.
       Afiq mengangguk perlahan, tanda mengiyakan kata-kata Safwan.
“Perjumpaan tadi macam mana?”
        Oh, lupa pulak. Afiq segera mengeluarkan sekeping kertas yang terlipat kemas dari pokt seluarnya. Kertas itu bertukar tangan. Safwan membaca satu persatu.
“Aktiviti perkhemahan?”
       Safwan terhenti di situ. Afiq mengangguk.
“Kat mana?”
      Afiq angkat bahu sebelum berkata.
“Belum decide lagi. Aku tak tau nak pilih tempat kat mana.”
    Ujar Afiq. Safwan kerut dahi.
“Apesal kau pulak yang kena pilih tempat? Bukan Perwakilan Pelajar ke yang kena piliih?”
    Kertas di tangan dipandang berkali-kali.
“Dah aku bagi cadangan. Aku lah yang kena cari tempat.”
      Safwan tergelak sambil tergeleng-geleng. Tau sangat kenapa. Eh, apa ni? Mata Safwan tertancap pada sebuah senarai.
“Ciri?”
       Afiq mengangguk. Dia masih ingat akan ciri-ciri yang disebutkan Adam.
“Untuk cari tempat aktiviti.”
       Jawapnya malas. Safwan kembali membelek senarai tersebut.  
“Mesti tempat yang menarik.”
     Afiq berkata. Dia masih ingat ciri yang diberikan.
“Boleh buat macam-macam aktiviti.”
       Sambung Safwan. Membaca dari senarai di tangan.
“Termasuk aktiviti darat dan air.”
         Afiq menyambung.
“Tak nak tempat yang ramai pelancong.”
       Giliran Safwan bersuara.
“Sebab nanti susah nak buat aktiviti.”
       Afiq memasukkan tangannya di dalam poket jaket kulitnya. Sejuk malam menyapa tangannya.
“Selamat dari binatang buas?!”
        Safwan tergamam. Apa, Adam ingat Afiq ni nak suruh berkhemah kat hutan Amazon ke? Dahinya berkerut seribu.
“And the most is.....”  Afiq berjeda seketika. Satu helaan nafas ditarik.
“Dapat tampung semua peserta.”
       Mereka berkata serentak. Meletus ketawa dari mulut Safwan. Senarai itu memang menggelikan hatinya. Adam, Adam. Kepalanya tergeleng-geleng.
      Hampeh kau Wan. Afiq memasamkan muka. Sampai hati sahabat baiknya merangkap saudaranya itu mentertawakannya.
“So, suggestion kau?”
      Safwan bertanya dalam sisa tawanya yang cuba ditahan. Afiq mengangkat bahu. Safwan melipat kertas tersebut dan memasukkan ke dalam poket seluarnya.
“Tempat yang menarik tapi tak ramai pelancong?”
       Afiq mengulang.
“Tapi boleh buat macam-macam aktiviti.” Safwan menyambung.
         Eh? Mereka serentak memetik jari. Memang ada!
“Pulau Gerimis Cahaya!”
          Jari dituding antara satu sama lain. Tawa mereka meletus. Sungguh mereka terlupa tentang pulau itu.
“Lama aku tak pergi sana.” Tutur Afiq. Sisa tawanya cuba dihabiskan.
          Safwan memandangnya. Dia kini tersenyum setelah tawanya agak reda.
“Last kau pergi sana dua tahun lepas kan?” soalnya.
            Afiq mengangguk.
“Ha’ah. Pulau tu dekat dengan Kampung Mutiara Beringin. Kat Terengganu.” Afiq mengingati lokasi pulau tersebut.
           Safwan kembali memandang panorama malam dihadapannya itu.
         Afiq memandang ke langit. Fikirannya serta-merta teringat Tok Gurunya. Lama tak jenguk dia. Hati kecilnya berkata. Dia mengerling jam di tangannya. Hampir pukul sebelas. Uiks, dekat satu jam kitorang kat sini rupanya.
         Afiq mencapai helmet full facenya lalu dipakai. Cermin helmet tersebut turut dinaikkan. Kunci Ducati Hunter itu diputar. Safwan menoleh tatkala deruman enjin kedengaran.
“Nak balik dah ke?”
