Thursday, 19 December 2013

CPel PROLOG

SEORANG gadis tetap meneruskan lariannya di kala kegelapan malam menjelma. Hutan belukar di sekelilingnya tidak dihiraukan. Di kala ini, tiada perkara lain yang hadir dalam fikirannya, kini di hanya berfikir ingin MENYELAMATKAN DIRI! Hujan lebat yang turun langsung tidak dipedulikan.
        Sedang gadis itu berlari, tiba-tiba kakinya tersadung akar pokok di sebelahnya menyebabkan gadis itu jatuh terlentang. Jelas kedengaran nafasnya turun naik gara-gara berlari tanpa henti. Hujan yang tadinya gerimis perlahan-lahan bertukar lebat.
        Dia cuba menguatkan dirinya untuk bangun. Dia terpaksa berpaut pada pokok besar di sebelahnya agar dirinya dapat berdiri semula. Kerana kepenatan, dan keinginan menyelamatkan diri yang kuat, gadis itu tetap berjalan mencari jalan keluar dari hutan belukar tersebut. 
        Tudungnya yang basah kuyup dan senget-benget langsung tidak dihiraukan. Dia tetap bergerak nemcari arah keluar. Namun malang baginya apabila kakinya sekali lagi tersadung agar kayu, dan kali ini menyebabkan kakinya terseliuh. Erangan gadis itu hanya perlahan, kerana tidak mahu suaranya di dengari. 
      Dia mengesat mukanya, menyebabkan mukanya comot dek kerana lumpuh dan kotoran. Dia mengambil keputusan untuk duduk sebentar semantara menghilangkan kesakitan di kakinya. Namun tiba-tiba telinganya menangkap suatu bunyi, ranting patah. Bukan itu sahaja, dia juga mendengar bunyi picu di tarik. Hatinya berdebar. Lekas-lekas dia bangun dan cuba berlari namun kesakitan di kakinya menyebabkan kelajuan lariannya terbatas.
        Dek kerana kekurangan tenaga yang terlampau, gadis itu sekali lagi terjatuh. Air mata yang tadi cuba ditahan akhirnya mengalir deras. Fikirannya kini hanya memikirkan suaminya. Saat bahagia dia bersama suaminya, saat dia bergurau dengan suaminya, saat dia mengenakan suaminya, dan saat mereka menghabiskan masa bersama-sama.
      Di kala ini, dirinya tersangat menyesal kerana mengingkari arahan suaminya. Namun, dai tahu, keampunan tidak dapat lagi dipinta kerana kini, bila-bila masa sahaja nyawanya akan bercerai dari jasadnya.
     Tiba-tiba dia melihat sepasang kasut dihadapannya. Kepalanya cuba didongakkan, namun matanya tidak mampu melihat imej di hadapannya kerana kabur.
“A..a..”
       Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, tubuhnya rebah. Matanya tertutup rapat. Dia tengah-tengah hutan belantara, di waktu malam menyelubungi kegelapan, di kala hujan sedang lebat mengganas, gadis itu jatuh.


      “Ci..cinta..kan..a..bang,” kata-kata itu sempat terucap, namun hanya di dalam hatinya.

No comments:

Post a Comment