K.la , PENA pon tak nk bazir mase, sebb mase tu emas, btol x??? :) Mari kite mulekn Sinopsis <!>
--------------------------------------------------------------------------------------------
Pepatah
inggeris ada berkata , ‘First Date is Awkward, First Kiss is Heaven, First Love is Irreplaceable, and First
Heartbreak is Unforgettable.’ Hmm.. betul ke? Macam mana pula dengan ‘Last Love’? Tak sama ke?
SINOPSIS
AZHANI ZAFRINA,
gadis periang yang baru menjadi siswi di Universiti Tun Mahkota. Salam
persahabatan dihulurkan oleh Kara,Wawa, Haziq dan Eddie membuatkan hidupnya
diwarnai dengan kegembiraan. Walaupun ada orang yang suka cari pasal macam
Alisya.
Sebuah insiden yang hampir meragut
nyawanya membuatkan dirinya mengenali SAFWAN HAIKAL. Benarkah lelaki itu yang
menyelamatkannya?
“Jantung aku
berdebar setiap kali teringat insiden tu. Err..
did ‘he’ was my first love?”- AZHANI ZAFRINA.
“Did she was my ‘first love’? Tapi apesal dia langsung tak ingat aku?”-
AFIQ RAYYAN.
Bantuan yang diberikan kepada FARHIN
HAIKAL itu membuatkan lelaki itu semakin bersemangat untuk meneruskan hidup
sekaligus menyimpan keinginan untuk memiliki hati gadis itu.
“Hani, you’re my first love. My truly first love”-
FARHIN HAIKAL.
“Kau mampu ke
nak melawan?” – PUAN SRI AZYAN.
Siapa sangka, di sebalik keriangannya
tersimpan satu rahsia yang sering menghantui dirinya. Demi MISInya, pengorbanan
harus dilakukan. Pernikahan yang dilangsungkan membuatkan hatinya semakin buntu
apabila mengetahui gerangan suaminya itu.. Perasaan yang berputik harus
diketepikan dan dilupakan demi sebuah misi! Namun mampukah Hani teruskan
perjuangan yang entah bila akan berakhir?
Pertemuannya dengan HAZIM dan QAYYUM
membuatkan Hani diburu bayangan silam. Kehadiran AZHAD MALIK RIDZUAN membuatkan
hatinya berkecamuk apabila lelaki itu mendakwa dirinya merupakan cinta pertama
Hani. Benarkah? Kemunculan Hannah Naurah a.k.a. Nana mengeruhkan lagi keadaan
apabila gadis itu mengakui bahawa dirinyalah yang merupakan cinta pertama suami
Hani ketika mereka kecil.
Aduh, serabut otak dibuatnya! Siapa
sebenarnya cinta pertamanya? Siapa pula ‘Abang Ayan?’ Siapa pula ‘Nana’ yang
sebenarnya? Hani terkedu tatkala kebenaran demi kebenaran terbongkar. Siapakah
suaminya itu di hatinya? Mampukah misinya dicapai? Apakah misinya itu? Dapatkah
kemaafan di raih walaupun ia bukan silapnya? Mengapakah masa silamnya diungkit?


No comments:
Post a Comment