          Matanya tidak lepas memandang wajah Afiq. Afiq mengangguk.
“Dah nak pukul sebelas wei. Kau tak nak balik ke?”
        Afiq memerah minyaknya berkali-kali. Memang tabiat orang bermotor besar agaknya perah-perah minyak ni.
“Yalah.”
      Safwan akur.
“Kau balik mana ni?”  Afiq bertanya kembali.
      Safwan menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Aku tidur kat penthouse.” Ujarnya kembali.
“Tidur rumah aku jelah. Lagipun kau pun dah lama tak jumpa Pak Su dan Mak Su, kan? Jomlah.” Afiq mengajak.
       Safwan terdiam. Tak lah lama sangat. Baru dua minggu je kot, bukan dua tahun. Safwan akur. Helmet dicapai. Setelah menghidupkan enjin Kawasaki Ninja RRnya, dia memberi isyarat kepada Afiq agar mendahului.
       Afiq menurunkan cermin helmetnya dan memecut laju membelah jalan raya diikuti dengan Safwan.

BAB 4
KOPI hangat di dalam cawan dihirup perlahan Kehangatan kopi itu sedikit sebanyak menghangatkan tubuhnya yang disapa kesejukan malam. Matanya memandang langit. Cawan kopi diletakkan kembali.
“Semalam mak telefon dari kampung.”
       Kedengaran suara Puan Sri Azyan menyapa gegendang telinganya. Tan Sri Syakir Ilyas menoleh. Entah bila isterinya itu berada di sebelah, dia tidak pasti.
“Diorang cakap pasal keputusan budak tu ke?” soalnya.
      Puan Sri Azyan  menggosok lengannya yang disapa angin malam. Kepala dianggukan.
“Macam mana?” Tan Sri Syakir Ilyas bertanya pendek.
“Macam yang kita nakkan.” Sambut Puan Sri Azyan tanpa nada.
       Tan Sri Syakir Ilyas mengangguk perlahan.
“Dia akan masuk Universiti Tun Mahkota.” Ujar Puan Sri Azyan.
     Tan sri Syakir Ilyas memandangnya. “Awak yakin ke dia akan ikut?” Puan Sri Azyan menoleh.
“Dia tak akan bantah arahan saya.”
    Tan Sri Syakir Ilyas mengeluh perlahan. Ya, ‘budak’ tu takkan bantah arahan isterinya.
“Bulan enam abang pergi Melaka kan?” soal Puan Sri Azyan.
      Tan Sri Syakir Ilyas menganggukkan kepalanya. Kenapa pula isteri aku tetiba tanya.
“Saya ikut abang.” Pintaya.
      Tan Sri Syakir Ilyas kaget sebenar.
“Nak buat apa? Abang pergi untuk urusan kerjalah.”
       Puan Sri Azyan mencuka. Hish, takkan laki aku ni tak faham?!
“Abang, dia akan masuk bulan enam ni. Jadi, sebelum pendaftaran, mestilah dia kena datang awal sehari. Dan tentu-tentulah dia akan tidur kat sini. Saya tak nak jumpa dia!” Puan Sri Azyan bernada tegas.
        Lagi sekali sebuah keluhan dilepaskan oleh Tan Sri Syakir Ilyas.
“Mak dengan ayah mestilah ikut dia sekali. Takkan awak tak nak jumpa diorang? Kan kita dah lama tak balik kampung.” Pendapatnya diutarakan.
       Puan Sri Azyan tertawa sinis.
“Kalau budak tu ada, saya takkan jumpa diorang. Sakit hati bila pandang muka dia.” Gerutu Puan Sri Azyan dengan anda geram. Masih segar diingatannya tentang sejarah hiam keluarganya.
       Tan Sri Syakir Ilyas menggeleng beberapa kali. Azyan, Azyan. Bukankah memaafkan itu lebih baik daripada berdendam? Keluhan kecil dilepaskan. Bukan dia tidak menegur, tetapi hati isterinya itu bagaikan telah ikut mati semenjak sembilan tahun lalu. Segala nasihatnya bagaikan mencurah air ke daun keladi.

       Ya, dia akui kejadian itu turut memberi kesan yang mendalam terhadap dirinya. Namun, dia percaya. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Segalanya telah Allah tentukan di Luh Mahfuz.